Followers

Jan 6, 2015

Masa utk berfikir

Bak kata fdaus dalam buku die.‘membaca jambatan ilmu, malas membaca jambatan bodoh’.
oh ye aku dah khatan buku tulisan Fdaus Ahmad ni tajuk 'proletar 2 menara' by duobook. 
Ahah, serius ini gurauan yg kasar bunyi-nya bagi aku. Tak tahu lah org lain macam mana.

Tapi mungkin ade betulnya. Antara yg aku suka mcam hlovate, maksud aku gaya penceritaan yg santai tapi mesej-nya ada dan sentuhan nurani bukan novel-novel karut cerita pasal cinta yg tak tahu apa motif-nya. Just for fun org kate.

Kalau dulu buku tulisan faisal tehrani antara pilihan aku walaupun kadang2 aku rasa ada banyak benda jugak yg aku tak faham dalam bahasa yg dia guna, sastera sangat! Hoho.

Tapi so far so good lah since aku minat gaya penceritaan yg bercampur sikit dgn sejarah sbb bagi aku sejarah tu benda yg tak patut diketepikan. Kita belajar dari sejarah.

Teringat, aku penah sembang pasal perbezaan manhaj jemaah/ngo2 yg bawak usrah kat Malaysia ni dengan sorang teman tapi mesra aku nih. Good things to ponder lah.

Si dia kata pada aku, bagi dia, ‘ikram punya cara dakwah tak cukup bertepatan dgn waqi’ Malaysia yg keadaan masyarakatnya lebih berfikiran liberal bukan style zaman ikhwan’.

Dia anggap daurah yg glemer itu yakni ‘ini sejarah kita’ tak cukup relevant dgn current state of rakyat malaysia’s thinking/behavior, etc. which means ikram is too ambitious in this.

Aku tak tahu lah apa yg die ‘claim’ tu benar/tak dan bila aku duduk dalam keadaan ‘diskusi’ aku lebih suka mendengar dari ‘membela’ ikram itu sendiri yg aku duduk dalam-nya heh.

Pendapat peribadi aku, sesungguhnya sejarah itu penting. Even dalam Al-Quran cerita2 sejarah mengandungi berjuta/infiniti pengajaran dan ibrah yg tak dapat dirungkai kadangnya.
Dan aku tahu yg dia tak maksud-kan sejarah itu tak penting tapi lebih kepada ‘how we value sejarah’? and ‘is it in the right way, perfect way’?. Dan aku bet sekali lagi ‘nothing’s perfect’.

Mungkin lah, aku guess banyak org tak faham apa yg ikram bawak. Bila die tak duduk dalam system tu dan tak berjiwa sekali maka dia mungkin ada tafsiran berbeza yg tak sama.

Oh dan aku tak kisah pun apa orang nak kata dan aku harap aku masih tahu beza mana intan dan mana berlian, macam sama je kan. Of kos, semua jemaah membawa motif yg sama, iaitu ‘menyebarkan kebaikan, meninggikan kalimah Allah dan sebagainya apa lagi tujuan’.
Cuma caranya mungkin berbeza, macam kisah mangsa banjir. Sekumpulan penyelamat naik bot hantar bantuan jadi target dia penduduk2 kg yg kelaparan dan kesian tu. Sekumpulan lagi naik helicopter hantar bantuan perubatan kat hospital target dia org2 sakit dan sekumpulan lagi hantar sukarelawan2 utk kemas rumah/agihan/etc yg ni target die masayarakat. Ah itu.

Tak perlu bincang ini semua org pun dah tahu, Cuma aku boleh kata apa penghujung dan tujuan yg kau orang nampak kenapa ikram bermati-matian sibuk sgt konon nak dakwah lepastu nak bersama masyarakat lepastu sibuk nak kisahkan umat islam kat luar Negara. Entah ape yg disibukkan pun tak tahu, macam2 ada. Dari kumpulan utk kanak-kanak2 sampai-lah utk org dewasa, dari golongan terbawah dalam msyarakat sampai ke pemimpin.

Hai tamak sangat ke kamu-kamu ni tapi hasilnya ape? Allah..hanya jauhari mengenal manikam. Ye aku malas nak cakap banyak tapi tulah selagi kita bersumberkan Quran dan Sunnah maka jangan gentar jangan takut, all is well dan janji Allah itu pasti.

Aku dah nampak sinar2 islam zaman khilafah bakal kembali di bumi Malaysia 1 hari nanti dan ramainya dari kalangan syabab dan syuyukh awallun atau zaman kini yg menjadi antara penyumbang pada tertegaknya sebuah Negara islam satu hari nanti insyaAllah.. Oh tak ambitious sgt ke cita-cita ni? Hey why not? Kan laskar pelangi suruh bermimipi. Bermimipilah! Tak kena bayar pun kalau kau bermimipi  bah.apa saja.

Tarbiyah boleh mengubah dunia sayang.. itu saja yg aku boleh cakap.

Walau tarbiyah aku ni macam kulit bawang je bila2 masa boleh terkoyak tapi tak mengapa kerana aku tahu di luar sana ramai sahabat2 yg hebat dan berhati kental akan tetap teruskan perjuangan walaupun satu hari nanti mungkin bukan aku yg bersama kalian berjalan. J

Sebab takdir kita tak sama yg sama adalah tujuan akhir kita iaitu SYURGA. ~smile~


Moga ketemu di sana sahabat2 yg bertemu dan berpisah kerana Allah. Kerana iman di dada.

2 comments:

jom baca komen!