Followers

Aug 9, 2012

Repent

Ramadhan..
setiap tahun kitarannya agak berbeza untuk manusia yg bernama aku.

kali ini bulan ogos tahun 2012 zaman usia aku sudah menginjak angka 22.
semacam mahu menghampiri usia ke dewasa tapi aku masih belum.kata ibu.

bulan mulia ini masih berbaki untuk 10 malam yang terakhir..
waktu-waktu runcing yang di perkatakan adanya malam Seribu Bulan.
pada mulanya aku percaya yang Malam yg IStimewa itu boleh saja berlaku pada bila2 waktu dalam tempoh sebulan ini. contoh aku beri tengah2 ramdahan, iaitu belasan haribulan.
namun aku tak nafi 10 yang hujung ini InsyaAllah lebih berkat.

aku harap masih tak terlambat untuk insan bernama aku bertaubat.
dosa-dosa serta kelalaian yang aku pamerkan pada bulan2 sebelum Ramadhan nampaknya memberi impak yang tidak aku harapkan pada bulan ini.
tapi aku sedar Tuhan masih sayangkan hamba-hambaNya maka sebab itu Dia beri peluang untuk mereka merasa insaf atau 'kembali' ke jalan pulang sebelum terlambat.

kita tidak akan tahu akan berjumpakah kita untuk Ramdhan yang seterusnya..?
itu sebab ALLAH suka hambaNya yang bertaubat selepas melakukan dosa.
oh ye, jangan lakukan dosa besar okey. kita manusia sentiasa ada silap.
itu normal kan. lain lah kalau kita ini Malaikat yg sentiasa beribadah.
kita juga tak maksum. jadi jangan malu-malu untuk 'REPENT' sebab Allah tu Maha Pengasih kan.
Ibadah manusia itu untuk tunjuk rasa syukur pada Tuhan dan rasa ketidakpunyaan apa-apa.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!