Followers

Jun 14, 2010

Remaja Hebat

“Jangan bergerak!” suara garau tersebut memberi amaran.

“Tapi hidungku gatal!” Kashah cuba menggerakkan jarinya ke hidung untuk menggaru tetapi belum sempat sampai ke pangkal hidung suatu pancaran seperti laser hampir menghilangkan kepalanya. Mujur pancarannya hanya sipi-sipi. Terbakar juga sedikit rambut Kashah. Bau hangus menikam hidung Kashah. Kashah terkedu. Terpaku.

“Aku kata jangan bergerak”

Makhluk di depannya maju beberapa langkah. Senjata yang berbentuk seperti pistol tetapi lebih besar yang boleh mengeluarkan air dan selalu dijual di pasar malam terus diacu pada Kashah. Kashah masih tidak bergerak. Matanya terkebil-kebil melihat makhluk tersebut. Bentuk makhluk tersebut seperti manusia tetapi berpakaian ala Power Rangers. Memakai topi keledar yang berbentuk bulat dan dihiasi dengan semburan airbrush bentuk api. Makhluk tersebut menekan satu butang yang terdapat pada sisi senjatanya. Kemudian larasnya ditarik. Picu ditekan. Satu tembakan tepat mengenai dada Kashah. Tiada darah. Tiada apa-apa yang berlaku. Namun Kashah tidak dapat bergerak. Kaku seperti patung. Makhluk tersebut mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya yang bewarna putih. Agak payah sedikit untuk mengeluarkannya kerana seluar yang dipakai agak fit dengan tubuh badannya. Sebentar kemudian barulah berjaya. Objek yang dikeluarkan berbentuk kapsul sebesar jari hantu. Di dalamnya terdapat picagari kecil.

“Ah, kau nak buat apa dengan benda tu?” Kashah sudah kaget. Dia menelan air liur. Walaupun tidak boleh bergerak tapi Kashah masih boleh bercakap. Makhluk tersebut hanya ketawa. “Kau diam!” marah makhluk tersebut. Dia kemudiannya mengeluarkan picagari tersebut. Dalam picagari tersebut mengandungi cecair yang bewarna hijau pekat. Crett! Satu pancutan tersembur dari picagari itu. Tanpa ragu-ragu satu cucukan dilakukan pada tengkuk Kashah. Ditekan sehingga habis cecair tersebut. Beberapa saat kemudian Kashah pun rebah ke bumi.

Tetiba imej di skrin televisyen menjadi pegun. Dihujungnya tertulis perkataan “bersambung…”

“Ala..bersambung lagi. Ni yang tak puas hati ni.” keluh Kaizan. Butang kecil yang terdapat di penjuru hujung sebelah kanan pada TV Plasma jenama Sanosong ditekannya. Skrin televisyen menjadi gelap. Kaizan melihat jam di dinding. Jarum panjang sudah ke angka dua belas dan jarum pendek di angka tujuh. Dia masih belum menunaikan solat Asar. Mamanya dah pesan jangan leka menonton rancangan “Remaja Hebat” sampai lupa solat. “Masih sempat lagi ni” bisik hatinya. Nasib baik mama Kaizan belum pulang dari kerja. Kalau tidak pasti kena tarik telinga baru dia bergerak solat Asar. “Kan tak baik solat di hujung waktu” itu lah selalu yang dibebel mamanya. Memang betul. Dia akui namun disebabkan terlalu leka dengan drama bersiri setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 hingga 7 petang tersebut membuatkan dia terlupa tentang solat.

*****

Kaizan melangkah lemah memasuki biliknya. Dia menekan suis yang berada di sebelah pintu biliknya. Tetapi lampu pula yang menyala. “Aduh! Macam mana silap tekan ni” gerutu hati Kaizan. Dia menekan suis tersebut semula kemudian menekan suis lagi satu yang bersebelahan suis yang tadi. Beg yang berisi buku-buku pelajaran di letakkan di atas meja tulis bersebelahan dengan patung Remaja Hebat.

Aktiviti di sekolah hari ini sangat memenatkan. Kehadiran seorang pelajar baru di kelasnya membuatkan dia menjadi orang paling sibuk hari ini. Kashah! Geram betul dia dengan pelajar baru tersebut. Tak fasal-fasal dia kena angkut buku-buku teks dari setor buku teks untuk pelajar tersebut. Bukan sebiji tapi sepuluh biji. Bayangkanlah buku teks Tingkatan Empat yang tebal-tebal macam kamus, Kaizan kena angkut seorang-seorang.Sudahlah hari ini merupakan hari pertama berpuasa. Terasa seperti longgar kepala lutut dibuatnya.

Dia menanggalkan butang pakaian seragam sekolahnya satu persatu. Dari atas ke bawah kemudian di sangkut pada penyangkut di dalam almari pakaiannya yang terletak di sebelah kiri meja tulis. Dia mengambil sehelai t-shirt biru yang ada rupa Remaja Hebat di hadapannya dan seluar track di almari bahagian bawah. Terus sahaja di sarung t-shirt tersebut di badannya. Kemudian diganti pula seluar sekolah dengan seluar track yang diambilnya sebentar tadi.

Kaizan menjeling jam tangan berkepala Remaja Hebat jenama Banzai di tangannya. Baru 4.30. Ada sejam setengah lagi sebelum rancangan kegemarannya bermula. Dia bercadang untuk tidur sementara menunggu pukul 6. Katil yang berhadapan dengan tingkap melambai-lambai Kaizan. Kaizan tersenyum sambil mengangguk. Dia terus merapati tilam yang bercadar biru langit yang mempunyai gambar Remaja Hebat sedang beraksi melawan raksasa tersebut. Bunyi kipas yang sayu-sayu memdodoi Kaizan sehingga Kaizan akhirnya terlelap.

*****

Kaizan terasa mukanya seperti dipercik-percik air. Dia mengelap mukanya.

“Kashah aku dah sedar ni. Tak payah nak jirus air satu tempurung la” Kaizan hanya mengeluarkan suara namun matanya masih belum terbuka. Dia cuba membuka matanya yang agak berat untuk dibuka.

“Eh,eh budak ni. Kashah mana pulak? Dah, dah. Bangun Kaizan!” suara seorang perempuan yang agak berusia.

“Mama?” perkataan itu terpancul sebaik saja matanya terbuka.

“Kamu ni. Itulah tidur waktu Asar lagi. Ni mesti tak solat lagi ni!”

“Adoi. Mama jangan mama. Sakit. Adoiii” jerit Kaizan apabila telinganya ditarik.

“Dah pergi bersiap. Dah nak berbuka dah ni” ujar Mama Kaizan sambil berlalu pergi meninggalkan Kaizan yang masih memegang telinganya yang sakit.

Kaizan melihat jam di tangannya. “Aduh!” Dia mengeluh. Jam sudah pun menunjukkan pukul 7.10. Dia menepuk dahi. Terlepas melihat rancangan Remaja Hebat hari ini bagaikan satu penyiksaan bagi dirinya. Dia melangkah malas ke arah almarinya untuk mengambil tuala. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kostum Remaja Hebat warna biru dan topi kaledar mempunyai hiasan airbrush berbentuk air terjun di bawah baju-baju yang disangkutnya.

“Kaizan! Cepatlah orang dah nak azan ni” laung Mama Kaizan dari tangga.

"Baik!" sahut Kaizan lalu berlari anak menuruni tangga.

Tamat.


*pengajaran:
jangan tidur sampai solat asar lambat.
Banyakkan ibadah dibulan Rejab.
puasa,zikir,mengaji quran,ulang hafalan. :)

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!