Followers

Jun 12, 2010

gastrik

Bila tiba ahad petang bermakna waktu bersantai dah habis.
memang betul-betul keluar dari kawasan.
seperti dalam entri sebelum ni,
sebab kerja makan aje weekend tu,dan kerana penangan kambing,
maka sakit perut sampai hari tu x hilang.

Alkisah x sangka ianya menjadi kritikal pada petang hari.
sifat orang yang suka pretend x dek ape-ape.
memang tipu sakit x tahan.
biasanya sapu minyak dah baik.

kali ni macam pelik sikit.
sebab minyak dah berbotol-botol..(merujuk pelbagai jenis)
tapi sedikit pun x berkesan..
kesian intipati ubat tu, x dek makna kah?

After mehanan pain yang cukup 'indah',
maka, berbekalkan semangat yang semakin hilang,
lari ke bilik study level untuk mencari 'mak'.
mum kata, makan panadol, baca selawat banyak2, minum air.
x tahan, x cakap lagi dah syahdu..adus..kenapa yer.
macam budak tadika terlepas bas balik rumah.

Mesej rumate..:plez, carikan daku panadol.
sempat lagi die interview, : nak yang actifast ke?
:alah.belasah je ape2 jenis.asalkan panadol.
(ini bukan sebab addicted eh.saya x suke ubat.)
dekat je, tapi main mesej2 pule. membazir kredit..
bukan ape, segan nak masuk bilik dengan mata sembap.ha2.

Jam 10pm ke Hospital PPUM..
(ni sebab dah nazak sangat sampai x bole berenti nangis.hu~)
nama pun separa kerajaan, bermusim tunggu baru dapat jumpa doktor.
ni gaya nurse cek blood pressure.
:awak punye darah rendah. x pening kepala ke?
:oh. ye ke. x pun. bese je. tadi ade sikit.(gaya sarkastik)
:suhu tinggi jugak.demam ni.(ehe..)

Doktor india, time2 camni die nak buat eksperiment.
sebab simptom semua x kena. termenung doktor depan laptop.
act respect kat doktor sini sebab die buat kerja bagus.
berdedikasi, baik, sunggh2. x main2 macam doc klinik.
lepas penat bersoal jawab,
doc putuskan amek sample darah, buat ujikaji.
bila dah kena cucuk jarum tu, sabor jelah.sakit.
benci jarum, benci darah. xde yang seronok dengan ubat.

:darah kamu bersih,semua ok.
then, langkah3, inject ubat tahan sakit.
yang ni sebab nak mudahkan urusan, taat je.

:u try ubat ni.5jenis.pastu datang jumpa saya balik.
haha.ubat x berkesan.dah la pahit.buat sakit tekak je.
:then, i should scan ur stomatch.come here.
erk.ni yang menakutkan ni.
sapu jel khas, guna ultrasound scanner.macam orang scan baby.:)
curi2 tengok sreen.eh,lawa jugak component dalam perut nih.
boleh buat kajian lanjut nampaknya.ngeh2~.

:ur stomach is ok, uterus on so on..
doctor dah mula sakit kepala tengok aku berkerut muka.(tahan sakit)
:then, i think ur gastrik, just take the medicine.
if it become worst, come to nearest hospital..ceh~..
bagus punya doctor.berkepul ubat dia bagi.
jam 2 pagi baru siap segala..lama dowh..
yang bestnya dapat Mc dua hari.terus balik rumah.
otw balik sempat lagi muntah tepi jalan.ha2.
ponteng kelas chem,bio lab,bio..(memang haru..)
best tapi pastu padan muka sebab tertinggal banyak.

and, x lupa terima kasih x terhingga kepada dua comel2..
musyirah n hajar kerana telah menemani diri ini selama 4jam.
di hospital sampai tertidur-tido atas kerusi + aircond.
xterhingga kamu semua memang prihatin.
jua izzati yang bizzy, sarah yang melihat, ecah yang mengusik.
mina buat muka pelik.faizah tengok je.achik yang sampai col2.
alang mesej bagi tip hilangkan sakit..all thanx..
wonder.kenapa cepat sangat tersebar sampai ke Zc..memang ler..

Disebabkan semua orang tahu perut tu punca penyakit,
maka jangan segan-segan untuk jaga pemakanan anda.
selepas peristiwa itu, maka banyak pengajaran yang dapat.
makan mesti ikut time.x boleh biar perut lapar.
(maknanya x boleh puasa sunat..hehe.yeke? tipu je~)
-ini untuk puak2 perut sensitif macam saya.-

Serta, untuk mengelakkan lemak berkumpul dalam darah,
maka lepas makan nasi jangan terus minum air batu.
seeloknya minum air suam..atau air masak jer.
nak tahu sebab ape?
sebab makanan tu susah nak khadam dengan kehadiran air sejuk..
metabolisma badan x dapat berjalan dengan effective..
kata saya selaku pakar pemakanan yang x sah taraf.:)

Bila dah kena camni so 1 keperluan untuk tahu lebih lanjut kan.
then lets go through, 'what is gastrik actually?'
(tapi,untuk kesan2 kritikal yg disebutkan tidaklah melibatkan saya)

Gastrik
Written by Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri

Gastrik atau lebih tepat gastritis merupakan erosi pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah pedih ulu hati, terasa cepat lapar, kembung, pendek nafas, pening, loya dan letih tak bermaya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan stress, berhenti merokok, pantang makanan pedas, masam, berempah dan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, nescafe dan coke/minuman bergas. Jika tidak dijaga gastritis akan bertukar menjadi ulser perut iaitu luka pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah sakit yang lebih ketara dan najis bertukar menjadi hitam berkilat (disebabkan oleh pendarahan). Ini memerlukan rawatan segera dari doktor bedah untuk dilakukan scope (OGDS) dan kemungkinan memerlukan pembedahan. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor.

Gamat boleh membantu mengurangkan sakit dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dengan melitupi lapisan erosi pada dinding gaster. Bioseed juga berfungsi sedemikian dan turut menjaga kesihatan sistem penghadaman secara am. C3 Spirulina memberi nutriens membaikpulih keadaan di samping klorofil turut menggalakkan keadaan yang sesuai dari sudut kesihatan dalaman usus yang membantu mencegah gastritis/ulser.


Petua orang kampung untuk hilangkan Gastrik.


Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.


Petua2 yang diturunkan oleh seorang arwah guru kepada anak muridnya.

Punca Penyakit Gastrik:


Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-tanda penyakit gastrik:


1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
6. Elakkan makan terlalu kenyang
7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.


Then, Thats all..

May Allah bless us.. (^_^)