Followers

Jun 18, 2010

aura membunuh

Gotta go!

Malam semalam selamat lepas keluar uia jam 10 malam.
aku berjaya membuat hikayat mama poko baru terlepas dari penjara.
kemudian datang dua orang body guard tahap seratus tingkat.
sorang pakai kostum warna hitam, sorang lagi merah.
nasib baik aku x kena marah dengan gergasi lepasan 2 alam tu.
kalau tak alamat x dapat ler nak makan nasi beriani percuma.
kah kah. ni gelak sampai tersandar atas kerusi empuk.

Tak sangka hikayat aku yang separuh benar tu boleh jadi filem antarabangsa.
laku pulak tu bila dijual di fellow room.ahaks~(jahat sungguh)
aku taw hukum menipu tu berdosa.
so aku tegar untuk berkata benar walaupun pahit..~
sudah semestinya bila perkara itu terlalu benar maka manusia meragui.
itulah sebab banyak sangat pendusta kelas1 dalam dunia ni.
aku pun boleh dikira masuk senarai tapi xdek ranking.
tapi pendusta yang kenal tuhan dengan pendusta xdek iman lain.
amat berbeza.macam Syurga dan Neraka lah.
tempat nikmat dan tempat azab..boleh kah sama?
al wajibat...pasti tidak..

Lainlah kalau manusia tu kepala die dah diskru untuk menjadi raksasa.
tak pun untuk menjadi pontianak yang talam 10 muka.
esok die jadi manusia balik.suka berubah wajah.
dah itu sifat die. nak buat cammane kan.
lain la kalau tiba-tiba ada putera katak datang nak selamatkan die.
macam dalam cerita Snow White tuh..haha..
(Lagendary Symptom..ngee~)
tiba-tiba esok puteri tu bukak mata balik..
dan hidup dengan aman serta penuh bahagia..

Aura membunuh semakin mampir sejak semalam.
apabila disebut, : kamu ni kakak kan. : yep!
kemudian seperti menjadi 1 kewajipan untuk menjadi protector.
selama aku hidup punyai kelurga dalam dunia ni,
aku amat sayang seluruh mereka.walau pun x cakap.
katalah `perilaku itu menggambarkan segala-galanya`
xdek benda yang orang x boleh nampak guna mata.
eh ada.namanya hati dan perasaan.
x boleh bedah ikut suka-suka sebab benda tu rahsia.
kalau telinga gunanya untuk mendengar,
maka tangan kerjanya untuk memukul,
serta kaki kerjanya untuk menyepak.
(ini semua istilah kerja untuk hero2 gila dunia)

yep, aura membunuh tu masih ada.
semakin diingat semakin dasat..
so macam biasa.
macam mana cara nak tenangkan hati.
bacalah LOve LettEr yang Allah dah ajarkan.
'iqra!'...

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Al-Rad : 28)

Yang sebenarnya macam ni,,
mulut yang ada untuk cakap kebesaran Tuhan.
otak yang ada untuk fikir masalah ummat.
telinga yang ada untuk dengar kalam Allah.
tangan yang ada untuk buat kebaikan.
kaki yang ada untuk berjalan kearah kebaikan.
buat amalan dengan ikhlas dapat pahala sebesar gunung uhud.
amalkan 1 sunnah nabi dapat 100 pahala mati syahid.

> ni semua perkara yang patut aku tulis.
aku dengar tiap minggu juga baca hadis selalu,
sepatutnya serta memang x boleh tak, KENA. berdosa merepek x tentu pasal..
kata sis aku, macam orang x dek iman. huu..~~ macam tu.
itulah die..manusia memang sentiasa kena lakukan perubahan.
Allah sentiasa tunjukkan jalan..macam tu..----

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!