Followers

Jun 22, 2012

aku jauh

aku rasa aku jauh dengan Tuhan.
sebab aku jauh dengan amal, iman.
kenapa kau menjauh?
kata ustaz, kerana mujahadah nafsu kamu tak kuat.
mungkin benar. itu sebab kamu perlu tahu apa itu tarbiyah ruhiyah.
dengar, cerna, faham dan berubahlah.

=========================================

terkadang aku tidak faham dengan 1 entiti itu.
mereka merasakan mereka sangat cukup bagus.
kenapa perlu ada sifat Arrogant didalamnya.
sungguh aku kecewa Tuhan dengan dunia.
mengapa mereka tidak bsedarhana dalam perilaku?
adakah mereka rasa ISLAM itu tertegak dengan hanya 1 pihak?
tidak.kelak mereka akan sesal jika masih berterusan begitu.
jika cuma kami ini meletakkan target setinggi mereka.
pasti mereka kecundung. pasti mereka kalah.
kerana kami bukan tidak mampu tapi kami masih belum mahu.
mereka seharusnya bersyukur dan berganding bahu bersama yang lain.
mereka tidak seharusnya mendabik dada dan memijak yang lain.
jadilah seperti dia, dia dan dia yang sentiasa besedarhana.
kerana itu lebih baik untuk agama kamu, kami dan dia.
sekian.

----------------------------------------------------------------

Tuhan, pada masa aku merindui dia.
aku juga merindui Tuhan.
pada masa yang dahulunya ku tangisi dia.
aku juga tangisi Tuhan.
sekarang kerana aku tahu.
hanya Tuhan yang memegang hati-hati.
hanya Tuhan yang tahu segala entiti.
segala perbendaharaan yang ada di langit dan bumi.
kerana aku tahu Tuhan sentiasa ada bersama.
walau aku cari di masa-masa yang tidak aku ketemu.
terima kasih Tuhan.

________________________________________________

mereka itu cuma picisan-picisan dalam hidup.
mereka yang menceriakan susana.
hadirnya mereka ibarat pelangi yang Tuhan bagi.
oleh kerana itu aku menghargai mereka selaku manusia.
aku faham akan kewujudan mereka.
jadi kamu-kamu semua jangan salah faham.
umpama puzzle-puzzle yang saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
hilang satu maka cacatlah panorama itu.
kamu umpama puzzle. aku juga umpama puzzle untuk orang lain.
sampai masanya akan aku gantung puzzle yang hampir lengkap itu.
akan aku gantung di suatu sudut hati yang hanya aku yang akan ketemu.
untuk kehidupan yang terbentang aku teruskan seperti yang tertulis.
aku pohon doa kalian kerana itu juga sumber kekuatan seorang aku.
terima kasih kamu-kamu semua. aku maksudkan semua.



No comments:

Post a Comment

jom baca komen!