tak boleh buat perangai macam ni bahaya banyak hoho.
oh ye macam semangat pulak nak post pasal pingpong kan.
tengah2 sibuk berperang dengan exam pun sempat lagi deviate kan.
sibuk pasal emas la sibuk dengan kerja society lah haha cari penyakit.
ehem, 13-15 April ni ade 'KEJOHANAN PINGPONG IPT SEMALAYSIA'.
dan yg aku dapat tahu anjuran KOlej KomuniTi tapi rasanye bawah KPM.
Nak dengar 1 cerita tak heheh. hari tu kan ade Interkuliyah a.k.a ISCAR game.
sukan la mudahnya lawan antara kuliyah2 kat Kuantan ni.
macam biasa kalau masa nak tamak-tamak nak main banyak game Tuhan kasi bala.
jatuh terseliuh masa training NEtbaLL. tersadung kaki masa main FutsAL.
yg tu memang la kaki bengkak berhari-hari tak surut, sakit lagi mak aih.
lepas tu gatal-gatal nak join Basket bAll. memang haloba.sekali sakit terus diam.
last-last ke meja pingpong juga tempat kembali :D
sebab memang yg tu paling selamat sikit best pulak tu.
yg seronoknya tak sangka dapat masuk final tapi kalah la tak dapat no 1.
dapat no 2 main single tak reti main double nanti rosak game.
alhamdulillah itu semua rezeki dapat merasa pingat ISCAR walaupun tak dapat naik pentas kan heheh sebab ade kelas masa tu. ala budak opto kan sibuk je kat sini. erk.
memang betul kata coach zainal pingpong bukan senang macam yg orang biasa-biasa ingat.
sangat teknikal memang main kena ada teknik tak boleh belasah je pukul bola.
lagi satu memang kena rajin praktis la kalau boleh hari-hari sebab kalau tak skill memang akan tumpul main jadi kurang best dan macam-macam lagi.
kalau xdek caoch nak ajar berguru lah dengan youtube. tengok macam mana basic nak stroke.
cara pegang bad yg betul nak spin macam mana.lepastu cuba praktis. insyallah.. boleh.
tengok match yang hebat-hebat baru kita boleh imitate mereka yang pro.
tadi tengahari sempat download 1 video China vs Japan sungguh menarik.
orang-orang China memang terel main pingpong sebab diorang ade courage.
dah 2 minggu aku tak sentuh bad pingpong sebab sangat sibuk.
tadi petang sempat main 1 jam dengan Musyirah Amaran(name dekat fb haha)
O yeah, Exam midsem ade 4 paper lagi tak habis. doakan keberjayaan aku.
takut lah sebenarnye huhu. dan esok pagi ade training pingpong so tido sekarang!
baik...tarining sesama sendiri je tak de orang hebat2 nak kasi tunjuk ajar.
tak apa, kami gembira disini. :)))
di mana bumi di pijak disitu langit di junjung.
alang-alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan.
hoho ini lagu M nasir sedap lah.
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!