Followers

Mar 30, 2012

Allah sayang kita


betul. Allah sangat sayang pada 'kita semua'.
sebab Dia yang menciptakan kita.
Dia provide semua keperluan yang selayaknya seorang manusia perlukan.

nak tahu?
walaupun kita suka abaikan banyak hak2 Dia.(Allah).
contoh macam 1. bangun subuh lambat. 2. lengah2 kan waktu solat yang lain.
3. malas mengaji Quran. 4. sangat kurang bersedeqah. 5. Mase bila selawat atas nabi 100 x?
6. malas sangat nak buat solat rawatib. 7. kadang2 miss ma'thurat 8. malas belajar. 9. urusan masa tak teratur. 10. tak jaga hak badan. (terlebih tidur/terkurang tidur).
ok baik kalau senaraikan sampai bila-bila pun tak habis. lagi buat malu je kan.

tapi kan nak kata Maha Penyayangnya Allah, Maha Pemurahnya Allah..
Dia bagi kita macam-macam perkara tanpa kita sedar ataupun tak.
perkara yang bila kau dapat tu kau akan rasa macam 'speechless'.
maka akan keluar lah ayat keramat dalam kepala otak kau.
'kenapa aku dapat semua ni Ya Allah? tak cukup dengan maksiat yang aku persembahkan pada Engkau, nikmat yang baik juga Engkau beri pada aku. hinanya aku ini Ya Allah.'

berulang kali pikir balik kenapa Allah tetap bagi dan bagi tak pernah berkira.?
sebab kalau budi di balas budi maka seharusnya tuba di balas tuba. ikut perkiraan manusia biasa.
sebab Allah amat sayangkan HambaNya maka Dia beri peluang untuk kita muhasabah.
get the point? ape perlu buat sekarang? MUHASABAH lah.

Cuba untuk BERUBAH kepada yang lebih baik. perbaharui niat dalam hidup.
jangan kerana sibuk sangat mengejar dunia maka akhirat kita lupakan.
jangan kerana sibuk sangat nak study giler2 sebab nak score exam solat entah ke mana.
jangan kerana sibuk sangat main sukan nak menang sampai lupa pada Yang Beri Menang.

kita kah yang hebat sangat beraksi atas padang sehingga dapat gold medal?
kitakah yang terel sangat sepak bola masuk gol sampai dapat jadi champion?
kita kah asbab semua kemenangan yang kita garab tu? cuba soalan ni.
kalau Allah kata 'jadi,maka jadilah'. tak usah nak bangga dengan usaha sendiri.

kalau itu untuk sukan maka untuk belajar pula bagaimana?
kita kah yang hebat sangat menghafal formula sampai dapat fullmark kuiz?
kita kah yang terel sangat subjek tu sampai boleh score A++++++?
semua itu dari kita kah? pikir-pikir kan. mana datangnya kalau bukan dari Allah.

'maka nikmat Tuhan yang mana kah yang engkau dustakan?'

bersyukurlah dalam setiap helaan nafas kita.
nescaya Allah akan tambah nikmat.
berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik.baik.dan baik.
kalau susah maka senjatanya adalah DOA. doa.doa dan doa.
okey. peace no war..:))

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!