pagi ahad kali ni, untuk kali yg ke-2.
masih dipilih oleh Allah untuk bersama-sama duduk dalam salah sebuah taman-taman syurga..
analoginya begitu..berdasarkan hadith nabi. (tak ingat the exact riwayat).
'majlis-majlis ilmu yang tujuannya untuk mengingati Allah merupakan salah satu dari taman-taman syurga dan rugilah bagi mereka yg tidak berada didalamnya'
kalau kat Pj dulu majlis taalim bersama ahliyah2 yg baik hati.
sekarang kat Kuantan pun sama. cuma still belum kenal semua.
teruja tengok senior yg cantik dan baik. berpurdah nampak 2 biji mata je.
best pulak. tapi macam tu lah. masih tak sekuat mereka2 yg tinggi mujahadah.
Allah known the best. ^_^
mak selalu pesan, 3hari tak dengar hadith hati boleh jadi gelap.
kemudian ayah pesan bawak buku muntakhab boleh bace dalam bilik.
lepas tu si anak yg sedikit nakal ni malas dan lupa dan tak bawak.
hidup sentiasa perlukan tarbiyah. tak dapat banyak, sikit pun tak pe.
walaupun kadang-kadang ada terdetik yg boleh ke diri jadi baik.
atau lebih tepat tarbiyah ni diumpamakan seperti gula-gula.
masa dapat tu rasa manis, best. lepas dah menjauh manis dah habis.
tapi perlu diingat,
Taufiq&Hidayah tu kurniaan Allah terhadap hambaNya yg tak mengenal putus asa.
proses mengislah diri memakan masa yg lama dan berperingkat-peringkat.
kemanisan iman tak datang 'gedebuk' depan mata atau turun dari langit.
proses untuk tingkatkan ibadah, untuk istiqamah, perlukan mujahadah.
peperangan antara nafsu kemalasan dan yakin dengan rahmat Tuhan.
ini kerana iman manusia sentiasa turun dan naik berselang-seli.
oleh itu, dont expect manusia boleh jadi sentiasa baik macam malaikat.
ye dak.. tabiat dan amalan boleh jadi terpisah ataupun tidak.
Apa-apa pun back to basic. kembali kepada Tuhan. harapkan rahmatNya.
Sahabat-sahabat Zaman nabi dulu rindu nak bertemu dengan Allah.
kita umat akhir zaman ni pulak takut nak jumpa Allah. takut nak mati.
renung-renungkanlah.
(^_^)
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!