Followers

Sep 24, 2011

dalam lelap..


MasyaAllah..
terkejut. terjaga dari terlelap yg sekejap.
terus segar. sambung kerja yg terbengkalai.

Sekejap tadi lepas maghrib ada perjumpaan dengan fellow.
sesi taaruf, pelantikan ketua aras dan lain-lain agenda.

isu yg sedang hangat ditimbulkan kembali.
kes kecurian di mahallah tabari yg baru sebulan dihuni.
kes pertama melibatkan bilik sendiri, hilang duit rm350.
ahli bilik yg kena. punca-dompet di biar atas katil.

kes ke-2 yakni malam berikutnya. bilik depan kami dan tingkat atas.
bilik pertama 4biji handphone hilang. bilik kedua 3biji handphone hilang.
barang-barang lain seperti laptop dan duit alhamdulillah selamat.
dalam 1 malam 7biji handphone menjadi mangsa.

mimpi tadi..
selepas menghabiskan bacaan setengah juzu' al-Quran.
baring yang dengan harapan mahu kembali bangkit.
rupanya dah terlelap dalam 1 jangka masa pendek
berfikir2 kembali. adakah mimpi 'sekejap' tadi 1 alamat..?
aku ini hamba berdosa tak mungkin dapat alamat.
serahkan segala-galanya kepada Tuhan. insan yg bersalah perlu diadili.
kerana dia telah mengambil hak orang lain secara zalim.

Sesungguhnya Dia lah sebaik-baik pembantu.
dalam apa perkara sekalipun.

Alhamdulillah.
*masih bernafas. ingatkan nyawa dah ditarik tadi.
tak sempat nak mintak maaf pada saudara-mara atas dosa-dosa.
nak minta maaf pada rakan-taulan, sahabat-sahabat seangkatan.
nak menyelesaikan hutang-hutang dunia yang tertunggak.
yang akan jadi beban di akhirat kelak.* ^^

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!