Followers

Sep 4, 2011

Salam Eid Mubarak

Selamat hari raya semua orang.
semoga genbira dan bahagia di samping keluarga masing2.
tahun lepas tak kira duit raya tahun ni terpaksa kira. ">
macam biasa tahun ni balik kampung dengan 2 kereta.
itupun nasib abang ipar bawak kereta lain, kalau tak duduk dalam bonet.
KL-Merlimau lalu ikut lebuhraya nak ke Jasin sure 'best'.

Welcome to Johor darul Takzim. Rawang-Muar.
raya ke-2 aktiviti setiap tahun melawat saudara mara jauh.
konvoi 4buah kereta. kancil dipinggirkan. ahahaha.kesian.
tak pe, atleast dapat merasa naik Mercedes kan.best je tidur..
=.=

raya ke-3 bersiap untuk menempuh perjalanan beratus kilometer.
Melaka-Johor(segamat)-Pahang(kuantan)-Kuala Terengganu-Kelantan.
12jam bersakit2 badan melambung-lambung dalam kereta akhirnya sampai.
(semua barang nak masuk kuantan terpaksa angkut sekali balik kampung,huhu)
5beg rasa macam dah sikit rupa2nya sebenarnya banyak.sebab org lain lagi sikit.
itupun daripada 2beg baju da limit jadi 1 setengah. terpaksa tinggal banyak.

tak lupa jugak, kawal lah makan benda2 berkolestrol raya2 ni.
aish, raya ni tak pasal nafsu makan membuak pulak.huhu.
hari2 makan ketam. tak lama lagi muka dah macam ketam.
terlebih protein punya pasal. sotong lagi hari2. hadoi..
lepas tu pukul 12 malam ke atas jadi tikus cari makanan dalam dapur.
tak pasal habis sebalang aLmond London nenek kau sapu. sudah la.
lepas tu mak bising suruh timbang berat.orang tengah musim2 kelaparan
lagi mau suruh kesah pasal berat. err..
lepas tu pegi timbang balik rumah baru ternganga.ngee..
hambik kau-------naik 4 kilo----------- nak sangat..
oh mak tak usah risau. nanti lepas2 ni saya boleh uruskan berat.
cuma bila saya lapar saya akan makan ape saje yg saya suka.sesuka hati.
itu peraturan sendiri. lagi2 kalau tengah tensyen. sabor je lah.

Semua orang perasan ada budak tengah tension terlebih nak masuk Kuantan.
habis2 sampai Kelantan jadi benda pelik2.lepas 1-1. ^^ huhu
cuma keep cool semoga Allah peliharaku dan mudahkan urusan.amin..

okeh, sudah habis sesi merapu. selamat hari raya aidil fitri semua.
maafkan segala salah silapku. halalkan makan minum & segala2nya.
semoga kita terus dalam momentum kebaikan even sesudah Ramadhan.
juga, semoga Syawal ini membawa kebaikan kepada kita semua.
terima kasih daun keladi.
> dari saya sekeluarga & abg ipar sekeluarga.
: pic 1- adik beradik bersama keluarga abang ipar.

> raya2 ni busy terlebih pulak. malam2 sebuk buat kueh raye lagi.
untuk makan sendiri. manekan tak, cornflake coklat. nyum2 sedapnya.

hanya perlukan coklat compound & cornflakes.

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!