Followers

Aug 21, 2011

oh ayah


ni perlu ke nak nyanyi lagu oh ayah.
macam lagu inteam tu best jugak. lagu lama 1 lagi.

best je ayah dah balik lepas jauh perjalanan.
dari terengganu keluar ke thailand pusing ke kedah>perak,
akhirnya sampai jugak selangor negeri kesayangan nih.
heheh. lepastu banyak la sotong2 kering dari Lumut.
[walaupun nampak macam ade ke takde ke same je]
tapi situasi tetap rasa lain, lengkap sudah..macam tu la.
yep, perkara ni di akui jugak oleh mereka-mereka yg lain.

dah lama tunggu masa nak berdiskusi dengan ayah.
macam mana nak daftar kat kuantan nanti.finally..
jadinya raya ni tak dapat la raya kat selangor.bye2.
raya 1st kat melaka lepastu raya ke-3 ke kelantan.
lepas tu sempat 2 hari je 5hb dah nak pegi Kuala Terengganu.
bermalam la kat mana-mana homestay, kat Chendering ke.Dungun ke.
lepastu 6hb lepas subuh lagi dah gerak pegi UIA Kuantan.
eceh, ade plan lagi tu. mesti lah. bukan sebarangan.
itu pun kalau betul2 gerak lepas subuh. ini mesti ada hal lain lagi.
belum campur dengan nak kisahkan sarapan semua orang.
bajet2 paling lewat pun pukul 9.30 dah sampai la UIA.
tolong jangan lambat okey. nanti banyak perkara yg akan susah.
lepas tu family balik selangor. wargh, selamat tinggal semua.
(drama air mata tak dibenarkan. huih. dah besar panjang)

dan malam ni dah 23ramadhan, tahun ni tak tahu kenapa.
rasa lack je. kerana dosa sangat banyak kot, itu sebab hati terhijab.
amal kurang. sob2.. Ya Allah, Kau ampunilah dosa hambaMu ini.
amin. momentum jauh ke belakang. ;(

okey, ceria balik. petang tadi selamat buat muffin coklat.
dengan berbekalkan resepi dari laman sesawang..
puan blogger, trimas..^_^. credit to her.
aigoo. terima kasih woo. jadi2. walaupun tak 200% perfect.
alkisahnya jadi la muffin tu.sedap la jugak. sama rasa cam kedai.
cumanya tak lah superb. ini 1st time buat sorang2 pulak tuh.
tak de tunjuk ajar dari sesape atau bantuan khidmat masyarkat.

cun kan. gambar curi..

walaupun muffin ku tak cantik cenggini tak mengapa.
akan ku gunakan bekas yg cantik dan berguru dengan bijak pandai.
semoga masa akan datang berkesempatan nak buat yg lagi baik.
hoho. (kalau encik rajin datang lagi lah)

ape2 pun bak kata sorang doktor ni,
'sila tak buang umur pada perkara yg di belakang kamu'.

akhir sekali..

'membaca itu jambatan ilmu'., jadilah orang yg berilmu.
yang pandai menilai dan memilih ilmu. bukan secara membuta tuli.

Selamat beramal di 10 malam terakhir ini. Semoga Allah memberkati.
kita semua.

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!