oh, happy day..
hari ni keje buat tak banyak.
memang lah..hidup ni, tak leh gabra..buat biasa je.
kan, kan.. lepas tu baru le rasa kepala ringan.
masuk bilik tidur, tak pun layan cerita..jengjengjeng.heh
nak baik lagi, baca quran, baca dan baca, non-stop.
lepas 1 surah, next surah, then next. sampai penat.
buat la macam tu..best..baru la boleh khatam cepat. (">)

[kalo bab masak kat kg every single thing org comment, bosan.]
sekarang sila hargai ibu kandung. ^_^. tinggi percaya pada anak.
kalo lapar, ko masuk la dapur, search peti ais, buat la apa suka.
panaskan kuali, pastu mulakan la adegan campak-mencampak.
kalau rasa konfius, jerit je dari dapur tanya mak. -itu & ini-
last sekali, buat touchup, agak2 secukup rasa semua. tutup api.
okeh, sekarang makanan dah siap dan perut boleh dibelai.
kalau ada sape2 kata masakan ko tak sedap kan,
jawab je. 'nak sedap masak sendiri'. ataupun, 'kalo ko makan jugak,siap!'.
hahah, punya la kejam.. tapi camtu la hidup.. biasa je kan.
< oh, sebenarnya dah lari tajuk. ok, masuk balik >
suka ayat nih.
-insan yg tahu tak sama dengan insan yg faham-
really want to be open..
coversation pendek di meja makan.
mu tak dok sapo2 nok wi kawen ke ayoh cik ko.
hurm, xdek. eh, ade. tapi ayoh cik kena masuk usrah dulu la.
*sengih macam kambing sebab cakap ikut suka* hahah.
mu join usrah ko? *sengih* oyak la, mu join usrah ko?
hoh.terus rasa bengong. 'kenapa ngan usrah, cakap je la'
(ada hati nak soal selidik orang. ingat ni balai polis ape)
meh nok oyak. ayoh cik penoh gi usrah kat kolej.
tah pebekenda pok2 dio dok tafsir Quran.doso mu tahu.
mu baco dok sirah nabi, sirah imam malik.? baca buku tuh.
hok usrah buat tu dakwoh ko gapo dio. acu mu oyak sket.
nabi tok wat dakwoh gitu, nabi pegi rumah ke rumah.
bla bla bla dan bla bla bla... [talk as much as you want]
(ni la lagi sorg, kat rumah org lain, kat kg org lain.)
boleh jadi gila la aku macam ni. eh tak. masih waras. lek2.
-oke, secara formal. dan dari diri sendiri, malas nak debat-
benda bodoh macam ni pun..ini la namanya tahu tapi tak faham.
tak ke bodoh tu.? hoh.bengang tahap gaban.
*suka2 hati buat carut-marut kat sini.* (maaf ye sape2 yg sopan tu)
dia kata, dakwah nabi bukan macam yg usrah buat.
dia kata Allah tak kan tolong dakwah yg tak ikut cara nabi.
dia kata cara dakwah untuk umat akhir zaman ada dalam buku Imam Malik.
aku kata, dakwah banyak cara, pendekatan yg berbeza, dan matlamat sama.
kepercayaan dia jitu, dia yakin dengan fakta2 yg dia bagi.
jauh kat sudut hati, tak tipu rasa sedih. k.e.c.i.w.a.
yep, dia buat benda baik. dia rajin keluar,pegi markaz, etc..
b.a.g.u.s.. suka yg itu.. but kenapa yeh..k.e.n.a.p.a.
majoriti yg jumpa setakat nih, org laki tabligh yg kuat2 tu.
semuanya TAK SUKA usrah. diorang menolak.
tak mintak pun diorang bersatu..bergabung ke ape.
tapi cukup la kalau diorang saling berlapang dada.
kita terima cara org lain dan orang lain terima cara kita.
rasa macam nak mengamuk je. teruk sangat ke usrah???????
diri sendiri pun tak kan boleh 'tak suka TABLIGH'.
itu jugak sebahagian dari hidup. sejak dari kecik.
kalau la ada org kutuk2 kata tabligh ni sesat la bagai.
rasa macam nak pancung je kepala diorang.[mmg ade pun]
even lecturer UNGS pun kutuk tabligh dalam kelas.
boleh kata sokmo2 lah. just pekak kan telingan. p.e.k.a.k
dengan aggapan bahawa Dr ni mungkin tak faham..
fine then, tak ambik hati pun.. cuma selalu doa.
satu hari nanti moga Tuhan bagi hidayah, tunjukkan yg benar.
kita kan, dalam hidup ni supposely tak molek judge bukan2.
banyak benda yg kita tahu je tapi kita tak faham.
ataupun kita tak nak faham atau buat2 tak faham....
so, sila lah jadi orang yang tahu dan faham..
atleast...cuba faham.. ;)
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!