mak ayah dah berlepas naik kuda balik selangor.
baru je.setengah jam yg lepas.
salam ayah dulu, 1st soalan,'dah ada duit belanja'?
oh..ayah risau anak dia tak cukup duit.
senyap je.jawab dalam hati.'ade la sikit mak bagi tadi'.
mak kata nanti sampai rumah nak masuk lagi la.
tu yg tak risau. heheh.
lepastu salam mak pulak, sayang lebih la.
oh, tadi masa salam ayah, mata panas..
masa mak nih keluar terus. lek2, cover2..
tak boleh kantoi..hahah. bajet kuat.
hoh.lepastu terus naik atas rumah, masuk bilik, kunci pintu.
adoi, tak sempat nak salam adek2 yg lain..nasib le.
sedih wee..huhu.. [sejak bila aku jadi anak manja nih?]
haha..gelakkan diri sendiri.. ye la, sebulan/dua tak leh balik.
jauh beratus batu, tiket mahal plak tuh. 50ringgit. mahal la kan.
hah, dah penat layan emosi. chill...
tadi sempat makan masakan mak sebelum kena tinggal.
[adoi..camane nak masuk kuantan nih] ^^
tak sangka ayah yg tak serapat mak pun bole baca anak.
'masuk uitm shah alam je lah.abah boleh guna org dalam'.
erk..tibe2..oh, sayang la pada uia sebenarnya.[UIA]
dekat sikit ngan rumah.kuantan tu jauh sangat lah.-kata ayah-
sudah la ayah aku ni,. mau buat touching2 pulak..aish.
[tak pe ler, setakat ni sy masih setia ngan Uia, dun worry]
mak ayah risau sakit pening anak dia takde org nak kisah.
(ko jangan la buat hal lagi nangis2 macam dulu, bosan.)
dok Pj ke Dq ke, sakit sikit je mak dah suruh balik rumah.
kalau ko masuk kuantan, boleh ke terbang setgah jam? haha.
(gelabah betul la ko ni.macam la kat sana takde hospital)
sila marah pada diri sendiri atas kemengadaan yg melampau.
cengeng lagi tu. erk, meyampah..lembik..
Petang semalam makan angin kat Pantai Bachok..
pergh, memang best! 1st class punya sunset.
kalau la ada dslr, mmg ratusan gambar kat pantai jeh.
tak pe, pakai camera compact pun oke ape.
mandi kat situ pun sedap, siap boleh tangkap ikan lagi.
memang la duduk kampung ni aman.udara segar. heh.
(">)
teringat kata2 mak sedara,
: budak ni pantai dia dalam bilik je.
ok, sekarang dah masuk bulan rejab..
jangan lupa megaji yeh. tambah dan tambah.
betul la kata sorang kawan nih..
Al-Quran pun dah tak nak dengan ko nih.
tu la pasal malas sangat nak bukak Quran.
apetah lagi nak ngulang hafalan..[huhu]
memang la betul ko ni lupa daratan..
kalau Allah tarik balik semua nikmat, memang tak hidup la.
So bersyukurlah pada Maha Penyayangnya Tuhan.
(^_^)
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!