Followers

Mar 7, 2011

unlock yourself


please..
mengapa cuti terasa membosankan?
sebab tak dipenuhi dengan akiviti bermanfaat.
macam mana yang dikatakan bermanfaat tu?
yang boleh bagi pahala pada diri sendiri.
yang bukan oriented untuk dunia je, tapi akhirat.
yang boleh buat hati tenang , fikiran lapang.
macam tu lah sepatutnya seorang dai kena buat.
bukannya buang masa tak tentu hala dan bermalasan.

satu article yg boleh diqoute ayat2 dalam tu,kata mr.x,

"Self-control is the key to self-mastery"
Dua komponen perlu diaktifkan untuk mengawal diri:
1. Pemikiran
2. Perbuatan
Pemikiran di sini merujuk kepada suara dari dalam diri kita. Suara hati dengan kata lain. Suara hati yang TEKAD ingin mengulang bersungguh-sungguh perlu digabungkan dengan USAHA yakni perbuatan mengulang bersungguh. huhu.
Bila kita dapat mengawal diri kita, maka kita sudah mula membuka kunci yang pertama!

*dan kawal diri dari berkasar dengan orang yang baik* help me this..:(

Buat yang begelar da'ie

Ketahuilah bahawa..

Bahtera dakwah ini sentiasa sarat dengan insan-insan yang rela menumpahkan darah dan air mata,

Bahtera dakwah ini sentiasa menjadi idaman mereka yang rindukan syahid di jalanNya,

Hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus belayar walaupun tanpa kita,

Hakikatnya kitalah yang bertuah sekiranya memilih untuk menaikinya,

Mungkin saja kita terasa penat menghadapi perjuangan yang penuh derita,

Mungkin saja kita terasa seakan ingin 'turun' dan berlabuh di mana-mana,

Namun ketahuilah bahawa bahtera inilah bukti iman kita,

Bahtera ini adalah tanda kepatuhan kepada Pencipta,

Kerana hakikatnya dakwah ini bukan pilihan, bahkan tuntutan. (iluvislam.com)

maka,

bangkitlah wahai dai sekalian!

tenggelamkan dirimu dalam cinta Tuhan,

pasti kau akan perolehi kemanisan iman.

Ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini menuju jalan yang yang Engkau redhai.

jangan Kau biarkan aku sendirian dipermainkan kelalaian.

bantulah aku Ya Allah. mudahkan.


No comments:

Post a Comment

jom baca komen!