Followers

Mar 6, 2011

sister's wedding~


Alhamdulillah, selamat tiba dirumah jam 9pm.
selepas bergilir drive dengan adek dari melaka.
seriously penat bawak kereta manual tanpa air-cond.
sekarang ni dah mula belajar camane nak pergi servis kereta.
selepas dimarah oleh ibunda terchenta. huhu.
:taw gune kereta je kehulu-kehilir, suruh servis semua tak nak.
kalau rosak jalan kaki jelah.abah tak kan kasi kamu semua sentuh kereta abah.
*smile* 100 kali. hehe


hari jumaat selamat tiba di villaAstanaBistari yang ditempah khusus untuk lebih kurang 10 family besar. credit to keluarga pengantin lelaki.
wedding berjalan dengan lancar walaupun sedikit lari dari masa sebenar.

jam 10pm terus merayap mencari bandaraya melaka bersama adek-beradik terchenta.
ahaha.river cruise ni nampak macam menarik.
pelancong akan dibawa pusing sepanjang sungai untuk lihat sekitar bandar melaka selama lebih kurang 40minit. (*sebenarnya tak menarik pun*)

terus pada hari sabtu, 5mac 2011.
menggunakan mini stadium bistari yang terletak di Ayer Keroh lama bersebelahan Villa tempat keluarga besar menginap. (*dewan ni boleh muat 1000 orang dalam 1 masa*)
(*btw, kenapa ade pelamin eh? sebenanrnya boleh ke tak bersanding?*)


bersama kakak tersayang dan abang ipor yang lebih dikenali sebagai encik along, yang hensem..hehe. kanak2 rebina dua orang yang sentiasa suka menyibok.


Persalinan pengantin waktu tengahari berkonsepkan putih.
khas untuk sesi bergambar album and potong pulut kuning.
all is well selepas mereka semua penat berhempas pulas. =]
juga dengan kehadiran MB melaka,Ali Rustam,Ketua Umno Labuan and Ahli Parlimen kawasan yang merupakan jemputan khas dari keluarga pihak lelaki.
nothing to do with us..(kami bukan orang politik,kami NGO..) =]
asbabnya hari ni pilihanraya Dun Merlimau, so banyaklah orang besar2 turun padang.
adakah saya kesah? tidak..biase2 saje.

dan seperti yang dijangka, dun merlimau and kerdau BN menang.
sebab melaka memang kuat BN, tapi pahang tu tak taw la.
saya masih belum boleh mengundi..jadi...
pilihan macam mana yang perlu dibuat?
kata naqibah, pilihlah yang boleh menguntungkan islam..
yang boleh melorong jalan kearah pembinaan daulah.
wallahua'lam.. =]
*trademark yang sifu ajar.

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!