Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Aku sangat kagum akan keadaan orang yang beriman itu. Semua urusan (yang berlaku dalam hidupnya) itu baik belaka baginya yang mana keadaan itu hanya ada pada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat dan kebaikan, maka dia akan bersyukur, dan ia adalah suatu yang baik buatnya. Jika dia ditimpa musibah dan bencana, maka dia akan bersabar, dan itu adalah suatu yang baik buatnya". (HR: Imam Muslim)
Allah s.w.t menjadikan manusia dengan segenap potensi untuk terus maju dan menerima proses penyempurnaan diri, lalu dijadikan seluruh kehidupan ini sebagai suatu kilang dalam memproses manusia ke arah kesempurnaan dan kematangan khususnya dalam kehambaan diri manusia kepadaNya. Oleh yang demikian, hidup ini suatu anugerah, kerana ianya merupakan suatu medan penyempurnaan kehambaan manusia kepadaNya. (Raja ahmad mukhlis, 2009)
==Sedutan tazkirah pendek untuk diri sendiri==
minggu yang banyak melumatkan perasaan, tenaga dan motivasi diri.
bila kita berperang dengan diri sendiri itu boleh dinamakan mujahadah.
tapi mujahadah yang sebenar-benarnya dalam islam tak akan sama dengan apa yang kita dah korbankan. cumanya tugas kita untuk lakukan apa yang diri termampu.
Selingan muhasabah untuk diri sendiri dan semua orang masa iftor.
kisahnya, "jangan bertawakkal dengan matamu".
diceritakan bagaimana Abbas as-sissi semasa mudanya, lebih kurang lepas habis belajar. abbas berjumpa dengan tok gurunya, hassan al-banna. (dalam keadaan still belum buat keputusan halatuju lepas belajar).
kata hassan al-banna, 'mengapa tak cuba bidang ketenteraan?'
kata abbas, 'aku punyai masalah mata' (bunyinya lebih kurang gitulah).
--sedia maklum, selection untuk tentera ada ujian menembak--
kata hassan al-banna, 'bertawakkal lah kamu kepada Allah'.
kata abbas, 'bagaimana aku mahu bertawakkal sedangkan aku tahu kemampuan aku'.
(means dia tahu yang dia tak kan lepas selection sebab kekurangan pada matanya).
kata hassan al-banna lagi, 'bertawakkallah kamu kepada Allah'.
'andaikata Allah beri kamu mata yang sihat pasti kamu akan bertawakkal kepada matamu'.
'maka bertawakkal lah kamu kepada Allah'.
nak dipendekkan cerita, abbas apply jugak masuk army dengan berpegang pada nasihat tok gurunya supaya dia bertawakkal kepada Yang Maha Kuasa.
endingnya, ditakdirkan Allah, abbas diterima untuk masuk army dan jadi antara calon terbaik.
masyaAllah, besar hikmah disebalik tawakkal. nampak mudah bukan?
Sedar tak sedar selama ni mungkin kita jugak dah banyak bergantung pada kemampuan diri kita sendiri tanpa meletakkan sepenuhnya pergantungan pada yang Maha Kuasa.
'tawakkal jelah.' ayat ni sangat mudah nak diungkap. hakikatnya...
itulah sebabnya bila manusia kata dia dah bertawakkal, lepastu bila hasil daripada apa yang dia dah usahakan tu tak sama dengan apa yang dia harapkan, dia akan putus asa, kecewa.
dan terkadang dia salahkan takdir..
kenapa? sebab dia lupa yang setiap apa yang berlaku tu Allah dah tetapkan.
walaupun dia dah merancang segala perkara sebaik mungkin, tapi wujud kat sana perancangan Tuhan yang Maha Hebat yang akan mengatasi semua perancangan manusia yang lemah.
manusia selalu meganggap kejayaan yang dia dapat tu semua atas usaha dan kehebatan dia.
dia lupa yang bila Allah kata, 'kun fayakun', maka jadilah perkara tu.
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat). " (Al-Hasyr :18).
Telah berkata Imam Al-Hassan berkenaan ayat ini :
"Sesungguhnya seseorang hamba itu sentiasa dalam kebaikan jika dalam dirinya ada seruan yang mencela dirinya dan muhasabah diri merupakan sifat keutamaannya."
Telah berkata Sheikh Sidi Abdul Qadir Isa r.a :
"Hendaklah bagi setiap yang ingin menuju Allah s.w.t dengan berjalan di atas jalan Najah (yang menyelamatkan dirinya) dan seterusnya sampai kepada Allah s.w.t , agar merealisasikan 3 sifat yang utama : jujur, ikhlas dan sabar kerana semua sifat kesempurnaan yang lain tidak akan dapat dicapai oleh seseorang melainkan dengan 3 sifat tersebut.
nice sharing.
ReplyDeletebertawakkal dgn Allah, bukan dgn kebolehan diri. :)
yup..sepatutnya begitu,. :)
ReplyDelete