Followers

Jan 6, 2011

islam itu indah


Susah senang Allah yang bagi.
sihat sakit juga Allah yang bagi.

bila kita sentiasa sihat kita akan lupa nikmat.
bila kita diberi sakit, baru kita tahu nak bersyukur.

nikmat sihat nikmat yang paling indah.
manusia bebas melakukan apa saja.
baik atau buruk bukan perkiraan.
itulah manusia. selalu lupa.

sebab itu manusia perlu diperingatkan,
apa tujuan dia dihidupkan didunia.
mengapa dia diberi nafas oleh Tuhan.

Persoalan ini sudah pasti tersedia jawapan.
" Dan tidak Aku jadikan manusia dan Jin itu kecuali untuk beribadah kepadaKu."
ayat ini jelas menunjukkan tujuan penciptaan manusia

Oleh itu, wajib bagi manusia untuk bersyukur.
sama ada pada perkara yang disukai atau tidak.

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalKu serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur." (Al-Furqan: 50)

"Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya" (25:58)

" Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya"

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta" (25:72-73)


"Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya."

banyakkan bersyukur pada apa yang ada pada diri.

bila kurang rasa bersyukur, maka islam itu kelihatan susah.

lafazkan kesyukuran dalam setiap keadaan.

bila kita ada rasa nak berubah,
ubah fikiran dengan ilmu, disusuli tindakan.

'Seorang yang berilmu lebih ditakuti oleh Syaitan daripada seribu orang a'bid.'

Carilah dunia dengan ilmu, carilah akhirat dengan ilmu.
serta carilah kedua-duanya dengan ilmu.

Dari Abdullah Ibn Masood r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah s.w.t ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar.
(HR Bazzar, Tabrani)

wallahua'lam..

Islam itu indah.

(kindly invited to hear ikim at frequency 91.5 (selangor), every thursday, 1.30 am)
sure, you will not regret. insyaallah. hope for the good always~

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!