Disini tertarik saya pada persoalan berkenaan istikharah.
dek terjumpanya artikle yang best ini di laman Insyirah, maka saya tanpa meminta izin, telah mengcopynya serba sedikit.
Kisah bermula apabila terbelinya penulis blog akan sebuah buku yang bertajuk, 'Momentum Istikharah' di MPH Mid Valley suatu ketika dahulu.
Nak dijadikan cerita, kerana kesibukan sepanjang pembelajaran,
maka penulis tiadalah berkesempatan untuk membaca buku tersebut.
Namun, sempat juga penulis membelek buku tersebut sebelum pulang bercuti bersuka ria di rumah kesayangannya.
Maka, penulis mendapati memang benar betapa ramainya mereka yang tersalah faham dengan tidak sengaja terhadap konsep istikharah.
Sementelahan itu, penulis tidaklah pandai untuk mengkupas isu-isu seperti ini, maka hanya ini inisiatif mudah yang penulis dapat adakan.
Untuk rujukan dan pemahaman diri sendiri dan juga orang lain kalau mampu.
Masalah Istikharah
1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah
عن جابر بن عبد الله قال
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به
Maksudnya : Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Nabi s.a.w. mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):
ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به
عن عائشة عن أبي بكر الصديق
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أمرا قال اللهم خر لي واختر لي
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أمرا قال اللهم خر لي واختر لي
Maksudnya : Dari Aisyah r.a. meriwayatkan dari Abu Bakr as Siddiq bahawa Nabi s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : "Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku."
عن جابر قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه
Maksudnya: Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)
2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah
Pertama:
Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis:
إذا همّ أحدكم بالأمر
Perkataan yang Nabi s.a.w. yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)
Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut
Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.

Kedua :
Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :
(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((
Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara (Riwayat Tirmizi)
Ketiga :
Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi s.a.w. :
(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((
Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.
Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar Nabi s.a.w., maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah.
Keempat :
Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.
Sila perhatikan kepada firman Allah s.w.t.:
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)) البقرة:216)
Maksudnya: Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.
Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya.
Kelima :
Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.
Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini. Semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.
****
Wallahua'lam.
**Konklusinya, isktikharah bukan hanya untuk menentukan antara 2 pilihan,
tetapi lebih kepada permohonan kita kepada Allah agar diberi kebaikan atas pilihan yang telah kita lakukan sama ada kita suka atau tidak. berserah dan bermohonlah kepada Tuhan atas setiap urusan.**
---Dan, kini penulis juga sedang berusaha untuk menghabiskan sebuah buku yang dihadiahkan oleh ustaz muhadir sehari sebelum penulis pulang bercuti.
Penulis mendapati buku itu sangatlah tinggi nilai ilmunya untuk wanita serta tersangatlah padat walaupun ianya hanya edisi revisi yang bersaiz kecil.
Segala puji bagi Allah kerana telah memberikan peluang kepada penulis untuk mendalami ilmu Feqah yang selama ini amat cetek pada pengetahuan penulis.
Namun, oleh kerana bahasa indon didalam penulisan tersebut, maka penulis berpendapat agak sukar sedikit pada perihal hukum hakam yang berat untuk difahami secara baik. maka penulis perlu berjumpa ustaz sekembali dari cuti.
Moga Allah permudahkan urusan dan memberi kefahaman agama kepada hamba-hambaNya. InsyaAllah. amin.---
nice entry...mengupas ttg solat istikharah...sy sendiri kadang2 tersilap...syukran ats info yg telah dikongsi bersama ye....
ReplyDeleteback to basic. Tq. :)
ReplyDeletelaaa...lupa nak pulangkan buku...
ReplyDeleteooo.. ok bukak sem nnti jgn lupe.
ReplyDelete