
Alhamdulillah.
Setinggi kesyukuran dipanjatkan.
rasa tak percaya pun ada.
selamat udah lepas test jpj yang menggerunkan.
ya, pelbagai kerenah manusia ada depan mata.
yang tua, yang muda. ketakutan belaka.
termasuklah diri ini.fuh, cuak.still cover.
rilex~ sila tenang-tenang saja.orang kelih, kelih mula.
silap sape yang dapat Jpj garang, sure gigit jari diberi fail.
dan lesen itu dalam 1-2 minggu baru boleh siap.emph.lama.

Sementara tunggu minggu yang terakhir cuti,
suasana sedikit bosan.tak dek aktiviti luar.
kerja dalam rumah saja.
begitu, rutin harian yang serupa.
bangun pagi, kemas rumah, settle makanan, siap kain.
erm, sikit lain hari ni, basuh peti sejuk. erk.
pekerjaan yang takbest. tapi seronok gak tengok hasil.
sental, siram , kemaskini isi peti. pastilah seronok kan.
ahaha.
Surely, kalau nak rasa hepi sikit,
cari kunci kereta mana-mana saja,
kemudian cabut lari ke tempat yang disukai.
kalau takut polis, pinjam lesen P orang lain + ic.
nampak macam bertauliah sedikit kan. idea yang bagus.
Dan, minggu pertama cuti pulun habis-habisan.
almaklum nak kejar raya yang still tinggal beberapa hari.
and then, trip satu kereta ke beberapa rumah.
Presint 14, Putrajaya
depan laman rumah cokdi.
guna sebijik kereta yang naik 3 orang je termasuk driver.
alangkah membazir nya...tahukah.
dengan Fathiah saja. lokasi terdekat, Kepong.
kalau naik Ktm, 1 stesyen sampai Kepong Sentarl, rm1..
dan si adik setia menjadi driver kemana saja waktu tu.
sedikit beruntung kiranya.mencilok kereta abang ipar.

Perjalan yang boleh dikatakan jauh ambil masa 1 jam pergi saje,
dengan kelajuan 18o km/h tanpa disaman. egege.tukang suruh .
biar cepat asal selamat.dan sila tidak membuang masa diatas jalan raya.
Langit yang cantik sepanjang jalan pulang ke rumah.
dan tertarik tengok kereta sport yang warnanya hijau striking.
(tak cantik pun kereta tu. cume sebab sport. saje nak jakun)
then, i said to my sister, cepat2, potong kereta sport tu.
er,,nak tengok siapa yang memandu.huhu.
cina tua rupanya. ingat kan siapa lah.

dan kereta sport yang kedua ni dipandu seorang wanita.
pikir macam ni ok kot, anak dia punya agaknya.
aa dan apa-apa saja.
Destinasi pada hari ke-2
Shah Alam
Serata sini naik myVi Bahiah.muat-muat 5 orang.
terima kasih kerana sudi pinjamkan kereta.
selesa tapi driver die, masyaAllah. habis melambung semua orang.
dan bahiah belum dapat dikategorikan sebagai pemandu berhemah.
--senyum~-
-
Dirumah Zubaba yang kelihatan tiada didalam gambar.
boleh dia tutup pagar bila orang sampai depan rumah?
ehm, masih tak matang dan berkeliaran seperti lalat. :)
Dan Puan Farhan yang baru renovate rumah tahun lepas.
dari luar besar bangat. dari dalam pun sama. cantik.
selamat menghabiskan sisa hidup di bumi darul quran.
always waiting to go there. somedays maybe. insyaAllah.
Ke rumah bahiah di Ttdi jaya,rumahku di Sg.buloh dan fathiah di Kepong. lengkap sudah kisah kemerayapan mereka pada hari itu.
Destinasi hari Ke-3
Satu je destinasi kali ni, semestinya si dia yang accident motor.
jatuh parit ke longkang entah, erk kena operate kaki berkali-kali.
alhmdulillah tak de patah riuk mane-mane. cuma berlubang aje.
hehe. boleh cakap macam tu? erm kira ok lah.
tak lama lagi boleh la berjalan dengan baik. back to normal.
seronok dia menerima buah-buahan serta coklat yang banyak.
juga segerombolan barangan hPa yang disponsor oleh...
Lokasi : Rantau Panjang. Klang.
kali ni dengan kehadiran Musyirah dari Langkawi.
entah macam mana dia boleh sesat sampai shah alam.
musykil jugak. sebab dia suka terbang kot. **
bila ada musyi ni, konfem-konfem bertambah riuh-miuh.
suara dia aje dah cukup bergegar satu kereta.
biasalah orang dah nak dapat lesen CDL katekan..
siap bole jadi tour guide pi Klang, lagi pro dari penduduk asal.
hebat!
cuba teka part mana yang ditambah?
wah, bijak-bijak. tepat sekali jawapan.
(yang kelihatan pelik itulah)
Dan berakhirnya konference jam 11 malam tadi.
doa ku, agar semua perkara akan berjalan lancar.
InsyaAllah trip ke langkawi, perlis, kedah sedang dalam perbincangan.
tiket flight telah selamat di beli untuk lebih kurang 16 orang.
setakat ni uar-uaran melalui fb saje, n bukak sem nanti promot lagi.
ini bukanlah idea saya tetapi si musyirah dan bahiah mengelola.
kemudian saya takepart untuk membantu mereka.
erm, kos agak besar.need to think many things.
penginapan, pengangkutan, makanan, aktiviti, dll.
oleh itu, mari kumpul duit dari sekarang. :)
dan sangat berharap tiada halangan dari ayahanda tercinta.
menanti kepulangan beliau dari Nizamudin, India,
yang akan cukup 2 bulan sedikit masa lagi.
doakan moga selamat sampai ke tanah air. ~risau.
Allah pastinya akan memudahkan segala urusan.
keep praying and hoping.
in the end, no regret.>>
Last words,
"Success is the sum of the days"
"Be glad to gives as much as you take"
fuy0o0o!!! aina ter0r!!
ReplyDeletektorg sume amek test smpai 3 kali..dia amek skali je..fuy0o...
hek ele zubab..
ReplyDeleteye ye la tu.rezeki namanya.
sama je pangkat ng korg.~
**tibe2 ade lalat dlam rumah**