Ramai orang idamkan supaya diri mereka sentiasa termotivasi.
dan ramai jugak orang yang sedar motivasi x selalunya tinggi.
pernah dengar 'orang yang gagal punyai magis?'.
Kadang2 kita nampak, dunia akademik memandang KESILAPAN sebagai tidak elok dan harus dijauhi. Dalam dunia pendidikan, lebih banyak kesilapan dilakukan seseorang, lebih kurang bijak seseorang itu akan kelihatan.
Mereka yang belajar dari dunia jalanan (street smart) pula mempunyai pandangan berbeza mengenai konsep melakukan kesilapan. Dalam dunia perniagaan, lebih banyak kesilapan yang dilakukan membuka lebih banyak peluang untuk mempelajari benda baru, sesuatu yang tidak pernah diketahui sebelumnya.
Kesilapan adalah ibarat magis. Apabila sesuatu yang baru dipelajari, maka perspektif terhadap perniagaan akan menjadi lebih baik. Ibarat kita belajar menunggang basikal. Kesilapan demi kesilapan memang mengecewakan. Sehinggalah kita mampu mengayuh, mengimbangi dan mengawal basikal, maka rodanya akan berputar dengan sendirinya. Dunia baru akan terbuka. Suatu keajaiban yang baru ditemui dalam kesilapan.
Banyak kesilapan dalam perniagaan yang membuka dunia kejaiban yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya.
1. Warren Buffet telah tersilap membeli Berkshire Hathaway, sebuah syarikat pengeluaran T-Shirt yang hampir lingkup. Kini, Berkshire Hathaway antara syarikat yang mempunyai saham syarikat yang tertinggi di dunia.
2. Syarikat Diamond Fields yang sepatutnya mencari berlian sebagai bisnes utama tetapi sebaliknya menjumpai nikel. Saham syarikat melonjak naik serta merta selepas penemuan nikel.
3. Levis Strauss menuju ke California untuk mencari emas tetapi gagal menemuinya. Akhirnya menjahit seluar dari kanvas untuk pelombong emas. Sekarang ini siapa yang tidak kenal jeans Levi’s.
Semua itu adalah kerana kegagalan dan kesilapan awal. Ia dihukum dengan mungkin kerugian dalam wang ringgit tetapi dalam waktu yang sama, iktibar dari kesilapan menjadikan ia lebih baik dari sebelumnya.
Christopher Columbus juga melakukan kesilapan apabila mencari laluan perdagangan ke negara China tetapi akhirnya menemui Amerika! Lihatlah apa kemajuan negara yang berpengaruh di dunia sekarang.
Founder IBM juga pernah menyatakan ” Jika ingin mendapatkan kejayaan yang pantas, GANDAKAN kegagalan!”.. Lebih banyak silap, lebih cepat kita capai kejayaan.
Tokoh usahawan terkenal Malaysia, Syed Mokhtar al-Bukhari pernah menyatakan bahawa orang hanya akan melihat yang berjaya sahaja. Apa kesilapan, kegagalan lalu tidak pernah terlintas di fikiran. Orang tengok yang baik-baik sahaja.
Ambil iktibar. Apa yang lebih penting adalah apa yang dipelajari dari kesilapan lalu yang membolehkan kita terus maju dan menemui keajaiban atau magis yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.
Setiap manusia yang betul2 berjaya, selalunya pasti pernah lalui kegagalan.kagagalan tak bermaksud yang besar-besar. even dalam exam kecik pun.
Kalau nak motivasi tinggi berterusan, emosi kena bagus.
emosi yang mencetuskan kecemerlangan adalah emosi yang ditunjangi unsur-unsur keagamaan dan unsur-unsur spiritual sebab agama bersifat positif kerana kita mendekatkan diri pada Tuhan dan tenaga-tenaga alam.
Ramai orang Barat berjaya mencapai tahap cemerlang sebab mereka menyelaraskan emosi positif dengan tindakan positif ditunjangi unsur-unsur spiritual positif. Unsur spiritual yang positif adalah pergantungan pada satu ‘kuasa’ yang memandu tindakan mereka, memberi ilham, saranan dan idea. Mereka panggil ini sebagai ‘faith’.
Kita sebagai Melayu beragama Islam amat bertuah sebab Allah swt memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang mahu berjaya di dunia dan akhirat. Syaratnya mudah (tapi sebenarnya susah dilaksanakan). Dekatkan diri pada Allah, ingat namanya selalu, redha dengan ujian-ujiannya, bersangka baik dengan ketentuannya, berushaa menjadi hamba yang terbaik.
Hamba yang terbaik adalah hamba yang dikasihi oleh Allah. Bila sudah dikasihi, sudah pasti doa kita berpotensi dimakbulkan olehnya. Bila doa digabung bersama usaha, pasti kejayaan berpihak kepada kita.
So, jangan takut silap, jangan takut gagal.buat je.(peringatan......)
ini bukan nak suruh sentiasa buat silap.tapi belajar daripada kesilapan. ^_^
--->>and..kepala dah x betul.baiki bagi baik.selalu---<<
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!