Followers

Aug 5, 2010

life is a secret


1st of all,
buat team nEtball iqra', tahniah dapat masuk final.
malam ni kena lawan 6team yang aku kira, amat power semua.
buatlah yang terbaik. hasilnya biar Dia tentukan.

hidup.

best ek? bestlah. syurga dunia. akhirat?
semua orang hilang kat bilik malam tadi.
ingatkan pegi mane.rupanya ada Culture Night.
aku memang selalu terlepas benda2 camni. kadang2 malas.

Best jugak bila cam tak dek orang kan.
boleh layan perasaan. tah kenapa sedih aje.
kalau nak buat perkara pelik2 tak boleh buat kat bilik,
sebab nanti semua orang risau.kena cari port best.
huhu. bikin bengkak mata je. haru betul diri ni.
Ya Allah, ape la nak jadi. hilang segala kuat.
hari ni pun, still tak baik lagi..yup, aku yang lemah.

life is a secret.
hanya Allah je yang taw rahsia disebalik setiap kejadian.
yakini itu. konfem. 100 peratus. tak dek ragu. kan.

Tergerak tangan nak bukak blog Cokdi.
: Life is a test :
ayat dia camnilah. mintak izin copy yeh.

“Kalau ada masa, dan rasa nak release stress,
cuba cari tempat lapang dan pandang keatas langit..
Dongaklah kepala anda dan lihatlah betapa besarnya alam ciptaan Allah.
Saat itu, kita akan sedar bahawa kita ni hanya milik Allah.
Dan segala apa ujian yang telah ditakdirkan untuk kita adalah
kecil sahaja jika dibandingkan dengan rahmatNya.

Dan ujian itu datang bersesuaian dengan diri kita.
Rasalah perasaan bertuhan dan cintakan Allah,
nescaya rasa bahagia dan ketenangan akan menjengah
dan apa-apa sahaja ujian dan cabaran yang mendatang akan terasa ringan.

Kita takkan nampak atau rasa dah kesusahan ditimpa ujian.
Kerana apa? Kerana kita yakin Allah bersama2 dengan kita.

Kerana rasa cinta kita kepadaNya membuatkan
kita sanggup
berbuat apa sahaja asalkan bisa meraih syurga dan keredhaanNya.

Meminjam kata2 seorang insan,


Alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan,
tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya,
begitu jugalah dengan kehidupan manusia:
riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.
Andai kau rasa kecewa,
lihatlah ke sungai,
airnya masih mengalih biarpun berjuta batu menghalang.
Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Andai kau gembira,
sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya.

Firman Allah pula melalui kalamNya yang mulia.
(2:286)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Kekadang kita menangis, kerana tidak tahan lagi diuji.
Rasa begitu lemah dan tidak berdaya.
Rasa tidak adil kerana orang lain tak diuji sebegini.
Rasa sudah penat, ingin berundur, ingin melepaskan segala2nya.
Rasa berseorangan, tiada yang sudi berkongsi duka, tiada yang mampu memahami.

Namun sedarlah, kita diuji kerana kita layak untuknya. Bukan sengaja Allah memberi ujian kepada hamba2Nya. Pasti ade hikmah yang tersirat. Juga, ujian itu adalah tanda cinta Allah kepada kita.
Beruntunglah untuk mereka yang diuji dengan ujian berat mahupun ringan!
Engkau sungguh bertuah!

----betul, sungguh bertuah mereka yang diuji ni.----
tapi, rasanyalah pada tahap iman yang tak seberapa ni,
sape yang rasa gembira bila diuji? aku jawab, tak gembira.
pape pun, dekatkan diri dengan Tuhan.. (^_^).
moga menanti hikmah yang besar disebalik semua itu.
Allahumma amin..

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!