Followers

Jul 17, 2010

Syair Bait ke-8

Syair Bait ke-8


Dan cintailah Tuhanmu (Allah) serta takutlah engkau kepada seksaNya yang pedih, berharaplah akan rahmatNya serta bertawakallah (kepada Allah) wahai orang-orang muslim.


Pada bait syair diatas Syeikh Zaenuddin bin Ali al-Kusyiny menyebutkan 4 bahagian atau cabang keimanan.

  1. Mencintai Allah swt

Menurut Imam Sahl, tanda seseorang mencintai Allah adalah mencintai al-Quran dan tanda seseorang mencintai Allah dan Al-Quran adalah mencintai Nabi Muhammad saw. Adapun tanda seseorang mencintai Nabi Muhammad saw adalah mencintai sunnah-sunnahnya. Tanda seseorang mencinta sunnah Rasulullah saw adalah lebih mencintai (mengutamakan) kehidupan akhirat daripada dunia serta tidak terlalu menyibukkan diri dengan persoalan-persoalan duniawi kecuali sekadar kepada hal-hal yang dapat menjadikan bekalnya untuk kehidupan di akhirat.

Mengenai hal ini, Syeikh Hatim bin ‘Alwan mengingatkan kita 3 hal penting berikut:

Pertama, barangsiapa mengaku mencintai Allah namun tidak disertai dengan sikap warak (waspada) terhadap hal-hal yang dilarang Allah maka sebenarnya ia tidak mencintai Allah.

Kedua, barangsiapa, mengaku mencintai Nabi Muhammad saw padahal ia tidak peduli terhadap nasib fakir miskin maka sesungguhnya ia tidak mencintai Nabi.

Ketiga, barangsiapa mengaku mencintai (menginginkan) Syurga namun ia tidak mahu menafkahkan sedikit hartanya dijalan Allah maka sebenarnya ia adalah pendusta.


Oleh kerana itu, Imam Fudhail berpesan, hendaklah kita diam dan tidak perlu menjawab tatkala ditanya perihal kecintaan kita kepada Allah swt. Yang demikian adalah lebih baik bagi kita daripada kita menjawabnya. Kerana, jika kita menjawab, “Tidak, (saya tidak mencintai Allah) maka pada ketika itu juga kita akan menjadi kafir. Namun, jika dijawab, “Ya, (saya mencintai Allah) , kita pula telah berdusta kerana pada hakikatnya amal perbuatan dan sikap hidup kita seharian sangat jauh daripada petanda dan hakikat cinta kepada Allah.

2) Takut akan pedihnya seksa Allah.

Terdapat beberapa tanda daripada tingkat ketakutan seseorang kepada Allah. Hal tersebut dijelaskan oleh Imam Ghazali didalam kitabnya Ihya Ulumuddin sebagai berikut :

* Warak, yakni menahan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang (diharamkan) oleh Allah.

*Takwa, yakni menahan diri daripada melakukan perbuatan sia-sia meskipun pada hakikatnya tidak dilarang oleh Allah.

*Siddiq, iaitu gabungan daripada sikap warak dan takwa. Apabila dapat menempuh semua tingkatan tersebut, nescaya dia akan lebih terlorong untuk mencintai corak kehidupan bersederhana (zuhud) serta tidak akan terpaut sedikitpun dengan keindahan kehidupan dunia.


  1. Mengharap rahmat (kasih sayang) Allah.

Didalam Al-Quran Allah berfirman :

“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas (berlebih-lebihan terhadap diri sendiri), jangan kamu putus asa daripada rahmat Allah.”

Selain itu, didalam salah satu hadis, Rasulullah saw bersabda :

“Seorang pendosa yang masih mengharapka rahmat Allah adalah lebih dekat kepada Allah daripada seorang ahli ibadah yang putus asa (daripada rahmat Allah)."

Menurut Imam Al-Ghazali, sebagaimana dijelaskan didalam kitabnya Ihya Ulumuddin, hakikat suatu harapan (raja’) adalah kepuasan batin seseorang dalam menanti datangnya harapan tersebut. Ini kerana, harapan itu merupakan sesuatu yang amat ia cintai dan sangat dimungkinkan terjadi. Namun demikian, suatu harapan tentunya tidak akan terhasil tanpa adanya sebab (usaha) yang mendasarinya. Suatu harapan yang tidak dilandasi dengan asbab (usaha) lebih tepat disebut dengan al-ghurur atau al-humq, yang bererti tipuan dan kebodohan.

  1. Tawakkal (pasrah dan berserah diri kepada Allah)

Didalam Al-Quran Allah berfirman :

“Bertawakkallah dan berserah dirilah kamu kepadaKu jika kamu memang orang-orang yang beriman”

Perumpamaan Tawakkal kepada Allah memiliki beberapa tingkatan:

Pertama, tawakkal kepada Allah dalam menyerahkan hak pemeliharaan, janji dan pertolonganNya laksana kepercayaan seseorang kepada orang yang paling dipercayainya untuk menangani segala urusannya.

Kedua, tawakkal kepada Allah laksana penyerahan seorang anak kecil kepada ibunya. Bagi anak kecil, satu-satunya insan yang hidup tersemat dihatinya adalah ibunya sendiri.

Ketiga, tawakkal dalam meyerahkan segenap langkah dan urusan kepada Allah laksana mayat (orang mati) yang tidak berdaya ditangan orang-orang yang memandikannya.


Daripada ketiga-tiga perumpamaan tawakkal diatas, tawakkal yang dianggap paling utama adalah tawakkal seseorang kepada Allah sebagaimana orang mati menyerahkan dirinya secara mutlak kepada orang-orang yang memandikannya.


----alhamdulillah.habis lagi satu----

dalam masa x sampai 1bulan lagi, buku ni bakal dipulangkan kepada yang berhak.

harap dia x baca semua nih..dah janji n niat nak bagi, so memang kena bagi.

alang-alang masa beli x berbalut, jadi apesalahnya baca dulu kan. ^^

berkongsi manfaat daripada ilmu yang temaktub..yang penting jaga baik2.

'ala kulli hal, memang best. x sia-sia dapatkan benda ni.

harap bermanfaat sangat-sangat kepada penerimanya nanti.

jangan lupa jadikan bekalan bila sunyi o bosan. hajat dah tercapai.

moga Tuhan lindungi aku dari salah laku yang diharamkan.

habis doa selalu. Sifat raja' plus khauf..


--mimpi ngeri malam tadi.nauzubillah.

harap sangat x berlaku dialam realiti.aku mohon Tuhan.

masih dalam tawakkal.tapi harap sangat x benar semua tu.--

--dia doa. Allahumma yassir.moga mudah urusan aku.TQ.

kata-kata yang sedikit, tapi harap boleh bagi banyak kekuatan.

tataw kenapa dulu aku sedih. sekarang aku teringat.

lepas ni aku bakal sedih balik. yang penting dia x berubah nanti.

masih orang yang sama. x pencilkan aku. insyaAllah.

ape-ape pun, Allah jua yang pegang hati manusia dan rancang semua.

doa aku. x kesah ape-ape. setakat ni. asalkan baik.

moga Tuhan rancangkan semua yang terbaik untuk hidup aku.

yang beri baik pada agama, dan keseluruhan..--

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!