buku ni memang 'best' untuk dibaca serta dihayati.
x rugi beli dan x bosan nak baca.
post kat bawah ni just intro.
kalau rajin, insyaallah, boleh sambung topic seterusnya.
(saja suka2 nak buat tanda dalam blog)
(niat x menghalalkan cara.tapi kalau cara tu x melampau, ok je kan?)
(^_^)
bismillah..
Kitab Qami' at-Thughyan karya Sheikh Nawawibin Umar al-Bantani ini berisi penjelasan (syarah) terhadap bait-bait syair karya Sheikh Zaenuddin bin Ali bin Ahmad al-Kusyiny yang terhimpun di dalam kitab Syu'ab al-Iman (cabang-cabang keimanan). Di dalam Syu'ab al-Iman dijelaskan beberapa cabang keimanan yang perlu diketahui oleh umat islam dalam rangka meraih darjat keimanan yang sempurna dalam kehidupan.Hal ini diungkapkan pada bait pertama dalam kitab tersebut.
“Keimanan kita memiliki 77 cabang dan bahagian-bahagian itu hanya akan diraih dengan sempurna oleh orang-orang yang memiliki keutamaan (ahlu al-fadl) dan oleh mereka yang senantiasa mengagungkan (agama).”
Dalam menjelaskan bait diatas, Syeikh Nawawi al-Bantani mengemukakan bahawa 77 butir keimanan tersebut tidak akan diraih dengan sempurna kecuali oleh orang-orang yang memiliki keutamaan (ahlu al-fadl), iaitu mereka yang selalu memeperhitungkan baik dan buruknya terlebih dahulu dalam melakukan setiap tindakan.Selain itu, tindakan mereka senantiasa didasarkan kepada prinsip-prinsip atau tujuan penyempurnaan diri.
Kerana, hakikatnya seseorang akan dipandang baik jika dia mahu melaksanakan serta tidak mengabaikan bahagian-bahagian keimanan itu. Apabila diri seseorang telah baik, maka akan baik pula seluruh persoaln hidupnya, dunia dan akhirat.Disamping itu, dalam perjalanan hidupnya, orang tersebut akan senantiasa berusaha meraih darjat keimanan yang lebih sempurna.Persoalannya sekarang, adakah kita termasuk diantara golongan orang-orang yang memiliki keutamaan (ahlu al-fadl) ? Dan apakah akibat dari megabaikan butir-butir keimanan tersebut bagi kualiti keimanan seseorang? Di dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda :
“keimanan itu kadang bertambah , kadang pula berkurang .”
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!