Jalan dakwah itu bukan mudah.
mungkin pada teorinya nampak biasa dan xde apa-apa.
tapi hakikatnya bila manusia tu diuji dengan tarbiyah Allah,
maka kebanyakan dari kita rasa lemah.putus asa.
Mungkin kerana itu sifat semulajadi manusia yang lemah.
tapi, apabila seseorang itu kuat pergantungannya pada Allah,
maka segala tribulasi ni dah x jadi hal pada dia.
Mudah menyebut dimulut,
tapi payah untuk dilaksana.
Sesungguhnya tangan yang menulis itu lebih dekat,
dan terlebih dulu diuji oleh Allah.
Diriwayatkan ketika Jibrail datang menemui Rasulullah saw,
lalu berkata kepada baginda,
"Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu, namun engkau pasti mati.Berbuatlah apa yang engkau mahu, namun engkau akan berpisah dengannya.Ketahuilah bahawa keutamaan seseorang mukmin ialah qiamulalail (sembahyang malam) manakala kemuliaannya ialah sikap berdikari (tidak bergantung kepada orang lain) "
Kesusahan yang diiringi dengan kesabaran, usaha, doa dan tawakkal adalah bunga-bunga kejayaan.
Jika kita yakin dan redha dengan ujianNya, kita tidak akan menjauhkan diri daripada Allah.Jika kita dalam keseorangan pasti lebih mudah Syaitan mendatangi.Jika kita bersama dalam solat jemaah, majlis ilmu, Syaitan akan takut mendekati.
"Dan sesungguhnya Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu."
(Muhammad : 31)
Kita semua adalah mata-mata rantai penyambung perjuangan suci kekasih Allah,junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Baginda telah menyifatkan segolongan manusia dalam sabdanya :
"Beroleh keuntunganlah bagi seorang hamba yang memegang tali pemacu kuda dijalan Allah dalam keadaan rambutnya kusut masai dan kakinya dipenuhi debu.Sekiranya dia seorang pengawal, maka dia menjalankan tugasnya sebagai pengawal, dan sekiranya dia beraada di barisan belakang, maka dia bertugas dibarisan belakang.."
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu) padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (bersungguh-sungguh) beriman." (Al-Imran : 139)
Kalimah masyhur baginda Nabi saw terhadap bapa saudaranya,
"Demi Allah wahai bapa saudaraku,sekiranya mereka meletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku sebagai tawaran agar aku meninggalka dakwah, maka aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah mengurniakan kemenangan ataupun aku dibinasakan kerananya."
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!