Peringatan demi peringatan dalam lembaran buku tu,
buat aku rasa makin hari aku ni makin banyak dosa.
means selama ini.dosa-dosa hari lepas..manusia.nisyan..selalu lupa.
perkara-perkara yang kebanyakannya kita dah taw, macam x betul je benda ni.
huh. tapi layan je buat. dalam diam, kita x tahu, kesan kepada hati dan syariat.
itulah padahnya apabila akal mengikut kata hati serta mengecilkan iman.
then, we got the answer.
Tuhan masih sayangkan hamba-hambaNya yang sentiasa dalam perjalanan mencari redhaNya.
maka, Dia tunjukkan kita jalan, Dia nampakkan kita kesalahan, supaya manusia sedar..
Sesungguhnya Syurga idaman itu bukannya mudah seumpama bermain roda impian.
Hadiah yang paling mahal itu perlukan pengorbanan yang tinggi.
Dan sesungguhnya amat aku amat percaya semua manusia dalam alam ini,
mampu untuk menggapai cinta agung milik Allah.
juga aku x menafikan tahap iman manusia ni turun naik.
Sementelahan, aku boleh katakan disini, sedikit yang aku dapat.
--Dalam berjuang, pertama sekali ikhlaskan niat dihati kerana Allah.
Niat yang bercampur baur akan merosakkan amalan, mencemarkan hati,
melemahkan gerakan dan melenyapkan ganjaran.
Al-Banna pernah berkata,
: Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah setiap kata-kata, amalan, dan jihad demi Allah, untuk mencari keredhaanNya dan ganjaran baik dariNya tanpa memandang kepada sebarang imbuhan, kemegahan mahupun gelaran.Ikhlas adalah amalan kerana Allah.Menyucikannya dari sebarang tujuan keduniaa.Amalannya tidak berbau kegelojohan nafsu, mencari keuntungan, jawatan dan pangkat, kemasyhuran atau inginkan kedudukan dikalangan manusia serta mengharapkan pujian manusia.
Daripada Umar Al-Khattab : Pada suatu hari, Saidina Umar keluar ke Masjid Nabawi, lalu dia mendapati Muaz Bin Jabal sedang duduk disisi kubur Nabi dalam keadaan menangis.Saidina Umar bertanya : Apakah yang membuatkan kamu menangis? Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya riak yang sedikit itu adalah Syirik.Sesiapa yang memusuhi wali Allah sesungguhnya dia telah memerangi Allah secara terang-terangan.Sesungguhnya Allah menyukai orang yang melakukan kebaikan, bertakwa dan tidak dikenali.Apabila dia telah tiada,orang tidak merasai kehilangannyadan apabila dia tidak dipanggil, dia tidak dikenali.Hati-hati mereka adalah yang diberi petunjuk untuk mereka keluar dari debu-debu yang gelap pekat.
Nabi mengajar kita cara menjaga hati supaya sentiasa subur dan bersih.Segala karat dihati akan hilang, dan hati akan menjadi peka.Setiap sesuatu ada penggilapnya dan penggilap hati adalah zikrullah.
Sabda Nabi saw,
"Tasbih memenuhi separuh timbangan (mizan). Alhamdulillah memenuhi seluruh timbangan, manakala Lailahaillallah tidak ada pendinding antaranya dengan Allah sehingga ia terus menuju Allah."
"Orang-orang yang rajin bangun malam, dia akan selamat daripada kesengsaraan dan kesempitan kubur."
Hayati kalam Rabb dalam Surah Ash-Syams (7-10),
"Demi diri manusia dan Yang menyempurkan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)."
"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawa kepada kejahatan, dan yang membawa kepada bertakwa."
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)"
"Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
Muhasabah diri, polish iman.
Moga Allah beri hidayahNya. amin.
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!