Followers

Jun 2, 2013

Jalan dakwah itu menggugah

Sedih.
ah.sedih.
bila langit mendung.
bila bumi sedih alam akan sedih.

teruslah tetap hati.
jangan mudah patah melangkah.
yakin.tetap yakin Allah bersama mereka yg sabar.
Allah..Allah..Allah..
lagu tema Ikhwan Muslimin begitu menggugah.
sayu.sayup.jauh menusuk ke hati.
ini jalan perlu tabah. perlu mujahadah.
tak semua perkara yg disangka mudah itu mudah.
pelangi akan muncul. namun akan ade hati2 yg terluka.


Ya ma'syaral ikhwan

"Wahai ikhwan, janganlah kalian merasa ragu. Jangan! Jangan! Jangan!
Dengan apa yang ada di sekeliling kalian kerana (temujanji kita di telaga syurga)bersama Ar-Rasul Muhammad s.a.w."

Syurga Firdaus telah memanggilmu maka segeralah menyahutnya. Rasa izzah dan gembiralah dalam dakwah Islam.

Sesungguhnya tempat tidur kita adalah jihad yang menjadi jalan kita. Dan darah syuhadak kita yang mula mengalir.

Para ulama' kita telah membuka Dunia ini dengan ilmu-ilmu mereka. Kita semua telah membuat janji setia dengan al-Quran.

Keimanan kita kepada Allah menguatkan kelemahan kita. Keikhlasan kita menghidupkan hati dan menyenangkannya.

Panji-panji kita di atas persaudaraan. Maka berpeganglah, yakinlah, bertawakallah dan kukuhkanlah pegangan kita.

Rukun Baiah kita adalah sebagai pegangan petunjuk. Tetaplah kita berjalan di atasnya tanpa ragu-ragu.

Kefahaman, Keikhlasan, Amal yang suci kemudian Jihad, Ukhuwah dan Tajarrud.
Thiqah, Tadhiyah, Taat kepada Tuhan kita kemudian Thabat menjadi slogan kita yang dijulang."

Sentiasa doa kethabatan hati dalam jalan dakwah.
kau tak mungkin bisa berdiri sendiri tanpa pautan yg kukuh.
sahabat, ingat lah jalan ini masih panjang. letih. tak dihiasi bunga-bunga.
terkadang duri yg tajam menyegat. tetaplah berdiri dengan tabah.
kau kan temui kemanisan dipenghujungnya. iaitu Syurga.
jika bukan didunia ini maka di akhirat sana. Sungguh, janji Allah itu pasti.
gembiranya kita di dunia bukan jaminan gembiranya kita di negeri yg kekal abadi.
dunia ini untuk kehidupan sementara sebagai bekal menuju akhirat.
maka usah dikejar manisnya cinta dunia. kelak ia akan binasa jua.

#peace.yaw#


No comments:

Post a Comment

jom baca komen!