rumah kedua selepas rumah yg sebenar.
bukan tak ada cerita tapi ..
ini lah hidup.
dan lepas aku berjalan-jalan dekat beberapa blog senior.
maka secara tak sengaja aku dapat kekuatan nak update blog.
jugak tiba-tiba aku rasa nak menangis. untuk ape tak tahu.
yg aku sedar, sejak dua menjak ni aku suka jadi 'cry baby'.
malu kalau orang nampak. sungguh aku tak tahu kenapa.
kadang2 tiba-tiba aku rindu pada mak. lepas tu aku sedih2.
itu yg jadi penyebab kenapa hari khamis minggu lepas tiba-tiba aku hilang.
lepas kelas pukul 4 aku tido pkul 5 lebih terbangun dah.
memang dah rancang nak pegi match pingpong petang tu.
tapi masa bangun aku rasa down tiba-tiba, sedih tak tentu pasal.
plus dengan kaki yg bengkak masa main futal tak cukup baik lagi.
rasa tak secure. nak mak ada kat sebelah.then lepas tu aku call mak.
memang menangis macam kanak2 kata nak balik rumah.
aku intend untuk drive sebab naik bas leceh. banyak stop.
even kaki still sakit aku gagahkan diri tekan minyak sampai rumah.
kat rumah langsung aku tak study tak buat homework.
walaupun hari ahad malam ade kuiz aku buat rileks.
tak tahu kenapa sangat malas nak bukak buku & study.
balik sini sampai petang dah nak ke maghrib.
lepas maghrib jadi lipas kudung study notes untuk kuiz jam9.
then pergi kelas dengan harapan dah cukup ingat semua.
definition untuk segala jenis rabun and calculation macam biasa.
memang kalau subjek Optic or Visual optic kena main kira2 formula.
Alhamdulillah walaupun aku jawab tak 100% perfect atleast okey.
untuk 1 soalan yg markahnya 35 kena jawab 6step.
dan aku success jawab sampai ke stage 4 dengan perfect insyaAllah.
yang step ke-5 ade cacat sikit and step ke-6 formula dah salah.
bila calculate ade la hilang dalam 5 markah macam tu untuk calculation.
setiap kali habis kuiz mesti bilang markah siap2 sebab tahu dah mana salah.
sedih jugak sebab ade kawan yg nangis lepas jawab kuiz sebab blank.
memang benda ni kalau lupa formula hilang berpuluh markah.=.=
minggu ni aku rasa sangat sibuk sebenarnya.
jadi sibuk bila kerja ditimbunkan. dan aku tolak pelawaan senior2.
untuk jadi patient or lain2 kerja yg aku rasa tak boleh nak commit.
sebab midsem dah nak dekat dan preparation aku macam zero lagi.
aku harap ada miracle dalam diri supaya aku jadi lebih kuat.
semangat yg sentiasa rasa nak down and down.
semoga Allah mudahkan urusan hambaNya yg lalai ni.
kita kan kalau tak buat amal dengan betul macam mayat hidup.
hidup macam tak hidup. jadi jangan jadi macam tu.ok.
senyum lah walaupun kamu rasa susah. ^_^
oh ye.hari sabtu baru ni aku ade ke Gombak. training pingpong.
jumpa alang aku jugak. best dapat menghabis duit dekat Halal Fair.
sayangnya, duit yayasan aku tak masuk2 lagi. jadi terpaksa cut belanja.
so sekarang memang totally Pa&Ma lah. Moga urusan aku dipermudahkan.
amin.
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!