Followers

Oct 1, 2011

Chaos


Bismillah..
err kenapa tajuk post nampak begitu negative..?
uhh, tiba-tiba rasa nak update blog walaupun macam tak perlu. =.=

Alhamdulillah, syukur Tuhan masih bagi peluang segar.
sejak balik rumah hari tu, hidup jadi sikit tunggang-langgang.
balik sini ambik kuiz kelam kabut, dah ler tak dapat jawab.blank!
sedih giler kot. ni lah balasan yg kena terima. huhu.

saat ni sedang menanti kuiz anatomy pulak next week.
dan kalau ikutkan hati malas nak involve ape2 aktiviti yg makan masa.
nak duduk kat bilik nak study jeh setiap masa. hoho. bajet rajin.
dah cuba usaha tapi hasilnya hanya Allah yang tahu.

Dan satu kena ingat, ini Kuantan bukan Petaling Jaya lagi.
belajar punya belajar rasa banyak benda yang tercicir.
cepat-cepat kejar balik sebelum kapal terbang pergi jauh.
dan segala nota-nota or buku kena cari sendiri. tak de nasib la.
lagi-lagi dapat pesyen kedekut tak 'gemar' beli buku. ">

Paling tak best bila jadual lari dari yg sepatutnya. aduss. tensi.
aktiviti-aktiviti sampingan yg surely boleh bagi burden. arr.
zalim pulak rasa bila keluarkan statement begitu. tapi kalau main, suka..
okey kerja banyak.. banyak sungguh. sampai nak tido pun sayang masa.
gitu lah. disebabkan berpanas dari pagi sampai petang kena serangan sakit kepala.
kali ni lagi teruk, rasa macam isi dalam kepala. kepala kena blend. serius.
nak hantuk kepala kat meja karang pecah pulak. telan panadol 2biji.
tak tahu la ape benda yg bersarang dalam kepala. suka buat hal.
hasrat asal nak kerjakan kopi radix terbantat memandangkan stock dah ilex.
terpaksa 1 sachet yg berbaki simpan untuk next day yg lagi diperlukan mungkin.

Seterusnya kena minta maaf pada mak ayah kakak. tak menyempat nak gayut.
sekarang nak mesej orang pun malas. lagi-lagi kalau benda yg kena pikir.
adoi.. kenapa lah jadi begini budak ni. tak pe, take time. biasalah, 'adaptation'.

hari ni 1st time pegi talaqqi Ustaz Uwais Al-Qarni kat Kuantan. jauh jugak.
sebab tadi sesat-sesat bawak kereta. siap pegi hala ke Gambang lagi. hebat sangat.
lepas tu sesat lagi sampai ke Kota Sas. lepas tu baru jumpa Kg Alor Akar.

1 lagi.
sebenarnya sangat penat lah bawak kereta manual yg takde aircond.
selalu rasa malas nk keluar bukan sebab kedekut ke ape.
tapi penat. sangat. kalau tak percaya cuba bawak pulak. rasa sendiri. ^^
maaf andaikata tak dapat penuhi permintaan yg melebihi kemampuan.

dan 1 prinsip yg aku guna pakai kat sini.
dalam apa-apa perkara yg aku buat, sama ada yang orang nampak atau tak.
kalau aku rasa benda tu baik dan tak susahkan hidup orang lain maka itu betul.
maksudnya kalau orang nak komen atau nak cakap belakang aku tak kesah.
sebab orang-orang itu tak boleh kasi mudarat kat aku pun. kan2.
selagi tindakan yg kita ambik tu Islam tak halang. maka tak de masalah.
dan bila kita hidup bermasyarakat, of course kena pikir orang lain. wajib!
maksudnya kalau kita rasa perkara yg kita buat tu meng'annoy'kan. stop lah.
selaku orang-orang yg Allah dah kurniakn akal fikiran, maka gunalah sebaiknya.

okey esok ade Kuliyyah Interaction Day (KID) untuk student2 Allied.
tak tahu macm mana nama aku boleh tercicir tak tersenarai. =.=
takpe. selamat berjuang kumpulan Cobra. power lagi tu. Snake!
'merah' lambang keberanian. lambang semangat yg membara. eceh.
hujung minggu ni MOSSE. dok tahu lah sebenarnya terlibat ke tak.
Malaysian Optometry Sport's Event yang akan dibuat di UITM Shah Alam.



you were never alone.
just reach to your heart and Allah is always there.
through happiness and peace.
and Paradise will be our destiny.
insyaAllah..

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!