Followers

May 27, 2011

Story 1


erk, assalamualaikum.
today dah start cuti for 3months..!!
wahaha..macam tak percaya pulak.
btw, 3bulan tu sebenarnya sekejap je.
pejam celik tengok2 dah habis.kan.
so usah la gembira sangat. [er,tak gembira pun,suka je]
kalau sebelum2 nih agak2 nak cuti da plan macam2,
then kali ni ikut arus je. surrounding. [wonder2]
bagus la gak camtu kan. tak yah pening2 kepala pk.
tak start cuti lagi ayah ngan mak dah plan a lot.
mana la tak haru anak ni.huhu. tak pe la.
juz follow the rule.i.allah ada kebaikan di situ.
right? bila lagi nak jadi anak yg baik kan.? [heh]

Percaya tak percaya, we are copypasters..
[ceh, ciplak ayat kat blog senior][halalkan yer]
best la pulak baca blog mamat yg study kat Nagasawa,Japan nih.
post sedarhana panjang, pastu ade lah pengajaran kat situ.
wuuu...nih nak kongsi sket cite pasal orang jepun.
kesian kat diorang kan, tsunami..gempa bumi.


1.Pintu rumah di Jepun dibuat menghala ke luar.(pintu di Malaysia menghala ke dalam)
Tujuannya supaya mudah keluar jika berlaku bencana.

2.Orang Jepun lepas tanggal kasut nak masuk rumah, akan susun kasut menghala ke luar.
Tujuan sama seperti di atas.

3.Kebanyakan rumah ada peti kecemasan bencana. Makanan dalam tin, air, lampin bayi dan lain-lain. Disimpan dekat dengan pintu.

4.Bangunan dan rumah direka agar tahan bencana terutamanya gempa. 'Base' bangunan ada pelapik yang diperbuat daripada getah untuk serap gegaran.

5,6,7,....,senarai ini panjang.

Mengenali orang Jepun, mereka adalah satu bangsa yang sangat-sentiasa-bersedia untuk apa sekalipun. 'Particular' dalam hal yang sekecil-kecil sampai yang sebesar-besar.
Buktinya, 'aftermath' di Jepun sangat berbeza dengan 'aftermath' Acheh, Louisiana, Turki dan tempat-tempat lain. Keadaan menjadi teratur dan sistematik dengan cepat.

...pun begitu, kita hanya manusia. Kalau Allah nak, apa pun jadi.

well well..
ini lah gaya orang dah habis exam..
tak ape, yg penting we learn..every single thing. (">)
[bole la amek sifat keberhatian org jepun nih]
[sifat2 buruk diorang a.k.a life style tak yah amek la]

>Selingan<
"Dosa yang berpunca dari hawa nafsu lebih mudah diampunkan Allah berbanding dengan dosa yang berpunca daripada sifat ego(takabbur).

Maka selayaknya bagi kita sebagai seorang hamba kembali kepada Allah dengan taubat nasuha supaya kita sentiasa berada dalam rahmatNya."

(^-^)

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!