Followers

May 16, 2011

Conteng 6

tumpah!
kuah mi hailam yg beli kat kafe A tumpah.
bedebur..mengalir laju atas meje yg suci itu.
menitik tepi sisi kayu keras akhirnya jatuh ke lantai!.
haha.

maka sesi mengelap kotoran degil menggunakan kain.
sudah ditakdirkan kuah itu jatuh menyembah bumi.
sikit je pun..lebihan masih banyak..urgh.makan.

lepas maghrib tidur, tak mengaji. uhuk..
2jam lepas tu, bangun, sambung hikayat.
oke, solat isyak dengan penuh kesedaran..cewah..

al-fatihah pertama utk arwah En.Kamarul..
semoga ruhnya ditempatkan dikalangan org yg mulia..
amin.. Takziah buat ukhti sekeluarga..
terbukti Tuhan lebih sayangkan dia berbanding kita..
sebulan lebih koma di hospital bertemankan bunyi mesin nadi..
akhirnya dia dipanggil kembali menemui Zat Tuhan yg menciptanya.
tepat jam 4.15 pagi mesin nadi menghentikan tugas..
Semoga Allah merahmati kamu sekeluarga.
^_^

al-fatihah kedua buat arwah Hj. Ghazali..
moga ruhnya aman dan tenang disamping nikmat Tuhan..
tempatkan beliau dikalangan hambaMu yg beriman..

al-fatihah seterusnya sehingga yg ke-tujuh..
khas buat para masyaikh yg dicintai serta para maulana yg dirahmatiNya.
semoga mereka semua dapat sentiasa menyebarkan kebaikan di atas muka bumi.
Islam lah seluruh alam.. insyaAllah.. :)
membenarkan penerangan Syeikh Nuruddin.
hebat sekali..jazakallahu kahiran kahtira..(ceh, keluar arab)
: kalau kita tak mampu nak buat baik, jangan dihalang org utk buat baik.
simple saje formula nya..people nowadays..terlebih modern..
bukan setakat nak halang, malah ada yg menghina usaha ulama2.
^_^ insaflah wahai manusia..selagi punyai masa..

10.20 pm. 16may.
the end.. Sutera Bidadari..-Ramlee Awang Murshid-
sambungan buku ke5 selepas Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu,
Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi..
erk, nape semua tajuk buku tu macam cinta belaka?
aha, tanya la penulis buku tuh..dia lebih tahu..
bukan le sebab suka novel cinta..tidak fanatik pun..
baisa2 saje..tapi oleh kerana novel pertama menarik, maka diteruskan..
akan datang, mungkin yg terpisah.."Fiksyen 302"..

kadang-kadang kita perlu alihkan fikiran ke dunia lain.
yg boleh mencetuskan penghasilan neuron-neuron baru.
supaya akal fikiran yg Tuhan bagi nih, dapat di guna dengan mulia.
sentiasa punyai Ruh, bukan lama dibiarkan terlena..

Thanks God..

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!