Sollu a'la Rasulillah..
perbanyakkan selawat, moga besar manfaatnya.
insyaAllah..
sedikit perkongsian sempena maulid nabi,
“Dan berkata Al-Hafiz Syams ad-Din bin Nasiruddin ad-Dimasyqi (833H) di dalam kitabnya berjudul Maurid ash-Shadi fi Maulid al-Hadi: Telah shahih benar riwayat yang mengatakan Abu Lahab diringankan dari azab neraka pada hari Isnin kerana telah memerdekakan hambanya yang bernama Thuwaibah kerana gembira dengan perkhabaran dari hambanya itu tentang kelahiran anak saudaranya Rasulullah ”,
Kemudian dia (Al-Hafiz Syams ad-Din) bersyair:
إِذَا كَانَ هَذَا كَافِرًا جَاءَ ذَمُّهُ بِتَبَّتْ يَدَاهُ فِي الْحَجِيمِ مُخَلَّدًا
أَتَى أَنَّهُ فِي يَوْمِ اْلإِثْنَيْنِ دَائِمًا يُخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّرُورِ بِأَحْمَدَا
فَمَا الظَّنُّ بِالْعَبْدِ الَّذِي طُولَ عُمْرُهُ بِأَحْمَدَ مَسْرُورًا وَمَاتَ مُوَحِّدًا ؟
Kalaulah orang kafir ini (Abu Lahab) memang sudah ada celaan padanya
Dibinasa kedua belah tangannya dan kekal dalam neraka Jahim di dalamnya
Namun datang keistimewaan kepadanya hari Isnin sentiasa
Akan diringankan azab kerana kegembiraannya dengan kelahiran Rasul mulia
Maka apakah pendapatmu ganjaran kepada seorang yang sepanjang umurnya
Sentiasa bergembira dengan Nabi Muhammad dan mati dalam tauhidnya yang sempurna?
Mafhumnya, jika Abu Lahab yang bukan Islam pun mendapat keistimewaan sedemikian, maka orang Islam yang sentiasa bersyukur dan bergembira dengan rahmat kedatangan Rasulullah , akan lebih lagi mendapat keistimewaan yang sangat besar dari Allah .
Imam Al-Baihaqi berkata, bahawa walaupun hadith ini hadith Mursal, tetapi ia boleh diterima kerana telah dinaqalkan oleh Imam Al-Bukhari hadith ini di dalam kitabnya. Para ulama’ yang telah disebutkan tadi, juga sependapat menerima hadith ini kerana perkara itu terdiri dari bab manaqib dan khasha’is (keistimewaan), Fadha’il (kelebihan) dan bukannya perkara berkaitan hal hukum halal dan haram. Para penuntut ilmu agama tentu sekali tahu perbezaan istidlal (pengambilan dalil) dengan hadith pada bab manaqib atau ahkam.

besar manfaat selawat atas nabi,
banyak lagi cerita2 yang berkaitan dengan fadhilat selawat.
kalau tak dapat nak buat perkara yang besar-besar,
insyaAllah, istiqamah dengan selawat dah cukup baik.
moga diri ini diberi kekuatan untuk buat bekal hari akhirat. (^_^)
Quran
Atas satu post : Quran yang kian pudar.
cukup untuk buat orang-orang yang tidur sedar.
sedar yang dia penah hafal quran.pernah.
dan peluang yang dia dapat tu, bukan semua orang dapat.
dia tetap punyai tanggungjawab yang besar.
kalam-kalam Allah yang satu masa dulu dia boleh alunkan dengan lancar,
kini sedikit demi sedikit berkurang dari kantungnya.
dia tak selalu ingat yang al-quran tu hidup.
dia selalu dilupakan dengan kesibukan dunia.
tolong jaga apa yang pernah kamu dapat,
jangan sampai satu hari nanti kamu menyesal..
lets put a big effort on it,
cayok2! (^^)
==banyakkan sedekah, insyaAllah, pasti digandakan Allah.tidak didunia, dapat diakhirat==
kalau dalam sehari kita boleh belanja macam2 untuk diri sendiri,
mengapa bila sekali-sekala kita nampak tabung atau peminta sedekah,
kita boleh buat tak tahu? bagilah ikut rasa yang ikhlas.
bukan semesti setiap kali sedekah nak bagi duit syiling, nak bagi duit seringgit.
sekali-sekala biasakan diri sedekah dengan duit 10 atau 50.
pasti lepas tu kau akan rasa lebih puas hati.
sebab dalam perut kau dah makan macam2 benda yang lazat.
yang tak semestinya semua orang dapat peluang untuk makan macam kau buat.
lagi sedih kalau orang yang terima sedekah tu cakap terima kasih kat kau.
masa sedekah kau pasti cuba untuk bagi orang lain tak nampak,
supaya kau tak akan ada rasa riak walau sikit,
perkara melibatkan hati bukan senang kau nak jaga.
silap haribulan pahala amalan kau boleh hilang macam debu je.
so kau akan selalu harap apa yang kau buat tak sia2 pada pandangan Tuhan.
untuk perkara baik kau memang kena usaha untuk buat.
tak boleh kata : hidayah tak sampai lagi.
itu maknanya kau doa untuk diri kau sendiri.
melainkan kau memang ada rasa yang kuat dalam hati untuk buat,
tapi kau tak berapa mampu lagi.
maka untuk tu, moga Allah bantu kau.
~Islam is the best way of life~
[moga kali ni kau tak buat tindakan yang salah]
[kau berpegang pada janji yang disebut dimulut]
No comments:
Post a Comment
jom baca komen!