Followers

Jan 3, 2011

New Year 2011

Lambat tak lambat, still nak ucap hepi new year 2011.
mungkin tak terasa mana apa yang berubah.
masih dalam tempat yang sama juga suasana.
cumanya still berharap agar ada sinar baru tahun ini.
indikasi umur sudah meningkat.
angka 21 tu bukanlah yang boleh dibanggakan.
pertambahan umur yang menuntut lebih banyak tanggungjawab.
tandanya diri ini dah melepasi peringkat remaja bawah 20-an.

tanyakan pada diri,
apa yang sudah aku buat 20 tahun yang lalu?
lebih banyak dosa atau pahala?
moga Tuhan ampuni perkara yang salah.
moga aku terus diberi hidayah oleh Tuhan.
moga aku terus mendapat rahmat Tuhan dalam hidup.
- tak tipu sangat takut andai tersasar--
na'u zubillah.
"tetapkan aku pada jalanMu Tuhan, amin."


memulakan tahun baru di masjid negara.



program bina insan anjuran Raudhatus sakinah ini.
yang pada mulanya diri sendiri pun tidak ketahuan anjuran siapa.
makcik sebelah bilik semangat untuk tolong daftarkan nama.
last-last dia pulak tak pegi. heh. buat lawak je. kan bahiah.
alhamdulillah, bertemankan 2orang yang dikenali serta pn.musyirah, maka perancangan yang tiba-tiba ada itu menjadi kenyataan.

dan sesungguhnya aku juga bersyukur menjadi antara yang menyertai.
bukan senang nak dapat ilmu dari mereka yang sangat berpengalaman.
walaupun program ni ku kira sekejap, namun cukup untuk beri faham.

mungkin selama ni kebanyakan kita-kita yang hidup 'tersecure' dalam suasana yang baik, tak pernah keluar dari kepompong selesa dan hidup dalam realiti dunia luar.
inilah masa untuk kita memberi sumbangan kepada masyarakat luar.even sedikit.
dan paling kurang kita menjadi orang yang boleh faham apa itu realiti.
berpijak di bumi yang nyata. begitu teruk moral remaja islam malaysia terutamanya.
ini kesinambungan daripada gejala pembuangan bayi yang berleluasa mutakhir ni.

Raudhatus Sakinah ditubuhkan pertama kalinya bukanlah untuk dikembang-biakkan untuk didaftar keahlian oleh remaja-remaja perempuan.
Namun, ianya salah satu alternative untuk memberi kehidupan dan nafas baru kepada mereka yang pernah tersasar langkah.
dan jangan dihina mereka yang kelihatan jahil andai kita tak pernah berusaha untuk memberi kesedaran kepada mereka.even sedikit.dekati mereka.

anda bijak? its all about iman..

Kempen ini merupakan kerjasama Raudhatus Sakinah, IKRAM, Kelab Remaja Jim, JAWI, Karisma dan juga Masjid Negara. ia bergerak menjelajahi seluruh Malaysia. berilah sokongan kepada mereka selaku orang yang cakna dengan permasalahan ummat.


Forum singkat yang dihoskan oleh Pn. Wardina Saffiya dipaneli oleh mereka yang tak asing lagi dalam arena bimbingan remaja, Prof Madya Dr. Harlina Siraj merupakan seorang doktor yang sangat mendalam tiap bait bicaranya.wanita tabah yang sudah 12 tahun bergelumang dengan raudhatus sakinah dan Ummie Ross yan cukup popular selaku pengarah RS.

Kejutan yang kak Dina dan umie Ross buat memang seronok.


manekan tidak, kemunculan bapak Maher zain secara tiba-tiba memang buat satu dewan 'Histeria'.- terutamanya dari belah lelaki.wah.terbalik-
cayalah. sebab tak ada dalam tentatif..-sekejap je pun datang, 30 min-
dan lepas tu, bahu aku lebam dek pukulan hebat dari kiri dan kanan.

2 orang manusia yang terlalu teruja ni telah menjerit tepi telinga sambil memukul orang yang tak bersalah ni dengan force yang boleh tahan la.
dan semestinya orang itu kaku selama 5min. lepas reda, barulah boleh bernafas dengan aman.~chii..satu hari nanti akan ku balas perbuatan mereka itu~ :)

betullah kata orang, dia ni suka bagi respond lambat. haha. lama sikit lepas tu baru boleh ketawa dengan gembiranya, -antara pengalaman yang tak boleh lupa-


Ini merupakan pakaian kakak2 facilitator.
kami yang datang sekali menaiki kereta yang tak dek air-cond telah ditempatkan dalam 1 group yang ada 11 orang. c63- kak nurul iman mohamad. `ingat sampai bila-bila'.


dan selepas incident budak ini jatuh tangga pada malam tahun baru,
maka miss siti hafizah telah menjadi P.A nya selama 2 hari.
-kesian pada dia. siap tukar job jadi tukang urut.-jzzk.
kat tempat ni memang sangat banyak tangga.
bila budak tu jalan waktu malam tanpa pandang kiri kanan dan bawah,
asbab dia jalan menonong kedepan tak pandang orang,
maka dia menganggap tangga didepannya sebagai jalan yang lurus.
sakitnya tuhan saja yang tahu.

ditambah tidur dalam kesejukan semalaman buat budak tu memang tak lena so sanggup bangun pukul 3 pagi beratur tunggu bilik mandi. then after qiam bersama imam muda hizbur, pastinya mereka tumbang macam tempat tu sendiri yang punya. heh. punyalah berani mereka-mereka ni.
-nasib baik ini bukan program ribat- :))

Pagi tahun baru semua orang risau takut tak dapat balik pj sebab driver cedera.
dan itu tak kan berlaku. nak seribu daya. placebo. Pshychological treatment.

dan semestinya treatment yang sebenar perlu jugak untuk dapatkan kesan yang lebih baik.
kata makcik tu, nasib baik urat je seliuh, kalau patah tulang macam mana la. *smile..:))
dan ianya telah merebak menjadikan kaki itu diharamkan untuk berlari lagi seperti selalu.
moga cepatlah baiknya. insyaAllah..dan ianya semakin baik. thanks God. :)
--kafarah kepada dosa yang bertimbun-timbun- hope so.

=keep on trying at every opportunity that comes by=

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!