Followers

Nov 20, 2010

Wedding of the year


Holiday Inn, Glenmarie.
(14 nov 2010)

uih.cam sedap je dapat duduk atas hamparan bunga ni.


pak lebai tiba-tiba jadi camera man.erk

Sebenarnya tugas pak lebai angkat hantaran. :)
(dari pihak lelaki.ala-ala jepun gitu)

Semangat sungguh encik camera man ni.

Si kecik menyibok depan pengantin pompuan.

Selamat pengantin Baru buat Kak murni & Abang Shahrul.

Semoga kekal hingga akhir hayat.

gambar masa akad nikah je.majlis punya malas nak upload. :)

mereka hepi menjadi dewasa pada umur 24tahun dan berkahwin.


-.............sebut-sebut perihal kawen ni teringat pada sorang teman.
(erk, bole cerita ke? ikut suka then. hehe)
kisah dia agak berbeza.

Diriwayatkan oleh dia kepada saya.
dia cuma mempunyai perasaan yang amat.
dan saya cuba mengganggap dia tidak sampai mahu berkahwin lagi.
buat masa ni, mungkin..(atau saya silap? :])

Dia hanya meluahkan perasaan kepada saya selaku 'saudaranya'.
yep.kami bersaudara.sesama muslim.
dan dia juga cuba untuk meminta nasihat dari saya yang jahil.
setelah sekian lama, maka saya merasakan saya 'beku'.
mungkin sebab saya x pernah rasa seperti yang dia 'rasa'.
oleh itu maafkan saya.

Cumanya, jika dia meminta pendapat, maka saya berikan.
arakian, pendapat saya ni ikut suka kepala saya je.
jadi, saya sangat mengharapkan dia membaca tulisan saya ini.

Saya juga boleh katakan disini,
teman, tak semestinya kalau suka mesti bersama.
tak semestinya kalau mahu, mesti memiliki.

Umpamanya orang yang terlalu mahukan sesuatu,
plan sudah lengkap semuanya, dia yakin dia dapat.
then, tiba-tiba dia tak dapat.pasti, dia kecewa.
mungkin kerana dia terlalu berharap pada apa yang dia mahu.
sepatutnya, dia perlu ingat, disitu dia masih ada takdir.
perkara yang kadang-kadang manusia lupa.
Belajar untuk redha.terima walaupun pahit.

Berat perbincangan perkahwinan.
tanggungjawab tu sangat besar.bukan mudah.
berbicara memang mudah.semua nampak indah.kan?
cumanya, betul lah apa yang agama anjurkan.
perkahwinan memelihara maruah.menjaga agama.

Oh, terlupa, perasaan tu boleh dikawal.
saya minta kamu letakkan dulu pelajaran didepan.
bukan tak boleh layan fitrah, itu lumrah.
tapi cukuplah sekadarnya.kan. :)

erk, dan saya juga bukanlah siapa2.
cuma sedikit nasihat untuk teman jua 'saudara'.
serasa saya ini seringkas yang mungkin.
selebihnya saya pun malu nak tulis.
mungkin 'saudari' yang disana lebih arif.
(orang yang saya gelar 'minah jiwang'.hehe)

dan, pautan ni mungkin membantu.
(er.act, munirah pernah post dalam blog banat)

mungkin yang ini boleh bagi paham. :)

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment

jom baca komen!