Followers

Nov 16, 2010

Salam aidil adha :)


Hari Aidiladha adalah satu satu hari kebesaran Islam dan juga

hari perayaan bagi umat Islam.


Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam

dua hari untuk mereka makan dan minum serta bergembira iaitu

Hari Aidilfitri dan juga Hari Aidiladha.


Oleh kerana itu, umat Islam diharamkan berpuasa pada

kedua-dua hari perayaan besar tersebut.


Aidilfitri disambut sebagai tanda kemenangan dan kejayaan

selepas berpuasa sebulan penuh Ramadan sementara Aidiladha

pula diraikan sebagai simbol salah satu syiar Islam yang

teragung yang cukup sinonim dengannya iaitu ibadat Haji.

Hari Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban

adalah kerana hari tersebut merupakan hari untuk umat Islam

memperingati kisah pergorbanan Nabi Allah Ibrahim

di dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran

anaknya Nabi Ismail memenuhi perintah Ilahi sebagaimana

yang termaktub lewat firman-Nya yang bermaksud:


"Maka tatkala anaknya itu sampai

(ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya),


Nabi Ibrahim berkata:

Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam

mimpi bahawa aku akan menyembelihmu;

maka fikirkanlah apa pendapatmu?


Anaknya menjawab: 'Wahai ayah! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu;

insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar'.


Di dalam melaksanakan perintah Allah itu,

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada Allah di dalam menunaikan perintah Ilahi sehingga dengan kurniaan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Allah telah mengirimkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Ismail.

Dalam hal ini, Allah telah merakamkan kisah tersebut melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!. Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. "(Surah al-Saaffaat, ayat 104- 108).

Umat Islam dianjurkan agar memperbanyakkan ibadat pada malam Aidiladha berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadat), maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dari mengingati Allah)." (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Selain itu, salah satu dari ciri-ciri keistimewaan yang cukup signifikan berkenaan Hari Aidiladha dan juga hari-hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ini kerana ibadat korban tersebut hanya boleh dilakukan dalam empat hari tersebut iaitu bermula dari waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Ganjaran hebat Hari Arafah.

Tawaran pada hari Arafah iaitu :

1.Hari Maghfirah.

Allah SWT berjanji dengan menyatakan ‘akan digugurkan dosa-dosa hambaNya setahun sebelum dan setahun yang akan datang’.

Sebab itulah bagi mereka yang tidak menunaikan haji sangat dituntut untuk berpuasa.

2.Mustajab Berdoa.

Allah memakbulkan doa-doa mereka yang memuliakan Arafah.Oleh itu mintalah apa saja dari Allah.

3.Terlepas daripada seksaan neraka.

Hari yang paling ramai Allah SWT membebaskan hamba-hambaNya daripada seksaan neraka.Tapi semuanya bersandar pada doa, istighfar dan dengan memperbanyakkan amalan puasa.

4.Turun rahmat.

Hari turunkan rahmat yang mencurah-curah.Sebab itu Nabi SAW pernah menyatakan ,hari Arafah adalah hari yang paling dibenci Syaitan.Syaitan-syaitan akan menjadi lemah hanya kerana besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian hamba-hambaNya yang beramal soleh.

5.Ibadah puasa yang paling dimuliakan.

Tidak ada hari yang Allah paling muliakn ibadat puasanya melainkan puasa pada bulan Ramadhan dan puasa pada 9 Zulhijjah bagi yang tidak mengerjakan haji.


>> alhamdulillah.sedikit perkongsian sempena aidil adha.

Sebak rasa ayah tak balik lagi. insyaAllah esok ayah mendarat di KLIA.Semoga selamat sampai. amin. :)

dan ayah bakal pergi lagi dalam masa sebulan lagi,(tercurik tengok tiket fligh.huhu) kali ni x lame sangat.2minggu mungkin.

Penerbangan akan datang, ke Dhakka, guess,seperti biasa.bukan pergi melancong, yes, buat kerja agama.know that.(moga pahalanya bisa kudapat juga)

seminggu sebelum kak ngah kawen, ayah akan pulang. :)

[hanya Tuhan yang dapat beri kefahaman dan kesabaran kepada hambaNya]

Tahun ni beraya di selangor aje. tak balik kampung.Dulu, masa tok ayah ade, pasti sekor dua lembu jadi korban, and semua anak cucu balik kampung + suasana yang sangat meriah di Kelantan.~Moga rohnya dicucuri rahmat.~amin.

Raya puasa 2 tahun lepas bersama atok.

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!