Followers

Aug 28, 2010

psikik




Pernah dengar psikik power?

Istilah ni agak popular dalam cerita atau drama, kan.
korang rasa nak letak paras mana.
percaya/ x percaya/ x pasti ?

tergerak gak nak taw tentang benda ni. not on any purpose.
saje suka-suka lepas bersembang dengan sorang hamba Allah ni.

kata dia :'sebenarnya psikik ni wujud taw'.
jawab saya : ' ye ke. mana ada. karut marut la tu'
dia maksudkan macam ni, : orang tu dapat melihat 'next event' yang akan berlaku.
saya kata : kan perkara akan datang Allah je yang tahu.
dia kata : betul. tapi kita still punyai kuasa minda.minda bawah sedar.bukan tilikan.
dia kata : juga telepati.kat Malaysia mungkin x wujud. tapi negara lain ada.
saya kata : bukti? aishe, iyo ke ni dong..(fikir2..)
dia kata : ada kawan dari endon kate, kat sana banyak je orang guna telepati.
then i said : itu mungkin tautan hati. (ceh..camtu pulak dah.eh, tapi betul ape, :P)
and psikik yang dia kata tu mungkin adalah 'gerak hati' yang Allah bagi.?

yang saya pernah tengok, psikik tu camnilah,,
: seseorang tu guna gerakan mata or wateva untuk gerakkan sesuatu barang.
( itu kisah macam dalam cerita2 fiksyen n drama tV)
and saya ada terbaca kata-kataan yang kata,,
: orang barat guna kuasa psikik untuk melihat sesuatu yang jauh dan terlindung disebalik benteng2 yang kukuh..(em, adakah benar?)
contoh macam CIA or mane2 agen perisikan yang besar.

Persoalannya, adakah benar kuasa psikik itu wujud?
cuba lihat video di link ini, yang mengatakan ianya x wujud. :)

--err mengapakah tiba2 mahu bicarakan hal ini? dont know.hehe--

Kemudian, setelah membaca sedikit sumber dari dunia yang tanpa sempadan ni,
maka saya merumuskan sebeginilah. (x semestinya kena percaya.kan)
-----
psikik tu boleh juga dikenali dengan nama lebih educatednya sebagai ESP,
(extra sensory perception) ataupun nama kampungnya deria keenam.
dan ESP ni tidaklah sama dengan meditasi, telepati, hypnosis dan apa2 saja.


*selingan sebentar disini*

pernah baca x buku bersiri 'detektif indigo' karya faisal tehrani?
ha, yang tu cerita tentang kanak2 yang punyai kuasa telepati.
penah baca buku 'budak psikik' keluaran PTS?
ha, yang itu cerita tentang kuasa baik lawan kuasa jahat guna psikik.

act dalam citer tu xdela nak sesatkan orang dengan pemahaman karut or wateva.
sebab ada makna tersirat disebalik cerita fiksyen tu.
serasa saya, penulis sengaja menggunakan istilah dua unsur tu
bagi menggantikan yang biasa kita guna.. (ni bukan fahaman Zoroustisme ye)
mereka menggunakan kekuatan ilmu psikik masing2 untuk bertarung.
digabungkan dengan unsur-unsur cakra dalam tubuh badan serta penghayatan telepati juga.
and kuasa yang baik mahu mempertahankan dunia daripada dimusnahkan. :P
(ada bunyi karut x cite ni? erk. ni olahan dari buku yer.)
tiba-tiba muncul pulak hang Tuah yang berlagak seperti Black Hole.
lagenda melayu ni memang bestlah.pelbagai sungguh penggunaannya.

--begini--
seperti pada kebiasaan masyarakat melayu,
kalau yang bomoh guna jin tu, kira ahli sihir yang jahat lah kan.
and bagi ustaz2 or pengamal perubatan islam yang guna ayat quran tu kira baiklah kan.
begitulah gamaknya ceritanya mungkin. sendiri fahamlah bila baca.
('kan' tu merujuk pada tauqid yang meminta peng'iya'an)

*kembali*
mengikutnya,
ESP atau INTUITIVE(daya firasat) selalunya berkaitan antara satu sama lain.
ada orang percaya, Adiputra budak genius matematik itu punyai ESP.
Paranormal. Premonition (firasat mimpi). Kebolehan untuk menjangka, melihat,
merasai apa yang akan berlaku pada masa akan datang.'manusia indigo'.
Indigo-Ia merujuk kepada warna aura yang lahir dalam diri manusia.
Dikatakan aura indigo itu merujuk kepada manusia seperti ini.

*dibawah ini adalah fakta yeh.dari sini*



Tahukah anda badan korporat seperti Sony Corporation juga menunjukkan minat dalam lapangan kuasa minda? Pada tahun 1997, saintis Jepun, Yoichiro Sako telah membuat suatu kenyataan semasa perjumpaan Society of Scientific Exploration di Universiti of Nevada. Dalam syarahan beliau, Sony Corporation disahkan telah membiayai kos pengkajian lapangan ESP (Extra-sensory Perception), dan cuba untuk menemukan cara bagaimana untuk mengkomersialkan ESP ini. Semasa kenyataan ini dibuat, kajian tersebut yang dilakukan oleh pakar-pakar yang diketuai Yoichiro Sako, sudah pun berlangsung selama 7 tahun. Walaupun projek ini diberhentikan pada tahun 1998 kerana pihak Sony tidak menemukan jalan keuntungan dari sudut perniagaan, namun pasukan saintis berkenaan telah membuktikan bahawa ESP memang wujud!

Dikhabarkan bahawa saintis-saintis terkemuka dunia sekarang ini sedang berhempas pulas mengkaji bagi menemukan cara untuk melampaui batasan kekuatan kuasa minda (kita masih diperingkat pengenalan, mereka dah nak menerobos batasan ( ). Walaupun berkali-kali dinafikan bahawa projek ini sedang dijalankan, namun jika dipertimbangkan fakta-fakta masa lalu, adalah munasabah jika dikatakan bahawa kuasa-kuasa besar dunia tertentu, membiayai kos projek rahsia ini, yang mana ianya bertujuan untuk mewujudkan kekuatan baru iaitu “Perisik Psikik” yang bukan sahaja boleh mengakses pelbagai dimensi, tetapi juga mampu memanipulasikannya untuk merisik, mengawal, mempengaruhi, mencederakan malahan membunuh.

--em, rasanya ni dah cukup kot.act lagi berminat dengan cerita telepati.
next time kot boleh post.ini sikit ade kesimpulan pendek dari tajuk post.mari baca--

Mind Space

Seorang pemuda datang untuk belajar ilmu makrifat dan berguru :

“ tetapi saya tidak mempunyai masa”. Saya memerlukan ilmu makrifat dan berjaya dalam masa yang singkat.... kerana saya sangat sibuk !.

Guru tersenyum : “no problem”, sambil kita minum teh dulu ya.... jawab guru tersebut.

Satu cawan, dua cawan, tiga cawan..... dan calun murid tersebut mulai gelisah.Malah cawan yang keempat guru tersebut menuangkan teh hingga melimpah, tumpah keluar dari cawan tersebut. Pemuda tersebut sudah tidak dapat menahan dirinya “ apa yang sedang guru lakukan” ?. “Cawan saya sudah penuh..... lagipun saya datang sini bukan untuk minum teh, tapi untuk belajar ilmu makrifat dan mencapai tahap makrifat”.

Guru tersenyum lagi : “ sebab itu, nak.....sebab itu...”

“ apa maksud tuan guru”?

“ Cawan yang penuh tidak dapat diisi lagi, cawan jiwa mu pun sudah penuh nak. Kosongkan dulu, ciptakan sedikit ruang, supaya aku dapai mengisi jiwa dan fikiran mu”.

Ciptakan “ruang”.!!! Saat ini jiwa kita penuh, fikiran kita penuh, otak kita penuh, hati kita penuh..... ya penuh dengan memori lama, data yang tidak diperlukan lagi. Beban pada jiwa kita sudah melampaui batas. Dalam keadaan seperti ini bagaimana ingin kita isikan dengan sesuatu yang baru?.

Otak yang penuh tidak dapat berfikir lagi. Ini yang terjadi pada kaum yang buta mata hatinya. Otak mereka telah diisi dengan memori masa lalu, sehingga mereka tidak dapat hidup pada masa ini. Mereka tidak dapat berfikir tentang sesuatu yang mereka anggap lain dari apa yang ada dalam memori masa lalu mereka.

Mungkin lebih parah lagi bila hati mereka terbeban dengan rasa benci, amarah dan mereka tidak merasa indah dalam kehidupan. Bagi mereka sesuatu yang lain dari apa yang ada dalam fikiran mereka tidak mempunyai keindahan.

Bila pekara ini terjadi jiwa dan minda mereka diprogram untuk kerosakan, bukan untuk mencipta dan membangun. Para “ pencipta mereka” menyedari pekara tersebut.
“ maka Dia tambahkan lagi , hati mereka terpatri dan tetutup dari kebenaran”.
Demikian penuh mereka diisi, sehingga tidak ada lagi infomasi baru yang dapat mereka gunakan untuk menembusi s
empadan diri mereka.

Untuk memperolehi, atau lebih tepatnya, memasuki alam kesedaran psikik, beban fikiran dan jiwa harus dikurangi. Bersihkan fikiran dan otak mu dari indoktrin.



Latihan psikik Bismillah




Jauhkan diri anda dari berkawan dengan orang yang tidak menunjang perkembangan diri anda. Jauhi dari mereka ya
ng sentiasa bicara tentang balas dendam, kebencian dan sebagainya.

Tidak perlu membenci mereka. Tidak perlu menyayangi masa hidup yang telah anda persiakan kerana doktrin dari mereka. Maafkanlah mereka. Maafkan pula diri anda atas kesalahan yang anda lakukan terhadap diri anda, dengan mengikuti mereka secara membabi buta. Hindarilah mereka, jangan lagi bergaul dengan mereka. Sehingga anda mampu “ tidak terpengaruh” oleh mereka. Jangan lagi bergaul sehingga anda mampu “mempengaruhi mereka”.

  • Awali hari anda dengan doa mengikut ajaran dan kefahaman anda dan di tambah dengan saranan “ kuisi hari ku dengan kasih”
  • Berdoa kembali pada waktu tengahari dan beri saranan “ ku harungi hariku dengan kasih”
  • Sebelum tidur, berdoa kembali dan sarankan “ Ku Akhiri hari ku dengan Kasih”
Kasih adalah jalan yang benar “kasih adalah pencerminan sifat Allah” Maha pengasih dan maha penyayang, itu lah Dia. Kasih adalah sesuatu yang sangat lembut, sangat ringan. Kerana kasih, kasih juga melembutkan dan meringankan. Kasih tidak pernah menjadi beban, tidak mungkin menjadi beban. Makin banyak kasih dalam diri kita, semakin ringan dan lembutlah kita. Kemudian dengan kelembutan itu, laluilah alam kesedaran psikik untuk mengapai kesedaran makrifat ( kesedaran rohani).

P/s : berdoalah dengan bismilah...... Bismilah merupakan sesuatu yang lengkap tidak perlu ditambah atau di kurangi. Sekurang – kurangnya 27 kali setiap kali berdoa.

Mukjizat di sebalik
BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Ya ng Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Ya ng pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya..


5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan
mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "


8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya..


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


--Wallahua'lam..-- (">)

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!