Followers

Apr 2, 2010

Secangkir Teh


[Pengurusan emosi]

Dulu, saya fikir saya sahaja tidak siuman kerana sering mengalami keadaan seperti ini.
Tetapi selepas bersara dari dunia remaja dan mula beransur tua, saya tersedar yang ia suatu perkara biasa yang sering menimpa anak muda. Pergaulan saya bersama anak-anak muda di universiti, sering mendedahkan saya kepada cerita tentang depresi mereka dalam pelbagai bentuk.
Ada yang kerana cinta.
Ada yang kerana pelajaran.
Ada yang kerana dakwah.

Malah ramai juga yang tidak pasti sebabnya...seperti saya.
mungkin hormon belum seimbang dan gangguan emosi menjadi kebiasaan.

"Carilah dunia asing..untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu.
Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah; sama ada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah,"
Itu nasihat saya.

Carilah damai untuk diri sendiri. Khusus buat anak muda berjiwa da'i, yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain, hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh minda, emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi...Hanya kamu dan Dia..tiada yang ketiga.

: Dipetik daripada buku 'secangkir teh pengubat letih : -Hasrizal-

Yeah, kata-kata ni menarik minat saya untuk terus membelek helaian buku.

Sungguh tak dinafikan, selaku remaja kita amat memerlukan terapi untuk diri sendiri..
untuk lari sebentar daripada duni kita yang biasa..yang rutin hariannya adalah sama..
untuk lari sebentar dari kesibukan pelajaran, suasana dan kawan-kawan..

Bagi hasrizal, tempat keramat serta rahsia untuk dijadikan tempat melepaskan lelah dan kerunsigan kehidupan di Jordan adalah Turki..

Dan saya juga punyai tempat tersebut..semestinya bukan dirumah..tapi masih dalam daerah.
bila tiba-tiba rasa sedih, down, tempat ni lah antara destinasi untuk meluah..
jauh dari kesibukan manusia yang memang akan sibuk, ye..bebas..
~tempat yang bukan rahsia tapi rahsia.

: realize, saya juga menyukai sejarah peradaban dunia yang diolah dengan ayat santai : :)

Mungkin benar kata hasrizal,
ada kalanya perasaan runsing itu mampu terubat dengan khayalan melihat lembaran sejarah.
lembaran sejarah itu adalah sebahagian tempat melarikan diri demi secebis damai.
mungkin kerana kehidupan pada hari itu tidak cemar oleh kehancuran kelakuan manusia yang menjadi sebahagian daripada kerunsingan pada hari ini.

Bolvadin.
Walaupun dianggap pekan kecil, namun 65 ribu penduduk bukanlah angka yang boleh diremehkan.Kebanyakan perempuan disana berpurdah.Tapi bukanlah seperti purdah di Malaysia.Maknanya, yang kelihatan di wajah hanya mata.

Suasana di Bolvadin amat terjaga. Ia adalah satu-satunya bandar di Wilayah Ege
yang diperintah oleh sebuah Parti Islam.

Di Istanbul sahaja ada kira-kira 100 buah sekolah tahfiz. Diseluruh negara, jumlah mereka yang menghafal al-Quran menjangkau angka berjuta-juta dan mereka ini sangat berperanan.

Turki perlu dilihat dari dalam bukan hanya diulas dari jauh.
di negara kita sendiri, penilaian terhadap Turki amat tidak adil.
kerana negara tersebut pernah tertegaknya khilafah islam Othmaniyyah,
maka kerosakan yang dilakukan oleh Atartuk amat tidak adil kepada umat islam disana.

Ya, kalau kita bersiar-siar di perkarangan hotel-hotel Istanbul yang menjadi pilihan agensi pelancongan yang menaja pakej lawatan, kita akan melihat Turki yang sekular.
di Taksim misalnya, deretan pusat tarian gelek dan gerai majalah lucah yang seakan menjual kacang putih dan pelbagai lagi fasad yang ada.

Situasi di Turki amat sukar untuk difahami dari luar.
hanya mereka yang mengenali islamnya Turki zaman sekarang akan menghargai.
Isu bertudung yang pernah timbul suatu ketika dahulu amat mencabar umat islam disana.

Kalau di Turki, pemakaian tudung dihalang di pusat2 pengajian dan institusi rasmi negara..

Di dada akhbar melayu, perkiraan terhadap Turki amat tidak menyenangkan.
tohmahan kita terhadap umat islam Turki dengan mengatakan bahawa tidak ada lagi islam di Turki serta betapa lemahnya umat islam disana dalam mempertahankan akidah mereka amat tidak adil.

Umat islam disana tidak pernah meletakkan senjata. Semenjak Atartuk berusaha membutakan rakyatnya dengan 'revolusi pembaharuan' lagi, penentangan daripada golongan yang cintakan islam tidak pernah luntur. Badiuzzaman Said An-Nursi, Adnan menderes..penyair kecil Fazil hinggalah ke era Erbakan dan Erdogan, penentangan itu telah berterusan dan masih..
Pertembungan antara islam dan sekuralisme di Turki adalah seperti bertembungnya dua kereta api yang sedang bergerak laju. dentumannya menakutkan dan korban kontradiksinya juga menggerunkan.

Namun..perlulah difahami bahawa Turki adalah sebuah negara ganjil yang kerajaannya tidak mencerminkan identiti rakyat. Ia bukan sebuah pemerintahan yang mewakili rakyat.

Kesimpulannya, Turki bukanlah lambang kejayaan sekularisme menguasai umat islam.
Turki juga bukan contoh rosaknya masyarakat sehingga islamnya dirasakan malap. Tetapi Turki adalah medan tempur antara Barat dan Timur, antara Islam dan Jahiliah, antara Sekularisme dan ajaran Nabi saw antara tudung dan parlimen, antara segala-galanya.

"Ambillah iktibar dari sejarah.kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan islam.Jika kita mencari kemuliaan daripada selainNya, kita akan dihina Allah."

"Umat yang tidak mahu menoleh kepada sejarah adalah umat ynag rugi. Umat yang tiada sejarah, tiada baginya masa depan!" - Umar al-Khattab r.a-

Islam masih tertegak di Turki..

Jika diselami bait-bait cerita dalam buku ini, terasa seperti Turki dekat di hati.
umat islam disana juga hebat..persaudaraan berlandaskan agama tak ternilai..

~Rasa sangat teruja untuk terus menghayati catatan pengembaraan.dah lama x layan buku-buku camni..antara yang terbest..macam tulisan faisal tehrani suatu ketika dahulu.^^

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!