Followers

Apr 27, 2010

Hakikat Syiah

Alhamdulillah.

Walaupun sedikit, berjaya jugak tulis berkenaan Syiah lepas mengadap buku-bukunya yang takkan habis untuk dibaca memandangkan masa yang tak begitu mengizinkan.

Takde niat untuk mengkaji, tapi lebih kepada keinginan untuk tahu perkara yang benar berdasarkan kafahaman yang bukan dari mulut-mulut manusia sahaja tapi dari fakta yang lebih tepat.

Sekadar perkongsian ilmu yang boleh dikatakan basis dan sangat sedikit.

Bismillah..

Menyingkap hakikat kebohongan syiah perlu waktu yang cukup panjang.

Imam Ibnu Taimiyah telah menyediakan 4 jilid format besar dengan 1415 halaman.
Belum lagi Ibnu Hazem, Imam Syafii, al-Ghazali, Imam Malik, Adz-Dzahabi, Assiba’i, Addahlawi,dll.

Maksud Syi‘ah dari sudut istilah.
Gelaran Syi‘ah lazimnya ditujukan kepada setiap orang yang setia (wala’) kepada ‘Ali bin Abi Thalib dan Ahl al-Baitnya radhiallahu ‘anhum, sehingga ia menjadi nama gelaran yang khusus bagi mereka.[2]

Pembahagian Syi‘ah kepada 3 golongan:
Mazhab Syi‘ah boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan beberapa kategori seperti akidah, politik, fiqh dan sebagainya.[3] Yang penting dalam perbahasan buku ini ialah pendirian atau mazhab Syi‘ah apabila berinteraksi dengan kedudukan para sahabat dan persoalan khalifah (
الإمامة), di mana ia dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan:

Pertama: al-Tasyaiyu’ (
التشيع).
Kumpulan ini adalah mereka yang bersimpati lalu menyebelahi pasukan ‘Ali bin Abi Thalib dalam peristiwa peperangan antara pasukan ‘Ali dan Mu‘awiyyah, radhiallahu ‘anhuma. Mereka juga mengambil berat, merasa sedih dan simpati ke atas nasib yang menimpa ‘Ali dan keluarganya: Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum sebagaimana yang tercatit di dalam sejarah Islam.

Kedua: al-Mufadhdhilah (
المفضلة)
Kumpulan ini adalah mereka yang berpendapat bahawa ‘Ali bin Abi Thalib dan keluarganya adalah lebih mulia, lebih utama dan lebih tinggi kedudukannya berbanding lain-lain sahabat.
Walaubagaimanapun kedua-dua kumpulan yang pertama ini mengiktiraf jawatan khalifah Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman serta tidak mencela para sahabat yang lainnya. Pilihan mereka kepada apa yang mereka cenderungi tidak menyebabkan mereka berlaku tidak adil dan berlebih-lebihan (ghuluw) terhadap apa yang tidak mereka cenderungi.

Ketiga: al-Rafidhah (
الرافضة)
al-Rafidhah bermaksud kumpulan yang menolak. Syi‘ah al-Rafidhah adalah mereka yang menolak kekhalifahan dan keutamaan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman. Mereka juga menolak para imam daripada keturunan Ahl al-Bait Rasulullah kerana mereka (para imam daripada keturunan Ahl al-Bait) juga mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman serta mengutamakan mereka bertiga di atas ‘Ali bin Abi Thalib.[4]

Bertitik tolak daripada penolakan di atas maka terbentuk 4 asas berikut yang menjadi iktikad Syi‘ah al-Rafidhah:

1. Bahawa khalifah pertama yang hak selepas kewafatan Rasulullah ialah ‘Ali diikuti dengan Husain dan keturunannya.

2. Bahawa para sahabat sehinggalah ke umat Islam masa kini dari kalangan Ahl al-Sunnah telah membelakangi nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang menetapkan jawatan khalifah mereka (‘Ali, Husain dan keturunannya).

3. Bahawa kerana sikap Ahl al-Sunnah yang membelakangi al-Qur’an dan al-Sunnah sepertimana poin 2 di atas, maka mereka, sejak dari Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan para sahabat seluruhnya sehingga ke umat Islam hari ini berada di dalam kesesatan.

4. Bahawa mazhab yang benar di dalam Islam ialah Mazhab Syi‘ah manakala Mazhab Ahl al-Sunnah adalah mazhab yang salah.

Atas tujuan singkatan perkataan, Syi‘ah al-Rafidhah akan disebut sebagai “Syi‘ah” sahaja.

Pengenalan ringkas kepada sejarah kelahiran Syi‘ah.
Faktor yang masyhur disebut sebagai sebab kelahiran Syi‘ah ialah
peranan ‘Abd Allah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam yang diusir oleh khalifah Usthman bin Affan dari Madinah kerana sifat sebenarnya yang memiliki tujuan ingin menghancurkan Islam dari dalam.[5]

Akan tetapi pada penelitian penulis, wujud faktor kedua atau sebuah lagi tenaga penggerak yang melahirkan Syi‘ah. Hal ini wajar kerana faktor yang memecahkan Islam kepada dua aliran besar: Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah perlu terdiri daripada sesuatu yang jauh lebih besar, lebih kuat, lebih berazam, lebih berpengaruh dan lebih efektif daripada ‘Abd Allah bin Saba’ seorang sahaja.

Malah keselesaan kita (Ahl al-Sunnah) memfokuskan faktor kelahiran Syi‘ah kepada peranan ‘Abd Allah bin Saba’ sahaja menyebabkan kita leka daripada faktor kedua yang masih memainkan peranan aktif mengembangluaskan Mazhab Syi‘ah sehingga ke hari ini. Lebih berat, kelekaan ini menyebabkan usaha memantau gerakan Syi‘ah menjadi tidak berkesan kerana sasaran yang dipantau (peranan Ibn Saba’) bukan lagi merupakan tenaga penggerak kepada dakwah Syi‘ah di hari ini.

Faktor kedua yang penulis maksudkan ialah
peranan Bangsa Parsi. Peranan mereka dapat diringkaskan kepada peringkat-peringkat berikut ini:

*Sejak sejarah mula ditulis, telah wujud persaingan antara Bangsa Parsi dan Bangsa Arab dari sudut kebudayaan, tamadun, kepercayaan agama dan sebagainya. Persaingan ini sering kali bertukar menjadi peperangan dengan kemenangan selalunya berada di pihak Parsi.[6]

*Zaman kegemilangan Parsi berakhir apabila pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu ‘anh, negara Parsi telah diambil alih oleh pemerintahan Islam. Empayar Sasanid dan sistem Istana yang menjadi kaedah beragama turun temurun bangsa Parsi diruntuhkan.

*Ini merupakan satu tragedi yang amat buruk bagi bangsa Parsi. Sebahagian mereka ada yang memeluk Islam dengan ikhlas. Namun sebahagian lagi, khasnya mereka yang memiliki semangat kebangsaan yang amat kuat serta kesetiaan yang tinggi kepada dinasti kesultanan, pura-pura memeluk Islam dengan objektif ingin membalas dendam dari jalan dalam.[7]

*Kejayaan mereka yang pertama ialah menggerakkan operasi membunuh Umar bin al-Khaththab. Seterusnya mereka dengan kerja sama ‘Abd Allah bin Saba’ menggerakkan operasi menabur benih-benih kedengkian yang akhirnya berjaya menghasilkan pembunuhan ‘Utsman bin ‘Affan.

*Setelah terbunuhnya ‘Utsman, ‘Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah umat Islam. Ketika itu para sahabat berbeza pendapat untuk menghukum para pembunuh ‘Utsman. ‘Ali bin Abi Thalib mewakili kelompok pertama yang berpendapat yang utama ialah menyatukan semula umat Islam dan meredakan kekecohan yang wujud pada saat itu, kemudian barulah dijatuhkan hukuman kepada para pembunuh ‘Utsman. Kelompok kedua pula berpendapat yang utama ialah menjatuhkan hukuman kerana hanya ini akan dapat menyatukan semula umat Islam dan meredakan kekecohan.

*Perbezaan pendapat ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh bangsa Parsi dengan mencetuskan fitnah bahawa kelompok pertama dan kedua sedang bersiap sedia untuk saling memerangi antara satu sama lain. Akhirnya berlakulah Perang Jamal dan Perang Siffin di kalangan para sahabat.[8]


*Setelah berpuas hati dengan peristiwa Perang Jamal dan Perang Siffin, mereka beralih mengangkat ‘Ali bin Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah yang diiktiraf. Sebabnya, Husain bin ‘Ali telah berkahwin dengan Syahr Banu, puteri Raja Yazdajird bin Syah Rayar bin Kisra daripada Empayar Sasanid Parsi. Puteri Syahr Banu telah melahirkan ‘Ali bin Husain maka dengan itu mereka mengangkat beliau sebagai khalifah yang baru kerana memiliki darah kesultanan Parsi.[9]


*Kepimpinan yang baru ini mereka gelar “Imam” agar lebih sesuai dengan imej Islam. Akan tetapi diterapkan beberapa ciri yang tidak berasal daripada Islam seperti penetapan waris tahta (konsep dinasti), suci (sifat maksum – terpelihara dari dosa dan kesilapan) dan memiliki kekuasaan dalam penentuan syari‘at agama (dijadikan sumber syari‘at). Mengikut sebahagian pengkaji, 3 ciri ini adalah sesuatu yang berasal daripada tradisi Empayar Sasanid.[10]


*Demi membenarkan kedudukan “Imam” mereka yang baru ini, mereka mencipta teori bahawa al-Qur’an dan al-Sunnah telah menetap dan mewasiatkan jawatan khalifah kepada ‘Ali dan keturunannya, menetapkan kesucian mereka dan mengangkat mereka sebagai penentu syari‘at agama.


*Akan tetapi penetapan dan pewasiatan ini mereka hadkan hanya kepada keturunan ‘Ali bin Husain bin ‘Ali yang dilahirkan oleh Puteri Syahr Banu. ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dimasukkan sama semata-mata untuk melengkapkan teori ini.[11] Keturunan-keturunan lain daripada para isteri Hasan dan Husain tidak mereka masukkan dalam “penetapan dan pewasiatan” ini kerana mereka tidak memiliki darah Parsi.[12]


*Untuk mengunggulkan teori ini, mereka menghukum dan mencela sesiapa yang tidak mengiktiraf kekhalifahan ‘Ali dan keturunannya.


*Berkat hidayah dan ilmu yang Allah kurniakan kepada ‘Ali bin Husain bin ‘Ali dan keturunannya, mereka semua menolak pengangkatan diri mereka sebagai “Imam”. Mereka beriktikad bahawa sistem khalifah bercirikan pewarisan, maksum dan penentu syari‘at agama tidak pernah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bahawa Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman adalah 3 khalifah pertama umat Islam yang sah. Mereka bertiga memiliki keutamaan dan kemuliaan yang melebihi semua orang manakala mereka (‘Ali bin Husain dan keturunannya) hanyalah manusia biasa.[13]


*Mereka (bangsa Parsi) menolak iktikad ‘Ali bin Husain dan keturunannya. Akan tetapi demi menjaga kebenaran teori “penetapan dan pewasiatan” dan menjaga maruah bangsa, mereka meneruskan konsep “Imam” dengan mencipta pelbagai dusta ke atas ‘Ali bin Husain dan keturunannya dan menyembunyikan iktikad mereka yang sebenar.

*Keturunan ‘Ali bin Husain terhenti pada al-Hasan bin ‘Ali bin Muhammad bin Ja’far al-Askari (260H) rahimahullah kerana beliau tidak memiliki anak.[14] Untuk menyelesaikan masalah ini mereka mencipta teori baru, iaitu teori Imam pengganti yang ghaib. Imam pengganti ini mereka namakan Imam Mahdi, meminjam daripada iktikad Ahl al-Sunnah tentang kedatangan Imam Mahdi pada akhir zaman nanti sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadis-hadis yang mutawatir sifatnya. Sejak tahun 260H sehingga ke hari ini, mereka meneruskan teori baru ini sebagai kesinambungan daripada teori pertama yang mereka dirikan sejak awal lagi.[15]

*Sehingga hari ini teori-teori di atas masih diperjuangkan oleh bangsa Parsi, pertama sebagai mempertahankan maruah bangsa dan kedua untuk menjauhkan umat Islam daripada agama mereka yang tulen sebagai balasan kepada tindakan umat Islam yang telah memusnahkan “Dinasti” mereka 1400 tahun yang lalu. Oleh itu bukanlah merupakan satu keasingan bahawa satu-satunya negara yang memainkan peranan aktif dalam mengembangkan dakwah Syi‘ah sehingga hari ini ialah negara asal bangsa Parsi, iaitu Iran.


*Aliran Syi‘ah di Iran dikenali sebagai al-Itsna ‘Asyariyyah, bermaksud “12 Imamah”, namun ciri-ciri aliran 12 Imamah ini tidak jauh daripada ciri-ciri Syi‘ah al-Rafidhah.[16] Negara Iran merupakan pusat sumber ilmu ajaran Syi‘ah, kebanyakan tokoh besar Syi‘ah semuanya berasal dari Iran manakala misi-misi dakwah dijalankan oleh wakil-wakil Iran seperti pihak kedutaan,[17] pertubuhan bebas, syarikat perindustrian yang datang melabur sehinggalah kepada para pensyarah yang mengajar di pusat pengajian tinggi negara-negara Ahl al-Sunnah. Antara misi dakwah mereka ialah:


1. Melantik dan melatih juru dakwah yang terdiri daripada bangsa negara itu sendiri.

2. Menterjemah dan meluaskan penerbitan buku-buku pro-Syi‘ah yang asalnya dalam bahasa Parsi.

3. Menjalankan projek kebajikan ke atas orang-orang miskin untuk “membeli” keyakinan mereka. Ini umpama strategi dakwah da‘i Kristian.

4. Mendirikan laman-laman web dalam bahasa ibunda negara tersebut bagi meluaskan jangkauan dakwah tanpa pantauan daripada pihak berwajib.

Demikian ringkasan sejarah kelahiran Syi‘ah sehingga ke hari ini.[18] Sekalipun Mazhab Syi‘ah dalam bentuknya yang umum, yakni dengan pelbagai alirannya, tersebar di beberapa negara, akan tetapi satu-satunya negara yang memainkan peranan aktif menyebar luaskan secara khusus Mazhab Syi‘ah al-Rafidhah ialah Iran. Ini jelas menunjukkan bahawa ia, Mazhab Syi‘ah al-Rafidhah, adalah sesuatu yang berkaitan dengan bangsa Parsi.[19] Ini berbeza dengan Mazhab Ahl al-Sunnah yang disebar luaskan oleh semua negara Islam, menunjukkan ia bukan sesuatu yang terikat kerana bangsa.

* Rujukan : Buku Asal-usul fahaman Syiah, Hafiz Firdaus


Pokok-Pokok Penyimpangan Syi’ah Secara Umum:

1. Pada Rukun Iman:

Syiah hanya memiliki 5 rukun iman, tanpa menyebut keimanan kepada para Malaikat, Rasul dan Qadha dan Qadar- yaitu: 1. Tauhid (keesaan Allah), 2. Al-’Adl (keadilan Allah) 3. Nubuwwah (kenabian), 4. Imamah (kepemimpinan Imam), 5.Ma’ad (hari kebangkitan dan pembalasan). (Lihat ‘Aqa’idul Imamiyah oleh Muhammad Ridha Mudhoffar dll)

2. Pada Rukun Islam:

Syiah tidak mencantumkan Syahadatain dalam rukun Islam, yaitu: 1.Shalat, 2.Zakat, 3.Puasa, 4.Haji, 5.Wilayah (perwalian) (lihat Al-Khafie juz II hal 18)

3. Syi’ah meyakini bahwa Al-Qur’an sekarang ini telah dirubah, ditambahi atau dikurangi dari yang seharusnya,

seperti: “wa inkuntum fii roibim mimma nazzalna ‘ala ‘abdina FII ‘ALIYYIN fa`tu bi shuratim mim mitslih (Al-Kafie, Kitabul Hujjah: I/417). Ada ta mbahan “fii ‘Aliyyin” dari teks asli Al-Qur’an yang berbunyi: “wa inkuntum fii roibim mimma nazzalna ‘ala ‘abdina fa`tu bi shuratim mim mits lih” (Al-Baqarah:23)

Karena itu mereka meyakini bahwa: Abu Abdillah a.s (imam Syiah) berkata: “Al-Qur’an yang dibawa oleh Jibril a.s kepada Nabi Muhammad saw adalah 17.000 ayat (Al-Kafi fil Ushul Juz II hal.634). Al-Qur’an mereka yang berjumlah 17.000 ayat itu disebut Mushaf Fatimah (lihat kitab Syi’ah Al-Kafi fil Ushul juz I hal 240-241 dan Fashlul Khithab karangan An-Nuri Ath-Thibrisy)

1.Syi’ah meyakini bahwa para Sahabat sepeninggal Nabi saw, mereka murtad, kecuali beberapa orang saja, seperti: Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifary dan Salman Al-Farisy (Ar Raudhah minal Kafi juz VIII hal.245, Al-Ushul minal Kafi juz II hal 244)

2.Syi’ah menggunakan senjata “taqiyyah” yaitu berpura-pura, dengan cara menampakkan sesuatu yang berbeda dengan yang sebenarnya, untuk mengelabui (Al Kafi fil Ushul Juz II hal.217)

3.Syi’ah percaya kepada Ar-Raj’ah yaitu kembalinya roh-roh ke jasadnya masing-masing di dunia ini sebelum Qiamat dikala imam Ghaib mereka keluar dari persembunyiannya dan menghidupkan Ali dan anak-anaknya untuk balas dendam kepada lawan-lawannya.

4.Syi’ah percaya kepada Al-Bada’, yakni tampak bagi Allah dalam hal keimaman Ismail (yang telah dinobatkan keimamannya oleh ayahnya, Ja’far As-Shadiq, tetapi kemudian meninggal disaat ayahnya masih hidup) yang tadinya tidak tampak. Jadi bagi mereka, Allah boleh khilaf, tetapi Imam mereka tetap maksum (terjaga).

5. Syiah membolehkan “nikah mut’ah”, yaitu nikah kontrak dengan jangka waktu tertentu (lihat Tafsir Minhajus Shadiqin Juz II hal.493). Padahal hal itu telah diharamkan oleh Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib sendiri.


*Rujukan : Abu Salma, 2007 Maret 22.

Tentunya ada yang menanyakan : “Mengapa kalian begitu tegar dan keji menempatkan Khomeini (Syiah Jaafariyah) beserta revolusinya dibawah sebuah mikroskop, sementara kalian tetpa membiarkan rejim lain, yang terang-terangan menyerang benteng pertahanan islam, padahal mereka lebih jahat dari Khomeini dengan golongan Syiah Jaafariyahnya?”

Pertanyaan diatas tidak berada pada posisi yang sebenarnya.Dalam pemahaman, yang sudah kita ketahui jelas sebagai musuh bahayanya lebih kecil dibandingkan mereka yang berpura-pura menunjukkan keIslamannya, bersembunyi disebalik jubahnya.

Golongan Sunni menilai pertentangan yang terjadi selama ini dengan golongan Syiah yang sudah berabad-abad lamanya itu bukanlah sekadar perbezaan dalam penilaian perjalanan sejarah, pun juga bukan sekadar masalah pergaduhan antara Ali r.a dengan Mu’awiyah sahaja.

Andaikata penentangan itu berkisar pada dua masalah diatas tadi, tentulah persoalannya akan mudah diselesaikan.Namun kenyatannya tidaklah demikian.akar pertentangan ini jauh berada didasar yang dalam.

Golongan Sunni bertentangan dengan golongan Syiah dalam masalah aqidah, baik bersangkut masalah keimanan mahupun penafsiran Al-quran dan akhirnya perlu kita ungkapkan adalah tuduhan golongan Syiah bahawa Al-quran adalah tidak asli.

Lebih jauh lagi, golongan Syiah menolak untuk menggunakan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasullah seperti Bukhari, Muslim dan lainnya yang terkenal dengan kesahihan.

Menjawab pertanyaan golongan Syiah berkenaan bai’ah Ali r.a terhadap tiga khalifah sebelumnya, mereka membentuk keyakinan bahawa Ali r.a ‘bertaqiyyah’ (berpura-pura) , yakni menerima pimpinan lawan selagi golongan Syiah dalam keadaan lemah dan tak berkesempatan untuk melawan. Keyakinan semacam ini hanya berdasarkan pesan Imam Jaafar Ashshodiq “Taqiyyah itu keyakinanku dan keyakinan nenek moyangku”
(Al Kaafi, hal 227-259) *Salah satu kitab Syiah.

Golongan Syiah juga gemar menafsirkan atau menakwilkan ayat Al-Quran menurut selera kepentingan mereka, tanpa bersandar pada sanad, dalil agama, ataupun asbab nuzul yang seharusnya dipergunakan sebagaimana lazimnya.

Sebagi contoh, dalam menafsirakan ayat berikut ini:

“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Baqarah:37)

Menurut golongan Syiah, Nabi Adam a.s telah menerima beberapa kalimat yang diajarkan kepadanya oleh Allah sebelum Allah menerima taubatnya.Kalimat yang diajarkan itu ternyata , menurut tafsiran Syiah, adalah bertawassulnya Adam dengan Rasulullah dan Ahlul baitnya.

Sebagai ulamak Syiah yang termasuk dalam kelas tingkat atas Khomeini menimba ilmunya dari buku-buku ulama Syiah yang terdahulu juga. Kitab-kitab ini menjadi buku pegangan kebanyakan tokoh ulamak Syiah. Antara kitab-kitabnya :

1-Najhul Balaghoh, sebuah kitab fatwa yang menurut mereka tidak pernah tersentuh dari segi manapun.

2-Al Kaafi, yang oleh mereka disejajarkan dengan kitab Sahih Bukhari.

3-Man Laa Yadhuruhul Faqiih, Ma’aanil Akhbar, Al Majalis,
mengenai penyimpangan kitab-kitab ini tidak perlu dihuraikan lagi.

4-Mustadrokul Wasaa’il, karya Taqiannuri Attobrusi

Hakikatnya, seluruh kaum Sunni, meyakini sepenuhnya dan sejujurnya bahawa peribadi Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a sepenuhnya terlepas dari ajaran diatas. Nama Ali r.a telah digunakan oleh golongan Syiah sebagai pembenaran bagi ajaran-ajaran mereka yang keliru dan aneh.

*Rujukan - Buku ‘Hakikat Syiah’, tulisan Abdullah Muhammad Ghorib.
Library cfs.


: Saya berani untuk menulis berdasarkan pembacaan, perbandingan antara beberapa sumber dan juga sedikit pemahaman.

Memandangkan buku tadi ditulis dalam bahasa indon, maka agak payah untuk difahami dan dihayati dengan baik.

Kredit buat sahabat yang telah memberikan terjemahan buku
“Kenapa Aku meninggalkan Syiah?”
dalam bentuk Pdf dalam bahasa yang lebih mudah difahami dan menarik. Buku ini diterjemah oleh tokoh-tokoh berikut:

1- Abdul Hadi bin Awang
Kuliyah Usuluddin Jabatan Hadis..Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

2- Mohd Firdaus Bin Hat
Kuliah Syariah dan Undang-undang, Jabatan Syariah Islam. Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir.

3-Mohd Nazrul Abd Nasir
Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

4-Mohamad Rosli bin Talib
Fakulti Usuluddin (Jabatan Aqidah dan Falsafah) Universiti Al-Azhar, Mesir.

Terhasilnya terjemahan ini adalah dari usaha bersama yang dilakukan bukan bertujuan untuk menambahkan kekeruhan yang sedia ada, malah ia sekadar untuk mengenali dengan lebih dekat siapa itu Syiah dan dapat menampung tentang maklumat yang sedia ada mengenai aliran ini. Kita tidak mengatakan bahawa setiap aliran Syiah akan terlibat dengan apa yang diterjemahkan melalui buku ini.

maka sebuah terjemahan yang berjudul:

"KEPADA ALLAH…SETERUSNYA TERHADAP SEJARAH” di mana kitab asalnya:

م للتاريخ كشف الأسرار وتبرئة الأئمة 􀍿 اعترافات علماء الشيعة

الأطھار

Suatu pengakuan dan pengiktirafan Ulama Syiah terhadap Allah dan sejarah – suatu pembongkaran rahsia yang terpendam dan pembersihan diri Imam-imam yang athaar ( أطھار )

karangan Al-Syeikh Al-Allamah Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini.

*Sedikit petikan daripada mukaddimah buku ini.

“Sebelum ini kami di dalam Persekutuan Salahuddin membincangkan perlunya wujud sebuah kitab ringkas mengenai Akidah Syiah Dua Belas Imam yang boleh memberikan faedah kepada semua orang bermula daripada peringkat awam sehinggalah golongan yang khusus. Ketika kami sibuk berbincang dan mencari seorang ilmuwan yang ahli untuk menulis mengenainya, sampai kepada kami kitab ini “Kepada Allah… Seterusnya Terhadap Sejarah” karangan As-Sayid Husain al-Musawi daripada Ulama Najaf. Selepas membaca
kitab ini kami mendapati ia memuaskan, memenuhi kehendak malah
lebih daripada itu.

Perkara “lebih” yang kami maksudkan ialah penulisnya sendiri yang terdiri daripada ulama besar Syiah. Berdasarkan proses pengajian dan pengalaman beliau mengajar di beberapa al-Hauzah Najaf, maka beliau berpeluang menjalinkan hubungan yang amat rapat dengan ulama-ulama dan tokoh-tokoh Syiah. Antaranya Kasyif al-Ghito’1, Al-Khu’i1, Al-Sadr2,al-Khomeini3, dan Abd Al-Husain Syarafuddin4 yang selalu
berulang-alik ke Najaf. Tambahan pula ayah penulis juga merupakan antara ulama Syiah.

*1Al-Syeikh Muhammad al-Husain Al-Kasyif Al-Ghito’ bin Ali bin MuhammadRedha Al-Najafi. Seorang ulama Islam bermazhab Syiah yang amat masyhur.1294-1373H

* 1 Ayatullah al-‘Udzma al-Sayyid Abu al-Qasim al-Musawi al-Khu’i (1899-1992M). Seorang ulama Syiah terkenal. Mantan Pemimpin Al-Hauzah Al-Ilmiah Al-Najafiah. Jutaan penganut Syiah merujuk kepadanya daripada Iraq, negara-negara Teluk dan lain-lain. Beliau mencapai tahap Ijtihad pada awal umurnya dan mengajar dalam tempoh yang lama iaitu 70 tahun. Dengan itu beliau digelar Ustaz kepada para Ulama dan para Mujtahid. Beliau dikira antara ulama-ulama Syiah Imamiah yang paling besar pada Zaman Ghaibah.

*2 Ayatullah al-'Udzma al-Sayid Muhammad Baqir al-Sadr (1935-1980M). Seorang pemikir, ahli falsafah Islam dan pakar rujuk Syiah daripada Iraq. Antara mereka yang berusaha keras ke arah kesatuan umat Islam. Mendokong Imam Khomeini dan Revolusi Islam Iran.

*3 Ayatullah al-‘Udzma al-Sayyid al-Musawi al-Khomeini (1902-1989). Ulama Iran bermazhab Syiah. Pemimpin politik dan rohani bagi Revolusi Islam di Iran 1979 yang menggulingkan Muhammad Reda Bahlawi yang merupakan Shah Iran ketika itu. Beliau dikira sebagai pemimpin rohani bagi orang Islam bermazhab Syiah. Beliau memerintah Iran selepas penggulingan Shah Iran sehingga meninggal dunia tahun 1989.

*4 Al-Sayyid Abd al-Hussain Syarafuddin al-Musawi (1290-1377H) Seorang ulama Syiah,pemikir dan pejuang kebangsaan menentang Perancis di selatan Lubnan. Beliau belajar dengan ayahnya dan beberapa ulama besar lain di Iraq seperti Muhammad Kadzim al-Khurasani, Syeikh al-Syariah al-Asfahani dan Hasan al- Sadr. Beliau mencapai tahap ijtihad pada umur 32 tahun.Amat sedikit mereka yang mencapai tahap ilmu yang tinggi dalam umur sepertinya.

Penulis di dalam kitab ini membincangkan beberapa pengalaman ganjil beliau bersama pakar rujuk daripada ulama Syiah dengan gaya bahasa yang menarik serta ringkas. Selepas menyebutkan apa yang berlaku di antara beliau dan mereka atau salah seorang daripada mereka, beliau akan mengheret pembaca meneliti Kitab-kitab Utama Syiah yang mengharuskan perbuatan-perbuatan jelik mereka.”

Buku ini sebenarnya satu lagi pendedahan secara akademik yang sekali gus membongkar beberapa perkara pokok pegangan Syiah Imamiah. Yang penting bagi setiap pembaca ialah dapat membezakan antara pegangan Imam-imam Dua Belas yang tulen dan penyelewengan yang dilakukan oleh beberapa orang tokoh Syiah khususnya selepas tahun 329 H.

Selain daripada buku ini, ada lagi sebuah buku yang lain berjudul:

الشيعة والتصحيح: الصراع بين الشيعة والتشيع

Karangan Al-Allamah Dr. Sayid Musa Al-Musawi yang bererti:

Syiah dan pembetulan. Krisis antara Syiah dan Tasyayyu’.

buku-buku sebegini amat penting untuk dibaca secara teliti oleh setiap pembaca kerana ianya dihasilkan melalui suatu keinsafan dan kesedaran dalaman oleh seorang tokoh besar di kalangan Ulama Syiah Ahli Bait

Sabda Rasulullah s di dalam kalamnya yang mulia. Daripada Muawiyah ibn Abu Sufian, berkata Rasulullah:

ألا إن من قبلكم من أھل الكتاب افترقوا على ثنتين وسبعين ملة،

وإن ھذه الأمة ستفترق على ثلاث وسبعين، ثنتان وسبعون في النار

وواحدة في الجنة، وھي الجماعة.

Maksudnya: Bahawasanya daripada kalangan ahli kitab yang sebelum kamu telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan ,sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan dan hanya satu golongan yang masuk syurga iaitu jamaah.

Di sebalik kemelut yang berlaku, kita ingin mencari di mana titik hitam yang telah melukakan hati pengikut aliran ini sehingga terpaksa mereka menyembunyikan wajah asal di sebalik slogan “pencinta Ahli Bait” yang sering mereka laungkan, dalam masa yang sama “Ahli Bait” dijadikan batu loncatan untuk mereka memenuhi segala tuntutan nafsu seorang manusia, inilah cermin yang menampakkan wajah sebenar mereka dalam mempertahankan kecintaan mereka terhadap keturunan Rasul s.

Di antara masalah yang sering berlegar dalam Syiah adalah isu Imamiah dan Mut’ah, ini kerana mereka hanya berpaksikan kepada hadis-hadis yang tidak terdapat pada golongan lain untuk dinyatakan kesahihannya, malah terdapat penambahan yang direka-reka demi menjaga kepentingan sesetengah pihak walaupun terpaksa melibatkan maruah keturunan yang mulia yang kononnya menjadi sanjungan mereka.

Fahaman “jihad” yang disalah ertikan oleh golongan ini memberi kesan negatif terhadap umat Islam yang lain, mereka akan menjadi mangsa kekejaman “Al-Muntazor” yang kononnya dialah bakal mencetuskan jihad, dalam perkara ini mereka mempunyai persamaan dengan Yahudi yang sedang menanti kemunculan Al-Masih mengepalai jihad mereka bagi memerangi seterusnya menghancurkan umat Islam dari muka bumi, ini antara kesan pengaruh asing yang masih terpahat kukuh dalam aliran ini yang kita ingin perkenalkan.


*tak dapat tak, kalau nak sebut tentang Syiah ni memang banyak.
Jadi rasanya cukuplah sekadarnya.
Saya hanya ingin mengesyorkan buku yang saya sebut diatas untuk dibaca bagi yang berminat.
Itu sahaja.

Moga Allah merahmati .

2 comments:

  1. i'll read this later.

    but is this source biased n one sided?

    ReplyDelete
  2. ??
    rase cam x.dah try secara adil.
    nak ckp sal Syiah Zaidiyah kat Yaman, mereka baik dgn puak Sunni.
    xtaw.ini based on ...

    ReplyDelete

jom baca komen!