Followers

Mar 22, 2010

kembara

Alhamdulillah..

Selamat jugak sampai kat uia ni..
ahad, tepat jam 12 malam.
bas selamat masuk kedalam uia tanpa halangan..(",)
Thanks Allah..kalau x, mesti ramai yang kena tahan...

Kembara ke kelantan..~negeri kelahiran..
walaupun dah biasa dengan negeri tu, tapi masih terasa seperti pelancong..
masih seronok menikmati pemandangan, menghafal jalan, dsbg.
(kembara bersama rakan sejantina sahaja)

Terima kasih buat warga kerja yang bertungkus lumus menjayakan program..
terima kasih atas makanan yang disponsor..penginapan yang selesa..
layanan yang baik dan sebagainya..

Hari ni tiba2 saya terasa seperti ingin menjadi Faisal Tehrani..
semangat nak tulis rentetan perjalanan..
yup, pasti juga untuk dijadikan memori.


Masjid Uia Pj, 9pm 19mac 2010.

menjejak kaki diatas bas yang cantik dan comel..
pada mulanya agak musykil. hanya 5 sekawan, sister x nampak muka.
akhirnya..wah..ramai jugak..student2 uitm , taylor, um, bersama..
kami2 yang berumur baru 20 tahun ni ditugaskan untuk menceriakan suasana..
macam kelakar sebab bajet paling tua ke ape..rupa2 nye, hampir menjadi paling muda.
bersama akak2 yang berumur antara 22-24 sangat seronok..
mereka yang terasa muda seperti kami semua..

Ketua kembara budak umur 20tahun? hehe..
nasib baik semuanya sporting2 and sweet2 belaka.
sanggup bekerjasama tanpa mengira usia.tahniah semua.

Macam biasa, kalau naik bas konfem masalah kesejukan..
kadang2 saya pon x paham kenapa drebar bas suka buka air-cond kuat2.
rasa nak beku jadi ais macam kat antartika tu.
setakat baju sejuk yang selapis tu agak2 boleh tahan ke?(bole2)

2.46 am.
Hentian biasa bas kat Merapoh/taman rekriasi sungai Yu.

Duduk dalam bas yang membosankan sangat seronok bila layan mp3.
lagu2 nasyid lama yang x pernah dengar pon, tiba2 rasa cam best pulak.
haih.jadi orang zaman purba pulak dah..~its better than nothing

6am, 20 mac 2010, Panji,Kb.
x tido hotel pon, motel..bak kate izzati..hehe.
R nR Budget Inn..alhamdulillah..agak selesa.

10 am, 20 mac, Padang merdeka.
Yes. hari ni gi jalan2 kat Kb.(tapi bukan jalan kosong)
tiap kumpulan diberi task untuk mencari maklumat tokoh2 kelantan.
kenal Tok selehong/tok selenor..:kawan baik tok kenali..heh.~perlu ke?
mana ye nak cari maklumat? sebab muzium islam tutup.~in renovation..
bawak je kaki ke muzium merdeka.er..rupa2nya dalam tu banyak citer perang je.
last2 kami gi cyber cafe je..search google..( xde grop yg buat..ni kpala It semua)
haha..bijak2 belaka..~kepala banyak skru dan palanar.
pastu gi menghabiskan duit kat pasar siti kadijah..
~xbyak pon duit habis, sebab pandai berjimat.bagus kan? he2.

2pm, pengkalan kubur.
Rumah ustaz mat. sapa eh ustaz mat ni? -adik ustaz wan?
hehe dok eh..semua tu tipu belaka..
tapi x tipu..muka ustaz tu sejibik macam
ustaz wan nor b. wan ali.~ustz tasmik kat Dq.
taksub tengok 110% persamaan antara mereka.cara cakap,humor,suara..gaya..semua skali.
~sangat rindu pada ustaz Wan.apa khabar agaknya.~
Us mat sempat bagi ceramah pendek kat kami semua..best..sangat..
kata2 die macam mutiara..penuh hikmah..keluar dalil..
Beliau cerita tentang perjalanan dakwah imam syafie..kehebatan ulama2.
rupa2nya ustaz ni asal dari Thailand..memang guru agama yang sangat disegani..~barakallah.
lewat petang kami dibawa berjalan2 di sempadan takbai,thailand..
berhampiran laut china selatan..fuh..nampak thailand dari dekat.menarik!

8.30mlm, demit Kb.
ke rumah Dr.hafsah, isteri kepada cikgu Zul..
ithar mereka sangat tinggi..kami semua dilayan sebaiknya..
disini kami berpeluang berkenalan dengan akak2 dari USM kubang kerian.
mereka menceritakan cabaran dakwah disana serta cara mengatasi.berkongsi pengalaman.

~Sedikit menyimpang dari tajuk asal..
saya sempat pulang ke rumah nenek di kubang kerian untuk bermalam.
maaf kawan, x dapat nak ajak sekali..~keadaan x mengizinkan.lain kali ye.

9am, pantai cahaya bulan.
Disini diadakan debat antara benua yang akhirnya dimenangi oleh
kumpuln ketua kembara.
ehe.tahniah.~manusia yang suka berkata-kata.=p.(ni pujian nih)

Moga ukhuwah berkekalan..
Lain kali jalan lagi..pi borneo pulak..(^^)

*Ujian.
beg tertinggal kat motel..
bak kate izzati, balik la kelantan minggu ni.
aih, belanja besar tu..sapa nak sponsor? hu2.


harapnya hujung minggu ni beg kesayangan kembali ke pangkuan..
may Allah...

*tahniah buat kemera hanset yg macam 'power'..
alhamdulliah..shoot sume cantik2 tapi banyak gak yang spoil..
ni mesti orang yang x taw snap dengan baik..
: x nak salahkan alat yang memang x kan sempurna.






~happiness has no ending...

2 comments:

  1. rindu kat beg ijau saya=p.....huhu

    ReplyDelete
  2. ehe..ye le tu..tunggu eh..
    nnti die turun dari langit.

    ReplyDelete

jom baca komen!