hari ni hari jumaat..
Sayyidul ayyam..
hari barakat..(banyakkan selawat)
Dah lama rasa x hujan..
alhamdulillah..hujan jua petang ni..
memang panas..berpeluh2.waktu malam pun..
x tawlah kalau kat sungai buloh je kot panas..
bahang x terhingga..huhu..cabaran sungguh..
teruk gak hujan nya.kilat sabung menyabung..
langit hitam je..macam nak kiamat je gaya.
hm..kalau kiamat..macam mana la rupa kan.
Jalan-jalan gi taman, bukan taman real..
taman mainan kanak-kanak dalam pasaraya.he2.
masjid pon masjid baru bina kot..
cam lawa je lagi.jauh gak ngan rumah..
kat saujana utama..arah ke elmina tu..(kalau aimi ingat lagi)
hmm.pastilah x dek punya orang nak culik..he2
don wori be hepi..(^^). tapi ada bangla kat situ tengok pelik je..
agaknya mesti die pikir, apela budak ni buat.pelik je gaya.ha2.
gaya orang buang tabiat.macam tulah. Dah la sorang2.memang x takut.
nak takut ape kan.Siang-siang buta.mana ada hantu pun.he2.
ni ade sikit perkara yang nak dikongsikan..
Amalan berzikir terapi jiwa paling mujarab
Ibadah mudah serlah kesempurnaan identiti muslim beriman, bertakwa
IBADAT yang sangat dianjurkan Islam kepada umatnya dalam kehidupan seharian ialah berzikir kepada Allah. Jika ditinjau secara halus, zikir adalah amalan paling mudah dan tidak membebankan bagi Muslim untuk melaksanakannya berbanding ibadat solat, zakat serta puasa.
Amalan berzikir hanya menuntut ingatan penuh tulus kepada Allah. Berzikir tidak menuntut kerahan tenaga atau sumbangan kewangan sebaliknya hanya menuntut supaya digerakkan lidah, hati dan akal mengingati Allah pada bila-bila masa dan di mana juga.
Fadilat dan keistimewaan amalan berzikir ini, Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang beriman! (untuk bersyukur kepada Allah) ingat serta sebut nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Bertasbih kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)
Rasulullah SAW tidak ketinggalan menggalakkan setiap Muslim supaya merebut kesempatan hidup di dunia dengan memperbanyakkan zikir sebagai tiket untuk memasuki taman syurga yang penuh kenikmatan.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Apabila kamu melewati taman syurga, hendak kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah? Ujar Baginda SAW: Ialah perhimpunan zikir.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)
Semua ini manifestasi daripada zikir kepada Allah seperti firman-Nya yang bermaksud:“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah, tenang tenteram hati manusia. Orang beriman dan beramal salih, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ra’d , ayat 28-29)
Ini bermakna zikir berperanan sebagai perisai daripada pengaruh syaitan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Bahawasanya orang bertakwa, apabila mereka disentuh sesuatu imbasan hasutan oleh syaitan, lantas mereka ingat kepada Allah (berzikir), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (Surah al-A’raf , ayat 201)
Pernah suatu ketika, seorang sahabat Baginda SAW iaitu Ibnu Mas’ud didatangi lelaki yang kelihatan dari raut wajahnya dan bayangan matanya bahawa dia sedang dirundung duka. Lantas lelaki itu berkata:
“Wahai Ibnu Mas’ud! Berikan kepadaku satu nasihat yang dapat kujadikan penawar untuk jiwaku sedang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku selalu kusut, makan tak lalu, tidur tak lena.”
Mendengarkan hal itu, Ibnu Mas’ud berkata:
“Jika itu penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini; pertama, tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya baik-baik. Kedua, majlis pengajian ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah. Ketiga, cari tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tulus ikhlas.”

nanti ana nak buat kajian metaphysical pasal zikir. (dah lame dah sbnrnya cita-cita ni :p )
ReplyDeletesalam aina,
ReplyDeleteoh..dlm pasaraya upenye..ptt pelik kate nk ujan td..
jln ke elmina ek..jauh la 2 dr umh ek, kte igt lg..
harap2 kamu baik2 shj sahabat..
"Kau masih bisa ketawa dalam sendu tangismu.."
(heheh)
>>anonym
ReplyDeleteow.cita2 ke.bagus2.teruskan usaha.
>>aimi
hm..ha2.suka gelak cmni kan.em x taw nak ckap ape.
em.sori eh pyah sgt nk angkat tepon..sian aimi..mcm la aimi ni banun kan.thks eh smlm..(^^).
tataw knape jadi camni.hu2