Lama sudah tidak mengupdate.
malas a.k.a sibuk.
Setiap kali nak post,
saya mesti bermasalah dlm memberi tajuk.
kenapa ye?
x punya ilham mungkin.
memang susah rupanya mahu menulis ni.
bercakap senang..
he2.
Ape-ape pun sebenarnya agak kecewa sebab selalu x punya idea nak tulis ape.
Mungkin benar detikan minda suatu ketika dahulu.
'Kenapa ye aku buat blog?'
xde kerja eh?
hu2.
sebenarnya bukanlah macam tu.
tapi entah.
mungkin sebab pelbagai perkara bermain kat otak ni.
Adakah sebab terlalu memikirkan sesuatu?
macam tidak..
Oleh itu,
tiada jawapan bagi semua persoalan..
By the Way,
Ujan itu adalah tarbiyah dari Allah.
Mengapa?
Asbabya banyak..
Antaranya...
Untuk mengampunkan dosa,
kafarah atas dosa yang sangat banyak..
Kata-kata Allah dalam kitab suci itu dah cukup cantik dah,,
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah : 286)
'Sabar itu kuncinya'.
sebab saya sangat tahu saya sendiri punyai dosa yang cukup banyak.
Apabila dosa-dosa yang kita katakan kecik itu dikumpul2,
maka lama-lama akan jadi besar..
Moga Allah ampuni hamba-hambanya.
Kadang-kadang,
perkara kecil,
kesalahan kecil
yang kita buat dan kita anggap biasa-biasa,
dipandang benci disisi Allah,
dicatat malaikat sebelah kiri..
Contoh,
-menceritakan perihal orang lain, a.k.a mengumpat.
-bercakap x tentu arah tanpa faedah.
-menyakitkan hati orang lain.
-tidak menunaikan hak sahabat.
serta macam2 lagi.
Moga kita TIDAK tergolong dalam kemurkaan Tuhan.
Insyaallah.
amin.
Menanti hari-hari yang sangat menguji keimanan.
Exam final sem2 didepan mata.
Ya Allah, beri aku kekuatan.
Berakhirnya kuliyah talaqqi Us.muhadir.
5 Feb 2010,
1.30pm,
Maka dengan ini berakhirlah kuliyah ustaz yang dikagumi,
Ustaz Muhadir bin Haji Joll.
Beliau seorang yang punyai ilmu yang tinggi serta tawadu'.
Kuliyah yang sangat seronok untuk dihadiri serta bermanfaat kepada islam.
InsyaAllah..
alhamdulillah..
segala puji bagi Allah..
moga sem akan datang juga mampu bertahan..
istiqamah..itu yang utama..
ikhlaskan hati..
kuatkan keyakinan..
insyaAllah hidayah Allah itu pasti bersama..
Seinfiniti penghargaan serta ucapan terima kasih buat beliau.
Jazakillah khairan kathira.
Sungguh x dapat dinafikan,
hati rasa tenang, jiwa rasa lapang,
bila dapat duduk dalam satu majlis taa'lim
yang Allah telah janjikan ganjaran..
"dimana malaikat-malaikat akan menghamparkan sayap serta mendoakan seluruh ahli didalam majlis yang diadakan bertujuan samata-mata untuk mengingati Allah.."
Besar sungguh janji Allah.
Seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan
kerana kita masih diberi peluang utuk dapat nikmat iman dan islam.
Besar amat kurniaan Allah itu.
Juga nikmat anggota yang Allah bagi pinjam ini,
masih dalam keadaan sempurna..
alhamdulillah..
Sujud syukur selalu..
Moga ijazah Buku Bidayatul Hidayah,
Karya Imam Ghazali R.h itu tidak hanya dilihat,
tetapi dibaca dan diamal..
insyaallah.
usaha.
Itu muqaddimah.
AKIDAH AHLUS SUNNAH
Akidah Ahlus Sunnah ialah Allah SWT yang Maha Tinggi dan Maha Suci
adalah Esa tiada sekutu bagiNya,
tunggal tiada yang menyerupaiNya.
Yang ditinggikan dan tiada tandinganNya.
Sendiri tiada bandinganNya,
bersifat qadim tanpa awal, azal tanpa permulaan,
Hidup tanpa terus akhir, Abadi tanpa penghabisan.
Hidup tanpa terus terputus,
sejak dulu sampai sekarang tetap memiliki sifat-sifat keagungan.
Allah tidak dapat binasa dan dan tidak dapat terputus dengan terputusnya abad-abad,
tetapi Dialah yang Permulaan dan Yang Akhir,
Yang Zahir dan Yang Batin.
-dipetik dari kitab terjemahan ihya Ulumuddin, bab Iktikad-
perlu komen ke? :p
ReplyDeletekurangkan typo, kurangkan line break.
colouring biar boleh bace.
haha.
(memandai nk komen blog orang pulak)
haha.
ReplyDeleteok lah tu.
komen2.
sikit2 boleh