satu perkataan sahaja yang dapat diucap kala ini.
alhamdulillah.
habis sudah exam maths.
lepas ni x perlu bukak lagi buku kira-kira.
fizik mendatang 4 hari lagi.
moga yang lepas itu Allah ganjari dengan keputusan yang baik.
usaha dah buat,tawakal penghujung.
sikit atau banyak, dua-dua rezeki.
terima je dengan lapang hati.
mungkin itulah yang terbaik buat kita.
sapa tahu?
Allah dah susun dan atur kehidupan manusia tu sesuai dengan dirinya.
Rindu pada amalan-amalan rutin yang agak lama x diistiqamahkan.
surah-surah pilihan yang sayu dibaca, dihayati.
pergantungan pada Allah dan keikhlasan hati kunci utama.
Allah pasti bantu hamba-hambaNya yang yakin denganNya.
bukan hanya percaya.
tapi penuh dengan keyakinan dan kesungguhan.
Jalan-jalan orang soleh itu perlukan mujahadah.
nafsu hanya mainan dunia.
bertaubat, muraqabah hati dan diri pada Tuhan.
InsyaAllah, segalanya akan jadi milik kita.
dunia ini hanya ditangan, bukan di hati.
akhirat matlamat yang kekal abadi.
Apabila ganjaran dunia ini yang kita harapkan,
maka pastinya kecewa yang kita dapat,
ketidakcukupan yang akan kita rasai.
rasa puas dan syukur itu hadir bersama buah iman.
akhlak penentu peribadi muslim.
Tidak berimanlah mereka yang tidak berakhlak.
Tak bermakna ilmu agama yang tinggi,
amalan baik yang banyak,
tapi tak de akhlak.
manusia dipandangl dari segi budinya.
bukan hanya IQ, harta, rupa..
itu bukan nilaian utama.
andai diberi pilihan,
maka kriteria akhlak yang mulia dan baik itu mendahului segala.
kerana dah banyak dilihat macam mana rupanya
mereka yang rosak akhlak tapi sempurna segi-segi yang lainnya.
amat buruk dan comot mereka-mereka ini.
SABAR itu antara listan akhlak yang baik.
Akhlak itu cerminan Iman juga kan..? ^_^
ReplyDeleteBerilmu, Beriman, Berakhlak..
"Ya Allah, seperti mana kau telah memperindahkan kejadian kami, perindahkanlah akhlak km..ameen YA RABB!"
betul..
ReplyDeleteakhlak cermin iman..
moga akhlak kita sentiasa terpelihara.
amin..