Alhamdulillah..
Syukur.
segalanya dah berakhir untuk sem ni.
tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan,
pelbagai.
Berserah pada Tuhan..
Redha.. itulah yang terbaik.
(sejauh mana aku boleh redha dgn ini..?hu2..)
Tepu otak dengan exam yang lama..
rasa sedikit lega beban dah telepas..
tapi amat risau akan natijah.
cukupkah usaha selama ni?
tapi pastinya Allah beri mengikut apa yang sesuai untuk hambanya.
apa yang diperlukan, bukan apa yang dia mahukan.
Semua kafe dah tutup.
alamat bakal kebuluranlah lepas ni.
hari yang agak memenatkan.
Alhamdulillah..
selesai memulang buku di maktabah seusai maghrib.
selesai mengambil 'khazanah-khazanah' di Zc.
selesai.................................selesai semuanya jam 1 pagi.
semuanya perlu disudahkan sebelum cuti.
kenalpasti.......
moga Allah mudahkan urusan..
taklifat itu tarbiyah. bukan kegembiraan. bukan kesedihan.
tapi tanggungjawab yang harus dipikul.
masalah pasti ada, mungkin ini wasilah perbaiki diri.
tapi masih ada janji yang tertunggak,
perkara yang x terlaksana.
janji yang dituntut ustaz tasmik Dq.
baby baru..bintun.pasti ustaz mengharap 'bekas' anak-anak muridnya ziarah.
Insyaallah jika ada kesempatan.
Otak ligat mencongak dari semalam.
bile masa lagi nak selit ziarah ustaz.
video yang diamanahkan untuk siap sebelum petang esok agak mendesak.
pelawaan kawan-kawan untuk kemerata tempat juga besok hari.
buntu.mana satu harus didahulukan.
nak bagi janji palsu, berdosa andai tak terlaksana.
Yang utama itu boleh diflexiblekan dengan yang aula.
Moga Allah tunjukkan jalan.
6pm.22feb.
Sewaktu fikiran bercelaru,
akal yang masih waras memandu..
aku kan masih punya Tuhan..
'rahmat Tuhan itu melebihi kemurkaannya'
terasa seperti mahu bersendirian..
sendiri dari dunia yang pelbagai..
tafakkur mengingati kebesaran Tuhan..
aku amat rindukan insan bernama Muhammad.
sering tergambar bahagianya andai dapat hidup dizamannya.
menjadi manusia yang benar-benar tawadhu'
manusia yang benar-benar takut pada azab Tuhan..
Manusia yang sedar akan asal kejadian..
Bukan manusia yang mahu lari dari keadaan.
bukan manusia yang imannya senipis kulit bawang..
bukan jua manusia yang separti lalang..
amat mudah ditiup angin..
aku mahu iman seperti para sahabat..
iman yang amat kukuh..
semangat jihad yang sangat tinggi..
bagi mereka syurga itu pasti..
aku..dimanakah tempat yang menanti?
Tuhan..
asingkan aku dari dunia yang fana ini.
walau hanya sebentar..
berilah aku ruh deen yang engkau kurniakan kepada hambamu yang soleh..
sesungguhnya aku amat lemah..
aku punyai dosa yang tak terungkap banyaknya.
andai aku belum mencapai tahap iman para soleh,
maka Kau kurniakanlah aku ketenangan dalam lapangan hidup,
kesabaran dalam mempertahankan keimanan dan agamamu,
kurniakan aku rahmat dan kasih sayangMu.
lindungi aku dibawah naungan arasymu.
Jadikan aku manusia yang bermanfaat kepada agama.
matikan aku dalam iman dan islam.
tunjuki aku jalanmu yang lurus.jalan yang benar..
kekalkan hidayah Mu Ya Allah.
Moga aku sentiasa berada dibawah lembayung rahmatMu.
terima kasih ya Allah.
atas segala nikmatMu yang amat sedikit aku syukuri.
~andai aku kini bisa lari sebentar dari dunia ini..
Tuhan..
sungguh, aku rindukan itu...
beri aku kesempatan dan peluang..
kabulkan Ya Allah..
mcm2 kita mintak dari Allah.kan?
ReplyDeletetapi sejauh mana pulak pengorabanan kita dalam agama?
kadang2 terasa malu nak meminta,
sebab terlampau sikit pengorbanan. :)
hm..betul tu.
ReplyDeletesalah satu cara syukuri nikmat..
berkorban utk agama.