Followers

Dec 11, 2009

Takut pada siapa?

hari ini semua mula bercuti..

cuti ni bukan untuk bersuka ria pon..

Exam itu menanti sekembalinya..

hari ini juga merupakan hari yang begitu memenatkan.

kerana apa?

berkejar ke sana ke mari dengan bertujuan.
kadang2 tanpa tujuan.
tetapi selalunya pasti bertujuan kan..=)

agak pelik kenape la kawan ni x balik2 umah lagi..
tgok. budak2 utara semua dah cabut lari awal-awal..

Nak buat macam mana.
Habis kelas petang.

Asbab kepulangan kali ini tidak seperti anak raja yang dijemput bagaikan selalu.
Maka, kemalasan untuk pulang bersendirian di petang hari menjadi alasan kelewatan..

Pastinya untuk menjaga diri juga.(00).

-wanita itu tidak harus berjalan sendirian lebih2 lagi kala senja..' =0.


Berpetang dan bermalam di bilik secara bersendirian kini
agak mengugat keimanan..

Rumate awal-awal lagi dah cabut lari..

Tak tahu apakah perasaan ini.. Takot?
erm.. complicated..

Takutlah pada PEMILIK ALAM INI.

Makhluk tak kuasa. Allah Maha kuasa.
Tapi kadangkala kita hanya tahu menyebut..
Hanya tahu melafaz..

Aplikasinya? Masyallah..

Bersendirian dihadapan laptop pada lewat 12 mlm
agak mengurangkan ketakutan..

Tapi x pe. Allah ada.
(mahu meniup keyakinan kepada diri sendiri)

Telan air liur.. rasa pahit je..
Bilik suram..

Astaghfirullah..

kawan sebelah bilik juga tiada..
hanya jiran berhampiran sahaja yang ada.

Alhmdulillah..masih punya teman..
Mungkin malam ini boleh berhijrah sehingga pagi..
Cari peneman..(^^)..

Susah nak describe..
selepas peristiwa demi peristiwa..
hati ini agak gundah..
Sifat tidak yakin itu dari dahulu sering mengganggu..

Rasa bersalah..

Cukup saya katakan bahawa saya masih ada pertahanan diri.
tetapi, tidaklah hebat mane.
cukup sekadar dapat melindungi diri sendiri,
i.allah.
kerana ianya amat perlu dibina.
bukan datang bergolek..

Goyah, gundah..
YaAllah kuatkanlah semangat..
semua ini sudah pastinya agenda 'syaitan' untuk sengaja
mempelbagaikan perasaan dan supaya
manusia itu bermain dengan ilusi..

Tiada yang benar melainkan yang benar..

Sebentar sahaja seorang sahabat menceritakan
agak detail berkenaan perkara tersebut..

Mungkin juga boleh dikatakan perbincangan lewat malam
yang agak membahayakan.

Namun, seharusnya diri itu perlu diberanikan..

Alhamdulillah tiada perkara pelik yang berlaku..
Ayatul Qursi itu menjadi peneman saban waktu..

Kala susahnya mahu melelapkan mata di malam hari,
maka hanya penyerahan jiwa pada tuhan itu sahaja yang bisa membantu..

Kuasa itu berada di tangan Rabb.
jadi, tak de ape yang perlu dirisaukan..


Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala apa
yang terbuku di hati hamba-hambanya.
Dialah sebaik-baik Penguasa..

Tuhan..
bantu aku, lindungi aku..
juga sekalian sahabat serta ummat ini..
Rabbuna yusahhil lana..(^^).

nampaknya malam ini tak perlu berpindah..
tibe2 ade pulak volunteer lain datang nak menumpang..
bagus2..paling kurang x lah berseorangan..
saya kini punya teman..

terima kasih tuhan..

No comments:

Post a Comment

jom baca komen!