Followers

Jan 6, 2015

travel

aku suka travel sebenarnya. cita-cita dari zaman sekolah.
dulu aku berimpian nak ke turki, nak gali sejarah ilmuan islam kat sana.
tapi cita cita tu dah lama terkubur since tak ada apa yg aku boleh buat dan masa aku aku muda sangat, orang kata, 'ape je lah yg kau boleh buat..' haha.

mak cik aku kata ' kuat deh gi derap' (oh my kelantan)
aku orang Selangor walaupun bukan anak jati, k bye.

aku dah bejalan sakan dalam negeri dgn adik beradik.
tapi tak lah sakan mana. 1 sem sekali. aku mula masa tahun 3.
jadi dah 3 kali berjalan. ok lah sebab ada duit dah besar kan.
jalan dekat2 pun jadi, explore negara sendiri, pahang best bukan kuantan kahkah.

aku nak pegi lagi sabah, nak pegi gunung kinabalu. dah pegi sekali.

aku nak pegi sandakan oh tamak, aku nak pegi semua tempat.

heh.

aku suka tengok awan. tak tahu sejak bila tapi aku suka.
dulu, aku takut tengok langit takut tengok gunung, bukit.
sebab rasa benda2 tu macam nak jatuh atas kepala. how kelakar kan.
sekarang tak.setiap pagi aku akan tengok langit via tingkap bilik.

kuantan. legend. langit kat sini legend. serius cantik, subhanallah.
hati aku senang, hati aku tenang bila tengok langit yg ada awan, cantik.

korang tahu tak langit tu cantik?
lagi-lagi sunrise & sunset atau masa matahari sorok2 belakang awan.
cantik kan? sebab ada awan, sebenarnya aku suka tengok awan.

paling tak boleh lupa, awan disebalik gunung ganang, oh wau.

Masa utk berfikir

Bak kata fdaus dalam buku die.‘membaca jambatan ilmu, malas membaca jambatan bodoh’.
oh ye aku dah khatan buku tulisan Fdaus Ahmad ni tajuk 'proletar 2 menara' by duobook. 
Ahah, serius ini gurauan yg kasar bunyi-nya bagi aku. Tak tahu lah org lain macam mana.

Tapi mungkin ade betulnya. Antara yg aku suka mcam hlovate, maksud aku gaya penceritaan yg santai tapi mesej-nya ada dan sentuhan nurani bukan novel-novel karut cerita pasal cinta yg tak tahu apa motif-nya. Just for fun org kate.

Kalau dulu buku tulisan faisal tehrani antara pilihan aku walaupun kadang2 aku rasa ada banyak benda jugak yg aku tak faham dalam bahasa yg dia guna, sastera sangat! Hoho.

Tapi so far so good lah since aku minat gaya penceritaan yg bercampur sikit dgn sejarah sbb bagi aku sejarah tu benda yg tak patut diketepikan. Kita belajar dari sejarah.

Teringat, aku penah sembang pasal perbezaan manhaj jemaah/ngo2 yg bawak usrah kat Malaysia ni dengan sorang teman tapi mesra aku nih. Good things to ponder lah.

Si dia kata pada aku, bagi dia, ‘ikram punya cara dakwah tak cukup bertepatan dgn waqi’ Malaysia yg keadaan masyarakatnya lebih berfikiran liberal bukan style zaman ikhwan’.

Dia anggap daurah yg glemer itu yakni ‘ini sejarah kita’ tak cukup relevant dgn current state of rakyat malaysia’s thinking/behavior, etc. which means ikram is too ambitious in this.

Aku tak tahu lah apa yg die ‘claim’ tu benar/tak dan bila aku duduk dalam keadaan ‘diskusi’ aku lebih suka mendengar dari ‘membela’ ikram itu sendiri yg aku duduk dalam-nya heh.

Pendapat peribadi aku, sesungguhnya sejarah itu penting. Even dalam Al-Quran cerita2 sejarah mengandungi berjuta/infiniti pengajaran dan ibrah yg tak dapat dirungkai kadangnya.
Dan aku tahu yg dia tak maksud-kan sejarah itu tak penting tapi lebih kepada ‘how we value sejarah’? and ‘is it in the right way, perfect way’?. Dan aku bet sekali lagi ‘nothing’s perfect’.

Mungkin lah, aku guess banyak org tak faham apa yg ikram bawak. Bila die tak duduk dalam system tu dan tak berjiwa sekali maka dia mungkin ada tafsiran berbeza yg tak sama.

Oh dan aku tak kisah pun apa orang nak kata dan aku harap aku masih tahu beza mana intan dan mana berlian, macam sama je kan. Of kos, semua jemaah membawa motif yg sama, iaitu ‘menyebarkan kebaikan, meninggikan kalimah Allah dan sebagainya apa lagi tujuan’.
Cuma caranya mungkin berbeza, macam kisah mangsa banjir. Sekumpulan penyelamat naik bot hantar bantuan jadi target dia penduduk2 kg yg kelaparan dan kesian tu. Sekumpulan lagi naik helicopter hantar bantuan perubatan kat hospital target dia org2 sakit dan sekumpulan lagi hantar sukarelawan2 utk kemas rumah/agihan/etc yg ni target die masayarakat. Ah itu.

Tak perlu bincang ini semua org pun dah tahu, Cuma aku boleh kata apa penghujung dan tujuan yg kau orang nampak kenapa ikram bermati-matian sibuk sgt konon nak dakwah lepastu nak bersama masyarakat lepastu sibuk nak kisahkan umat islam kat luar Negara. Entah ape yg disibukkan pun tak tahu, macam2 ada. Dari kumpulan utk kanak-kanak2 sampai-lah utk org dewasa, dari golongan terbawah dalam msyarakat sampai ke pemimpin.

Hai tamak sangat ke kamu-kamu ni tapi hasilnya ape? Allah..hanya jauhari mengenal manikam. Ye aku malas nak cakap banyak tapi tulah selagi kita bersumberkan Quran dan Sunnah maka jangan gentar jangan takut, all is well dan janji Allah itu pasti.

Aku dah nampak sinar2 islam zaman khilafah bakal kembali di bumi Malaysia 1 hari nanti dan ramainya dari kalangan syabab dan syuyukh awallun atau zaman kini yg menjadi antara penyumbang pada tertegaknya sebuah Negara islam satu hari nanti insyaAllah.. Oh tak ambitious sgt ke cita-cita ni? Hey why not? Kan laskar pelangi suruh bermimipi. Bermimipilah! Tak kena bayar pun kalau kau bermimipi  bah.apa saja.

Tarbiyah boleh mengubah dunia sayang.. itu saja yg aku boleh cakap.

Walau tarbiyah aku ni macam kulit bawang je bila2 masa boleh terkoyak tapi tak mengapa kerana aku tahu di luar sana ramai sahabat2 yg hebat dan berhati kental akan tetap teruskan perjuangan walaupun satu hari nanti mungkin bukan aku yg bersama kalian berjalan. J

Sebab takdir kita tak sama yg sama adalah tujuan akhir kita iaitu SYURGA. ~smile~


Moga ketemu di sana sahabat2 yg bertemu dan berpisah kerana Allah. Kerana iman di dada.

Jul 23, 2014

Ramadhan & Part-time

Bismillah..
bersawang habis-habisan blog ni. malah hampir dilupakan.
entah kenapa pagi-pagi ni teringat pada blog kesayangan. 5 bulan dibiar tak berusik langsung.

Ramadhan dah tiba ke penghujungnya.
dan aku khuatir aku masih belum mendapat pengampunan dari dosa2 yg bertimbun.
jika ada diantara malam2 terakhir ini kesempatan utk aku merasakan lailatul qadar,, alangkah.

dah berakhir tahun 3 untuk Ijazah Optometry dan aku punyai setahun lagi utk di lunaskan.
sem pendek ni kami perlu berpraktikal di Hospital (jabatan oftalmologi/mata) selama 5 minggu dan utk uia kami diberi kesempatan utk bercuti 2 minggu sebelum raya.. awal lah jugak berbanding yg lain2.

Cumanya masih ade sambunngan utk praktikal di kedai cermin mata juga bersama Optometrist yg mengikut kualifikasi dari universiti beserta alat untuk melihat struktur mata yg namanya 'Slit Lamp'. *ceh skema*

I'm looking forward to it. memandangkan kedai ni baru bukak kat kawasan perumahan aku dan pertama kali aku akan ber'attach' dgn real optometry utk bisness and learning purpose.. so scared.
bagi aku ini lebih menakutkan dari buat lokum/keje part-time sebab ade evaluation :D
dan sebenarnya kalaulah kita perasan makin banyak kita pegi belajar rasanya makin banyak yg tak tahu dan makin menakutkan (dari segi skills dan knowledge). ya aku takut pada expectation orang/ boss.

bak kata sorang kawan, 'uia dah ade ranking sediri dalam bidang ni n we're the first in the rank. so do not let uia down because of us..' hoh.. scary tu.. entah betul entah tak uia 1st ranking.. sobs.

Sementara cuti 2 minggu ni ak mengigihkan diri utk ambil kisah tentang bisness part-time kopi yg aku usahakan dgn adik beradik..walaupun core-nya macam aku sorang haha.. toke bz habis tak jalan page, iklan and sale. dan aku bukan lah tauke.
Seriusly orang akan pikir bila ade bisness ni duit berkepuk dalam poket..oh tidak..itu mungkin bisness yg sebenar/full-time.. utk yg buat part-time sikit2 buat beli baju raya boleh lah.. buat beli topap hehe. still tak kaya.. xpe, inysaAllah satu hari nanti akan kaya.. yg penting PENGALAMAN..itu yg mahal beb.

Untuk terus bersemangat perlukan mind set macam ni 'anggap saje macam kerja kilang/sales girl' buat kerja kadang2 so dont expect to get much money ha..alah org kate ape, berdikit-dikit dahulu. Semua bisness cenggitu..yg senang2 je gaya buat die memang x dapat byk mana. kalo nak yg banyak sikit, cabarannya pun besar lagi.. like my elder sister did.. she's using all her might and kerahan tenaga yg die ade. Online bisness.

Bila belajar or tengok orang buat nampak macam senang kan nak gain money tru marketing etc but the fact is, its not easy.. not as simple as ABC. Perlukan semangat, kesabaran, ilmu yg kaw2 cukup, modal and everything u have, must be brave to put away something in order to get something.

dan harapan aku juga, bila dah grad nanti aku akan kerja dulu mgkin dalam setahun kemudian dgn bahagianya aku bercadang utk meng'construct' balik bisness yg ade utk dikembangkan dgn cara betul dan jayanya.. doakan keberjayaan insyaAllah. Supaya aku ade pasif income yg 'Superb' tak nak biasa2 je.
dan jugak supaya aku tak 100% bergantung pada makan gaji.. hoho.. penat maa keja jadi optometrist kat kedai ni.. 12 jam working hours.. or mungkin kurang sikit jadi 8 hours ke kalo bos baik hati ngeh2.

Dan aku jugak ade impian lain, katakan lah kalau nak kaya sgt kan bukak lah kedai spek tapi itu pun bukan lah main thing yg aku nak buat sebab entah ak rasa hingusan sgt n macam susah je nak handle bisness besar.. tapi itu harapan ayah aku masa mula2 letak anak die dalam bidang ni..Sbb die tak nak aku makan gaji.hihi

Aku lagi suka kerja ikut suka ikut jam sendiri & tak stress sangat..tu sbb bila buat bisness sendiri more freedom (selain bukak kedai). maksud aku kerja dari rumah lah haha..nampak sgt tak malas die..
aku siap cakap pada mak macam ni 'kalau boleh nak kerja selang sehari or 3hari je ke seminggu' macam tu baru syok kan kan.. baru la ade masa utk diri sendiri, family, rumah.. nak memasak mengemas ke ape.. adoi..
mak geleng kepala je bila tengok aku cakap merapu hew2..Tapi still aku suka kerja tak suka goyang kaki..bosan kot,, plus nanti boleh buat kelab bina badan pulak bila lepak sgt kan..biar sibuk asal bahgia.

ok done. esok dan lusa aku akan buat lokum kat kedai spek baru yg aku tak penah tahu selok belok pun. bakal praktikal lepas raya kat sini tapi boss dah panggil awal sebab die tak menang tangan nak urus order before raya.. phew~ aku cakap pada boss. 'thanks bagi peluang sy belajar hehe'. Padahal dalam bulan ni kedai spek yg aku biasa buat part-time or penah keje dulu ade lah dalam 3x buat lokum..bulan ni lah tapinya..sebab dah ade budak uitm buat lokum kat situ jadi aku diketepikan :P apekan daya. malas pun hai.

Selamat mengejar baki ramdhan.. ;)

Feb 21, 2014

Nilai Hidup


Suara 'dia' mampu menenangkan. seorang guru yg aku dapat rasai aura keibuan yg kuat.
yeah mungkin sebab saat ini aku rindukan belaian ibu.. kasih seorang ibu..
sebab aku rapuh. saat ini rapuh. yg tinggal hanya sisa kekuatan jiwa dan saki baki iman.

dengan kekuatan ini aku mampu melangkah. masih bikin jantung aku berdetak.
walau tadinya aku rasakan fungsi jantung hampir menghentikan peran.
shock. terkejut. mungkin itu istilah yg sesuai..
ya, hati dan jiwa.. organ yg paling tersembunyi tetapi paling penting sekali.
kalau tak ada jantung maka mati. kalau tak ada hati, maka juga mati secara literally.

memang aku tak nafi rupanya dunia atau alam ini tak seindah yg kita kira.
dan pasti sudah cabaran atau dugaan itu tanda mahu di uji betapa kuatnya jiwa.

aku. kini aku sedar.
ramai manusia yg belajar erti hidup dari pengalaman.
ramai juga yg hanya reti memerhati.
dan aku. masih setia di sini, kini aku pula yg mengutip pengalaman.

bila sampai satu saat kau akan rasa sendiri.
sendiri dalam mencari erti hidup. dan sendiri dalam menongkah arus.
kadang, yg ada berdekatan tak mampu memberi apa-apa.

dan kau akan terus sendiri menilai manusia di sekelilingmu.
dan akan terus menapak dengan kudrat yg ada.
kau harus. kau perlu tak menoleh kebelakang lagi.
tak mengarapkan huluran tangan yg kau nama 'kawan'
kawan adalah mungkin teman tapi bukan sahabat.
tak mungkin kau jumpa yg dikatakan kawan / teman itu sahabat.
terkadang sahabat itu bukan lah mereka yg sentiasa menjadi kawan.

Sebab itu hidup memerlukan penjelasan, perincian dan pertarungan.
saat ini kau menilai apa itu hidup.
pahit.